Monday, July 13, 2009

Plaza Tunggu Orang Lalu (T.O.L)






1.Saya amat tertarik & penuh insaf dengan pengumuman YAB Perdana Menteri berkenaan dengan pengurangan 20% harga tol.


2. Sebagai salah seorang pengguna lebuh raya, sudah pasti saya gembira dan lega. Lebih-lebih lagi saya adalah pengguna setia lebuh raya setiap hujung minggu dari Kuala Lumpur - Melaka pada jumaat petang dan Melaka - Kuala Lumpur pada pagi isninnya. Ini disebabkan isteri saya yang bertugas di Melaka dan saya di Kuala Lumpur.

3. Bukan itu saja, keluarga yang tinggal di Pulau Pinang dan mentua yang berada di Johor menjadikan lebuh raya ini sebagai kemudahan asas untuk menemui mereka.


4. Untuk maklumat, perbelanjaan tol saya untuk 2 hala dalam tempoh seminggu adalah sebanyak RM 33. Bermakna untuk sebulan minimum harga yang perlu di bayar adalah sebanyak RM 132. Sekiranya saya berpeluang menikmati potongan 20% ianya bersamaan RM 26.40 sen. Jadi, saya hanya perlu membayar RM 105.60 sen sahaja untuk tempoh sebulan. Itu belum lagi kos tol harian, sekiranya saya perlu pulang ke Melaka setiap hari.

5. Dengan penjimatan sebanyak RM 26.40 sen itu, saya boleh mengisi minyak yang membolehkan saya untuk melakukan perjalanan 210 kilometer. Yakni, lebih kurang penggunaan minyak untuk tempoh seminggu berulang-alik ke pejabat dari Gombak ke Bukit Jalil. Tanpa menggunakan penghawa dingin.


6. Namun syaratnya, pengurangan ini tertaluk kepada pengguna kad prabayar Touch n Go dan Smart tag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 september 2009.

7. Ini menjadi tanda tanya? untuk pengguna yang membayar secara tunai. Seperti sedia maklum hanya mereka yang "agak berkemampuan" boleh memiliki Touch n Go & Smart Tag.

8. Tidak semua rakyat mampu memiliki 2 kemudahan itu. Buktinya, dapat dilihat di setiap Plaza Tol yang mana kenderaan di lorong tunai lebih panjang dari lorong Touch n Go & Smart Tag.

9. Kadang-kadang lorong untuk menambah nilai kad juga selalunya panjang dan kalau untuk menambah nilai di stesen-stesen minyak caj RM 0.50 sen akan dikenakan untuk 1 nilai transaksi.

10. Oleh itu, saya menyeru pihak Kerajaan supaya mempunyai 1 mekanisme holistik bagi mengatasi masalah ini.

11. Saya selaku rakyat jelata amat menghargai usaha murni Kerajaan dalam membantu rakyat. Akan tetapi ianya perlu praktikal untuk dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan kepada rakyat.

12. Sekurang-kurangnya, hadiah sempena pentadbiran 100 hari YAB Perdana Menteri boleh dilakukan dengan menetapkan nilai harga seperti diskaun minimum & maksimum kepada penggunaan RM 50 ke atas untuk seminggu dan sebagainya mengikut jumlah penggunaan maksimum. Atau menjual 2 kemudahan ini dengan harga diskaun untuk dimiliki oleh rakyat, jika kerajaan tidak mampu menanggung kos untuk diberikan secara percuma.

13. Kereta keluaran Proton menguasai jalan raya di Malaysia, dan adalah 1 langkah yang bijak sekiranya pihak Proton boleh untuk terus menyedia, memasang dan memberi kemudahan ini kepada pembeli untuk memudahkan mereka kelak.

Wassalam

PLUS = Pantang Lalu Uloq Selalu :)




3 comments:

nzafrie said...

aku setuju akronim hang PLUS tu hehehe..tak semua org gune tol 80 kali sehari..kalau amik average 2 kali sehari..sebulan baru 60kali 'touch'..so hadiah BN kepada rakyat tak dinikmati oleh semua pengguna setia laluan bertol walaupun terpakse gunakan laluan tersebut..

z'kea m.s said...

Uloq je lar... kalau tak uloq, takleh jumpa isteri.. ye tak? Jadilah kita pengguna yang setia walaupun tak ada pengumuman 'Mesra' yang boleh mengurangkan belanja di jalan raya...

azehri said...

Hang takpa lagi Wadi, aku yang tiap hari lalu tol pun tak dapat diskaun. Dari Putra Mahkota ke Sungai Besi, sehala RM3.80. Satu bulan kerja 22 hari, maksimum keluar masuk tol 44kali (memang tak praktikal langsung jumlah 80 kali tu, kalau aku kerja 30 hari sebulan pun cuma dapat 60 kali). Total kos tol sebulan ialah RM167.20. Lagi banyak dari hang. Menteri Tol bgtau, target pengguna mereka ialah mereka yang pegi lalu tol, pastu tengahari balik antar anak balik sek lalu tol, pastu balik ke opis semula lalu tol, pastu petang balik rumah lalu tol. So kalau ko wadi nak dapat diskaun, hang buat lagu tu...