Monday, December 22, 2008

Degupan Jantung

1. Saya amat sekali tidak bersetuju dengan cadangan yang diutarakan oleh konglomerat Sime Darby untuk mengambil alih kepentingan 51% dari Kerajaan Malaysia untuk menguasai IJN.

2. Seperti yang kita tahu, IJN ini telah pun diperbadankan satu ketika dulu oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad bagi membolehkan insitusi ini tidak terlibat dengan polisi-polisi tetap kerajaan. Ini bagi mengurangkan birokrasi terhadap kepentingan pesakit.

3. Ia juga bertujuan untuk menjaga kepentingan pengurusan dan staf untuk memperolehi gaji dan elaun yang lebih menarik akan tetapi tidaklah terlalu tinggi seperti di sektor swasta dan tidak juga beroleh gaji diparas yang rendah sebagai perbandingan dengan kakitangan kerajaan yang lain.

4. Penubuhan IJN ini adalah salah satu tanggungjawab sosial untuk membantu rakyat-rakyat yang amat tidak mampu untuk menjejaki hospital-hospital swasta yang tersergam indah dengan deretan-deretan bintang,bulan dan matahari. Apa lagi hendak bau sama sekali . Sudah tentu tidak!

5.Keluarga saya sendiri pernah berurusan dengan IJN untuk arwah adik saya dan kemudahan disana amatlah disenangi serta mempunyai kepakaran yang baik untuk merawat pesakit jantung.

6. Sejak penubuhan IJN, Tun Dr Mahathir sendiri telah pun menjalankan 2 kali pembedahan disana dan beliau amat berpuas hati. Tidaklah seperti rakan-rakan beliau yang lain pembedahan kecil membuang resdung pun Australia destinasinya.

7. IJN adalah lambang kebanggaan negara yang tidak seharusnya digadaikan sebaliknya terus dipelihara bagi menjaga kepentingan rakyat Malaysia. Tiada apa lagi yang boleh kita banggakan selepas ini.

8. Apakah jaminan yang dapat diberikan sekiranya konglomerat seperti Sime Darby ini menyatakan yang mereka akan menjaga kepentingan rakyat.Apa tidak sekolah kah kita ini?Konglomerat yang terkenal dengan membuat keuntungan setiap tahun telah berubah polisi untuk menjaga kepentingan rakyat.Janganlah jadi seperti “hangat-hangat tahi ayam”.

9.Saya amat bersetuju, sekiranya pihak Kerajaan Malaysia terus membatalkan cadangan ini bukan sekadar menangguhkan cadangan yang bangang ini.Dan adalah lebih afdhal sekiranya Sime Darby membuka hospital sendiri andai kata mereka ini melihat Malaysia sebagai destinasi percutian kesihatan.

Wassalam

Thursday, December 4, 2008

Tanggal 4 Disember 2002...

Tarikh ini adalah satu tarikh yang amat sedih bagi saya sekeluarga. Tambahan lagi, pada tahun hijrah tarikh ini bersamaan 29 ramadhan yakni sehari sebelum kita menyambut hari raya aidilfitri.

Allayarhamah Hiswaniza Bt Anuar atau panggilan manjanya Ija iaitu adik ketiga saya telah genap 6 tahun pada hari ini (4 disember 2008) kembalinya beliau ke-rahmatullah. Satu perkara yang tidak pernah saya dan seluruh ahli keluarga jangkakan yang kami akan kehilangan salah seorang ahli keluarga. Sedikit sebanyak latar belakang Allahyarhamah..beliau dilahirkan pada tanggal 18/8/1988. Allahyarhamah telah disahkan menghidap penyakit jantung berlubang sejak dilahirkan.
Sejak kelahiran Allahyarhamah ini memiliki kulit yang sangat putih dan berambut perang, sehingga digelar anak bosnia. Namun disebabkan penyakit yang dihadapi mukanya seakan-akan biru, muka sentiasa pucat termasuk kuku kakinya yang sentiasa kelihatan biru. Seingat saya, kedua-dua abah dan emak saya sangat sibuk menguruskan allahyarhamah untuk ulang-alik dari Pulau Pinang ke Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan rutin memandangkan tiada pakar jantung di Pulau Pinang pada waktu itu.

Hari berganti hari, masa menanti masa,tahun silih berganti sehingga mencapai umur 6 tahun beliau terpaksa menjalani pembedahan jantung di Hospital Pantai Bangsar, Kuala Lumpur. Selepas pembedahan allahyarhamah kelihatan lebih sihat dan ceria serta mampu untuk berlari dan mempunyai selera makan yang agak baik.
Allahyarhamah juga adalah seorang yang amat pintar dan sentiasa mendapat nombor pertama di dalam kelas. Namun, dalam mengulangkaji Allahyarhamah ini tidak lah serajin kawan-kawan yang seusianya. Mungkin adalah anugerah daripada Allah lebih untuk satu perkara dan kurang untuk perkara lain. Sehinggalah beliau melangkah ke peringkat menengah pada awal tahun 2002 keadaan kesihatan allahyarhamah mula menunjukkan penurunan yang ketara.

Boleh dikatakan setiap minggu Allahyarhamah akan menghidapi demam dan sentiasa tidak upaya untuk ke sekolah. Sehinggakan pelajarannya semakin merosot. Mukannya yang kelihatan ceria dan sihat bertukar menjadi muram dan sedih. Allahyarhamah selalu mengadu sakit di dada dan tidak mampu bergerak, minyak cap kapak sentiasa di bawanya untuk disapu dibahagian dada bagi mengurangkan kesakitan.
Sehinggalah Allahyarhamah di masukkan ke hospital 2 minggu sebelum hari raya aidilfitri. Sewaktu itu saya berada di tahun ke 2 di Kolej Islam Antarabangsa. Ibu menelefon saya dan mengkhabarkan keadaan Allahyarhamah yang semakin buruk maka tanpa memikir panjang saya mencari tiket dan terus pulang.

Allahyarhamah di masukkan ke cardiology care unit (CCU), untuk tempoh 2 minggu. Dalam tempoh itu, pelbagai kenangan akhir yang ditinggalkan. Pernah untuk satu ketika Allahyarhamah meracau-racau dan tidak mahu tinggal di hospital, Allahyarhamah sangat meminati cerita “Betty La Fea” dan sanggup meminta kakak saya menceritakan episod yang terlepas untuk ditonton walau tidak berdaya. Segar dalam ingatan, hari terakhir saya berbual dengan Allahyarhamah “Ija nak balik rumah tak?..Ija menjawab “nak la rindu kat betty..tapi kaki ija sakit laa”...sewaktu itu tangannya menggosok-gosok kaki sambil kakak saya menukarkan bajunya. Ibu saya tidak dapat datang untuk melihat Allahyarhamah kerana demam yang kuat. Selepas itu, saya dan kakak pun beredar untuk pergi membeli juadah untuk berbuka. Sebelum pulang, Allahyarhamah mengenggam saya dengan kuat dan menyuruh saya balik namun kaki berat untuk meninggalkan Allahyarhamah. Selepas itu Allahyarhamah berkata"abang pi balik la Ija dah sihat” ungkapan itu membuatkan saya lega dan terus pulang. Di malam harinya selepas berterawikh saya memohon kepada Allah dan memohon supaya dipermudahkan segala yang berkaitan dengan Allahyarhamah.

Lebih kurang jam 8.30 pagi, ibu menerima telefon mengatakan Allahyarhamah amat tenat. kami bergegas ke hospital setibanya disana sekumpulan doktor mengelilingi katil Allahayarhamah saya dapat melihat keadaan pernafasan yang tidak stabil dan Allahyarhamah sudah tidak sedarkan diri. Kami semua terkelu dan hanya mampu berdoa. Doktor mendekati abah dan menasihati beliau untuk membuat solat hajat. Doktor memberitahu yang jantungnya sudah lemah, paru-paru dan ginjal sudah tidak berfungsi sepenuhnya dan hanya bergantung hidup dengan"support life machine" Hari itu perasaan saya tidak stabil memandangkan Allahyarhamah amat rapat.Kami sentiasa melakukan kerja bersama, makan bersama,dimarahi bersama, tidor bersama dan setiap petang saya akan membawa Allahyarhamah keliling kampung menaiki moto abah. Segala kenangan dengan Allahyarhamah bermain dikepala.

Semua ahli keluarga tiba. Memohon kepada Allah sehinggalah tepat jam 10.20 malam Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir disisi kami sekeluarga. Allahyarhamah berumur 14 tahun ketika itu. Hari ini genaplah 6 tahun Allahyarhamah meninggalkan kami sekeluarga.Di kala ini, 6 tahun yang lepas kita semua akan menyambut hari raya aidilfitri, 6 tahun selepas itu iaitu hari ini kita akan menyambut hari raya aidiladha. Namun, walau tiada Allahyarhamah di sini gelak-tawanya sentiasa terngiang-ngiang di telinga saya.Hingga ke saat ini perkataan tertera di surat kematian Allahyarhamah sentiasa saya ingati "sepsis with divc underlying tetralogy of fallot". Saya amat merindui Allahyarhamah dan saya memohon kepada Allah yang maha esa supaya menempatkan Allahyarhamah di kalangan orang-orang beriman..Amin ya rabbal alamin.

Wednesday, November 26, 2008

MAJLIS KONVOKESYEN

Pada 22hb November yang lepas saya berkesempatan menghadiri Majlis Konvokesyen IIC yang Ke-empat. Adalah sesuatu yang amat membanggakan melihat pelajar-pelajar menaiki pentas dengan penuh bergaya, pakaian yang baru, yakin dengan langkah dan menghulurkan tangan sambil menerima skroll daripada Tengku Puan Pahang, Tuanku Azizah Aminah Maimunah.

Disana saya dapat melihat kemeriahan ibu-bapa yang amat gembira terhadap kejayaan anak-anak mereka. Walaupun datang dari utara ataupun selatan, tak lupa yang tinggal nun jauh di timur dan barat sana tidak terasa kepenatan melihat anak-anaknya yang berjaya.Tahniah saya ucapkan.

Sebagai bekas pelajar pengambilan pertama dan bekas tenaga pengajar di Kolej Islam Antarabangsa saya tidak dapat lari daripada mengingati memori sewaktu bergelar pelajar dahulu. Seingat saya, pada tanggal 30hb Jun 2001 saya mendaftar sebagai pelajar Diploma Pentadbiran Perniagaan. Ayat pertama keluar daripada mulut ibu saya “Dee ingat naa belajaq baik-baik, toksah dok main-main..kalau dah register masuk ni maknanya register untuk dapat diploma terus naaa”.Itulah perkataan keramat yang saya pegang sampai sekarang, maknanya lebih kurang alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Pelbagai ranjau yang saya hadapi sewaktu disana dahulu, antara gelaran kepada kami ialah “bahan eksperimen dan tikus putih”. Masalah utama yang dihadapi ialah asrama, kerja kami hanyalah berpindah-randah lebih kurang seperti orang nomad mencari gua-guanya. Dari asrama ke :-
  • Sekolah Menengah Teknik Sg Pusu (3 minggu)
  • Hotel Grand Olympic Jalan Hang Jebat (1 minggu). Disini amat menarik, jam 3.00 petang ku sangkakan 8.00 pagi.Al-maklumlah tinggal di hotel bukan hostel dah tu gelapnya seperti malam.
  • Selepas itu kami diarahkan pula ke asrama di Diamond Square (3 bulan) yang menjadi persinggahan terakhir sebelum ke rumah sewa. Yang menarik, di asrama ini kami gelarkan sebagai “istana Takeshi”.

Boleh anda bayangkan sebuah apartment diubah suai menjadi :-

  • 5 partion yang memuatkan 5 org 1 partition dan 25 orang untuk 1 apartment.
  • Tak cukup dengan itu kemudahan tandas dan bilik air pula diubah suai menjadikannya 5 station tandas, dan 5 station bilik air.
Hidup seperti sardin didalam tin. Yang paling membuatkan kami “hangin satu badan” apabila bangun pagi untuk bersiap ke kelas jam 8.00 pagi, seeloknya perlu bangun seawal mungkin untuk beratur lebih kurang seperti filem P.Ramlee “Seniman bujang lapuk” beratur memasuki tandas. Dan kekadang itu, ada kawan-kawan yang suka “menikmati masa-masa lama”, maka mandi pun sudah tidak sempat. Mana tidaknya selepas itu kami perlu pula berjalan kaki sejauh 2 KM untuk sampai ke “kampus IIC” di tepi Jalan Gombak sebelah kilang beras sebelum jam 8.00 pagi untuk memasuki kelas bahasa inggeris pensyarahnya Mr.Mulkit Gill Singh. Beliau akan memarahi sesiapa yang masuk lewat.Ayatnya “Hey you why late haaaa?.(rindu nak dengar ayat ni beserta dengan ton-tonnya ala-ala Amitabachan). Dan apabila jumlah pelajar makin bertambah apartment (sekarang asrama puteri) di belakang bangunan kolej dijadikan kelas sehingga ke tingkat 4. Bukan itu sahaja, basement car park yang dibawah asrama puteri pun menjadi mangsa dek kerana tidak mampu lagi pihak pengurusan menyediakan tempat sehinggalah kolej berpindah ke Taman Batu Muda.

Itulah antara pengalaman menarik yang dapat saya coretkan, amat seronok untuk dikenang. Namun syukur Alhamdulillah, berkat kesabaran kami semua dapat menamatkan pembelajaran tanpa ada rasa dendam terhadap pengurusan Kolej Islam Antarabangsa ketika itu. Sebaliknya berterima kasih kerana mendidik kami dengan segala kesusahan yang membuatkan kami menghargai apa yang diterima.Sehinggalah saya memiliki segulung ijazah dan ramai juga di kalangan “first Batch” yang menjawat jawatan penting di sekor awan dan swasta. Syabas dah tahniah saya ucapkan.

Kepada graduan-graduan yang baru ini, Ingatlah perjalanan anda masih jauh. Pelbagai ranjau dan duri menanti anda nun jauh disana. Banyakkanlah berdamping dengan orang yang sudah dewasa dan berilmu nescaya mereka ini akan membantu anda dari mengikuti jalan yang penuh lubang dan lopak yang akan membuatkan anda lambat sampai ke destinasi. Tuntutan ilmu belum berakhir, walau kita bergelar Profesor selepas ini ilmu ini diibaratkan seluas-luas lautan dan ilmu yang kita miliki sekarang hanya setitis air yang amat kecil.

Kepada pelajar-pelajar sekarang, saya doakan anda akan terus cemerlang dan bersyukur dengan apa yang ditawarkan oleh pihak pengurusan. Boleh dikatakan anda semua bertuah dengan apa yang dimiliki sekarang dan jangan menjadi hamba yang kufur nikmat. Kami semua dah buktikan walaupun tiada kemudahan canggih, tiada court futsal, tiada wireless walaupun hanya kolej empat tingkat namun kejayaan mampu kami gapai. Seharusnya anda semua perlu lebih berjaya dengan apa yang ditawarkan.

Kepada pensyarah-pensyarah teruskan mendidik anak bangsa untuk meneruskan kecemerlangan syiar islam. Tanpa ilmu butalah kita semuanya, dan janganlah jemu dalam mendidik sesungguhnya tanpa anda tiada bermakna hidup saya ini. Tahniah untuk sekaliannya!

Wassalam.

Saturday, November 1, 2008

Tiada Lagi Madah Berhelah



Hari Jumaat hari kelam kabut
Sebab saya buat semua orang terkejut
Tiada hujan tiada ribut
Satu kolej macam nak tercabut

Satu Johor satu Penang
Sampai-sampai saya naik pening
Tengok lantai tengok siling
Kena kerumun dengan orang sekeliling

Lepas ke kaunseling pi sbs
Semua orang nampak penat abes
Tiba-tiba saya bagi short notis
Semua orang sampai nak menangis

Tengok kiri tengok kanan
Duduk bersila buat pengumuman
Orang menunggu rasa tak keruan
Apa yang bakal saya sampaikan?

Akhirnya tiba tanda bernoktah
Dah tak mau lagi nak bermadah
Tiba-tiba semua cedera parah
Sebab saya dah nak bernikah

ORANGNYA BERNAMA SITI ZAKIAH (HAHAHAHAHA)
Stay Tunes...Stay Alives!

Thursday, October 9, 2008

Datuk Seri Najib bakal PM?

Akhirnya Datuk Seri Najib telah pun mengumumkan yang beliau akan bertanding untuk jawatan Presiden. Dengan pengunduran YAB Pak Lah pada bulan Mac 2009 akan memberikan impak pembaharuan kepada soal mencorak perubahan di dalam parti mahu pun negara.

Putera sulong Tun Abdul Razak ini diberikan satu tanggungjawab yang amat besar sekali untuk mengharungi badai ombak yang amat bergelora. Ini berikutan kekalahan besar BN membuatkan politik UMNO goyah dan semakin malap. Beliau dianggap menanggung dan menahan bangunan KLCC daripada runtuh. Mana tidaknya, adalah sesuatu tugas yang amat sukar. Tidak seperti YAB Pak Lah sewaktu mengambil pemerintahan daripada Tun Dr Mahathir yang membawa tema mengurus kejayaan sebalik Datuk Seri Najib membawa tema “mengembalikan kepercayaan”

Sudah tentu rakyat terbanyak inginkan sebuah harapan baru serta perubahan yang amat besar. Datuk Seri Najib ini dilihat sebagai orang kanan Tun Dr.Mahathir. Apakah perubahan yang akan dibawa?apakah akan ada lagi satu mercu tanda Negara?apakah akan ada visi 3030?

Suka saya tegaskan, Malaysia memerlukan sebuah pemerintahan yang tegas dan berani. Bukan selama-nya kita perlu berada pada zon selesa dan tidak selamanya kita akan menguasai pentas politik Malaysia. Suara-suara bukan melayu sedah semakin berani ingin mengambil alih kepimpinan Negara. Sewaktu era pemerintahan Tun Dr Mahathir kita dapat lihat bagaimana tegasnya kepimpinan Tun dan membuatkan parti-parti komponen tidak berani memperkatakan sesuatu yang sensitif dan menyakitkan umat melayu islam.

Tetapi ini tidak berlaku sekarang. Hanya sekadar perkara kecil pun sebuah parti politik itu sudah membuat ugutan untuk mengkaji kedudukan di dalam BN. Bukanlah kita ingin salahkan sesiapa tetapi ini perlu diperbetulkan. Selain itu, beralihnya sokongan pemuda warisan Negara untuk menyokong parti pembangkang. Saya tidak menyalahkan golongan ini sebaliknya mengapa golongan ini beralih angina. Dahulu kala ramai pemuda melihat menyertai UMNO ini ibarat menjaga benteng pertahanan Negara sekarang menyertai UMNO ibarat menyertai parti untuk buat duit saja seperti masuk MLM!Datuk Seri Najib perlu memenangi kembali hati akar umbi. Hati 27 juta rakyat Malaysia perlu dimenangi.

Isu kontrak sosial yang selama ini tidak pernah disentuh, sekarang ini telah menjadi isu bualan hangat. Makanya Datuk Seri Najib perlu mempertahankan hak keistimewaan dalam apa cara sekali pun. Semua orang tahu melayu mempunyai hak keistimewaan namun adakah kita tahu sejauh mana keistimewaan kita?adakah sekadar tercatit di dalam perlembagaan dan untuk dibahas oleh bangsa lain tetapi tiada pun yang istimewanya! Apa yang istimewa untuk orang melayu atau sekadar ais krim magnolia?

Datuk Seri Najib harus membuktikan beliau mampu mengemudi Malaysia. Dengan jenayah rasuah yang semakin menjadi barah perlu ditangani dengan tegas dan penuh beramanah. Maka seharusnya beliau menyuarakan dengan tegas. Tetapi dengan syarat beliau perlu banyak bersabar dalam menyelesaikan kemelut rasuah terutamanya parti UMNO. Di kala ini, Datuk Seri Najib janganlah terlalu berbangga sebaliknya banyak menginsafi diri serta perlu melihat ke bumi untuk memastikan kaum-kaum melayu terbela dengan baik.

Apakah teori RAHMAN selama ini betul dan tepat? Sama-sama kita nantikan.

Wassalam

Wednesday, October 8, 2008

Pengunduran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Seperti diketahui umum, YAB Pak Lah telah secara rasmi mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden. Ini secara jelas menunjukkan beliau menghormati pandangan akar umbi yang meninginkan beliau untuk menyegerakan pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui pada mulanya Jun 2010.

Antara individu yang memainkan peranan penting ialah Tan Sri Muhyddin. Beliau menegaskan pelan perlihan kuasa 2010 semakin tenggelam dan rakyat inginkan pelan ini dipercepatkan. Ini berdasarkan kepada kehendak rakyat yang ingin perubahan memandangkan tidak pernah berlaku dalam sejarah BN sepanjang 50 tahun memerintah kalah di Lima negeri. Satu tamparan hebat juga apabila Datuk Seri Anwar berjaya merampas kembali kerusi parlimen Permatang Pauh dengan majoriti jauh lebih tinggi berbanding isteri beliau.

Namun disebalik pengunduran beliau ini, kita dapat lihat seakan-akan satu trend berlaku apabila begitu ramai individu-individu menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi parti. Lebih mengejutkan apabila seorang ketua cawangan UMNO pun turut mengumumkan untuk bertanding ke jawatan kanan parti iaitu Naib Presiden dan mendakwa memiliki sokongan akar umbi. Bukanlah niat saya untuk memperlekehkan kebolehan sesiapa sepatutnya kita perlu "mengukur baju dibadan sendiri" dan melihat kembali akan kriteria yang perlu ada hatta siapa pun kita. Walaupun UMNO mengamalkan demokrasi dan membuktikan demokrasi amat sihat dan subur namun ini tidak boleh dijadikan alasan.

Kita patut sedar bahawa parti UMNO ini merupakan satu parti keramat yang berjaya membawa kepada sebuah negara yang merdeka. Sejarah menunjukkan kehadiran UMNO di Malaysia telah berjaya membawa pelbagai perubahan terutama pembangunan dan juga soal penyatuan kaum. Ini menunjukkan bahawa bukanlah calang-calang orang sebaliknya hanya individu yang luar biasa sahaja yang mampu mengepalai UMNO. Sebab itu, YAB Pak Lah pun membuat keputusan untuk berundur saja!

Keberkesanan sistem kuota yang diperkenalkan semasa era Tun Dr Mahathir nampaknya masih berkesan. Ini juga berfungsi sebagai "filtering system" yang bertujuan untuk menyingkirkan bendasing-bendasing yang asing dan bukannya perpisahan terasing.


Wassalam

Wednesday, September 10, 2008

Tanggal 16 September…

Apabila tiba bulan September sudah pasti saya dan adik saya ini akan bertambah umur. Kami berdua berkongsi tarikh lahir yang sama yakni tanggal 16 September. Satu tarikh yang amat bersejarah apabila pembentukkan Malaysia berlaku pada tarikh ini. Dewasa ini, tarikh ini amat kontroversi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merangkap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan akan membentuk sebuah kerajaan baru iaitu “Kerajaan Pakatan Rakyat”. Beliau amat yakin dengan mendakwa, telah meyakinkan sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai Kerajaan baru ini.

Memakai topi “cowboy” (Syeriff Hisham),ahaks..



Namun, entry saya untuk kali ini bukanlah untuk menceritakan berkenaan Kerajaan baru. Tetapi untuk menulis berkenaan dengan adik saya ini. Untuk pengetahuan, beliau dilahirkan pada tanggal 16 September 1994. Kalau dihitung, beliau sekarang sudah berumur 14 tahun.



Wah macam tepung “komak”..




Ibu saya



Menjadi cabaran, untuk kami sekeluarga menguruskan aktiviti harian beliau. Untuk maklumat, beliau adalah golongan OKU (orang kurang upaya), atau dipanggil juga sebagai “Down Syndrome”. Bukan itu saja, beliau juga tidak mempunyai keupayaan untuk berjalan dan berdiri. Untuk rekod, beliau pernah dimasukkan sebanyak 4 kali di hospital apabila menjalani pembedahan usus besar. Dan adalah sesuatu tempoh yang panjang apabila Ibu saya, Puan Hasnah Bt Pin menjadikan hospital sebagai “rumah kedua” apabila rawatan untuk beliau menjangkau selama 2 bulan bersamaan 60 hari. Sehinggakan Doktor dan Jururawat menjadi kawan pagi, petang, siang dan malam.



Bersama Kucingnya..



Kakak saya


Setiap pagi Kakak saya, cik Hiswani Binti Anuar akan menguruskan segala aktiviti berkaitan beliau. Adalah satu pengorbanan besar, apabila Kakak mengambil keputusan untuk tidak bekerja dan memegang jawatan sebagai “Pembantu Peribadi 24 Jam” kerana umur adik Hisham yang kian meningkat, untuk memastikan beliau sentiasa dijaga dengan begitu rapi. Ini disebabkan urusan harian seperti mandi, makan, minum, tidur dan sebagainya diuruskan sepenuhnya oleh kakak.

Apa yang menyedihkan, beliau tidak diterima untuk bersekolah. Pihak JPN menyatakan beliau boleh diterima untuk bersekolah bila mampu untuk berjalan. Sejak daripada dahulu sehingga sekarang, kami tidak pernah jemu untuk berusaha memastikan beliau mampu berjalan dan berdiri antara rawatannya ialah homeopathy, sesi urutan pakar dan pemeriksaan hospital secara berkala. Mungkin belum rezeki agaknya untuk melihat beliau boleh berjalan.

Takut duduk atas kerusi malas…

Tuan Anuar Hj. Maarof



Bapa saya, Tuan Anuar Bin Hj. Maarof dilantik menganggotai jawatankuasa “Penang Downsyndrome Association” (PDA) untuk mencari apa-apa kaedah perlu untuk adik bertuah saya ini. Pertubuhan ini, ditubuhkan untuk menghimpunkan ibu-bapa yang mempunyai anak seperti beliau untuk sama-sama berbincang dan berkongsi permasalahan untuk memastikan golongan seperti ini mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada pihak-pihak tertentu. Alhamdulillah, peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh keluarga saya untuk memastikan kemajuan Hisham.

Apa yang pasti, Hisham ini adalah anak yang bertuah sekali. Semenjak beliau dilahirkan rezeki kami sekeluarga amat murah sekali. Sehinggakan Bapa saya dinaikkan pangkat dalam bulan itu juga. Pernah kawan berbangsa cina berkata kepada bapa saya“ Anuar..ini anak manyak onggggg maaa..kalau you tak mauu ini anak you boleh kasik sama gua…”. Terkejut beruk juga saya pada masa itu!


Action…



Antara istimewanya Hisham ini, beliau begitu berminat sekali untuk mengikuti pidato-pidato politik. Yang bestnya, beliau tahu siapa yang bercakap dan yang paling dia suka ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. Pernah satu ketika beliau tidak mahu makan apabila Tun memberikan ucapan dikaca televisyen dan akan tunggu sehingga tamat baru beliau berganjak. Antara kelebihannya, sesiapa saja yang berada dengan beliau pasti tidak mahu balik kerana Hisham ini sangat pandai bergurau dan membuatkan orang terpikat dengannya.

Walauapapun yang berlaku, kami sekeluarga akan pastikan 100% Hisham ini akan terjaga dan terbela sepenuhnya. Pengorbanan yang besar dilakukan oleh seluruh ahli keluarga saya akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Lebih-lebih lagi dibulan ramadhan yang mulia dan barakah ini.

Saya amat mengalu-alukan sidang pembaca untuk berkongsi cerita berkenaan dengan adik saya ini. Dikesempatan ini juga, saya mengucapkan selamat hari lahir ke-14 untuk adikku Muhammad Hisham. Semoga adik akan terus kuat dan ingatlah abang sentiasa ada dengan adik.

Wassalam.

Wednesday, September 3, 2008

Pulau Pinang atau “Penang”?

Kesempatan bercuti di negeri kelahiran memberikan saya peluang yang banyak untuk meninjau serta membuat pemerhatian berkenaan nasib bangsa kita iaitu kaum melayu di negeri pemerintahan kerajaan negeri DAP ini.

Bermulanya di Lebuhraya Expressway Jelutong yang baru dibina menghubungkan Bandar Baru Jelutong (tempat tinggal saya) dengan Padang Kota Lama (Ford Cornwallis) membuatkan perjalanan yang memakan masa 30 minit sebelum ini, hanya mengambil masa 10 minit dari Jelutong untuk tiba di Padang Kota Lama. Saya melihat pembangunan disepanjang lebuh raya ini bagaikan “cendawan tumbuh selepas hujan”. Pelbagai kawasan baru yang dibuka contohnya pusat komersial perniagaan dengan kondominum serta rumah teres yang berharga ratusan ribu ringgit yang membuatkan kaum melayu hanya mampu LLN bukan Lembaga Letrik Negara tetapi (Langut-Langut Naik) iaitu mampu melangut memanjangkan leher namun untuk memiliki kediaman ini jauh sekali.

Apa tidaknya, pembangunan yang dibangunkan ini tidak langsung akan membuka peluang untuk bumiputra merasai kediaman baru mampu milik. Kalau dilihat di kawasan kampung yang dikenali sebagai Telaga Rendah dan Jalan Masjid yang dahulunya menempatkan rumah-rumah kampung milik masyarakat melayu akan tetapi sekarang ini mereka dihimpit hutan batu. Tanah yang asalnya milik warisan keluarga tidak mampu lagi dipertahankan oleh pemiliknya dek dikaburi dengan wang ratusan juta ringgit.

Saya sempat untuk berbual dengan salah seorang penduduk kampung yang mengatakan “Dee (nama panggilan keluarga pada saya) lani orang cina hambat melayu dengan duit..depa ni kaya boleh buat apa saja..kita ni apa yang ada kalau tak bumbung yang dah berkarat ni”.Inilah realiti yang dihadapi oleh Masyarakat Melayu Pulau Pinang. Tidak dapat dinafikan pembangunan amat hebat di Pulau Pinang ini, namun siapakah yang menjadi pemilik sebenar disebalik pembangunan yang mantap ini. Apabila tanah diambil oleh syarikat pemaju untuk mendirikan rumah yang bernilai ratusan ribu ringgit ini mereka tidak sesekali menghiraukan sensitiviti kaum melayu. Umpamanya, tanah dan rumah yang diambil oleh pemaju, mereka akan memberikan sejumlah wang tetapi tidak pada mereka yang memiliki rumah.

Sebaliknya, pihak pemaju hanya akan menggantikan rumah yang agak tidak setimpal. Kalau dahulu rumah yang dimiliki walaupun ala kampung mampu untuk anak-anak menendang bola didalamnya akan tetapi konsep “rumah ganti rumah” tajaan sesetengah pemaju ini membuatkan “kucing pun tidak mampu berlari didalamnya”.Kata seorang panduduk “Untuk membeli rumah baru buat tu.. tujuh keturunan pun kami tak mampu, apa yang ada sangat dengan diskaun 5% untuk bumiputra”.Lebih malang lagi, rumah ganti rumah ini disiapkan dengan sungguh ala kadar bagai melepaskan batuk di tangga.Unit yang amat tidak sempurna dengan tidak sepadannya dengan rumah yang dibina untuk dijual. Perbezaannya seperti Istana dan rumah kayu, diibaratkan seperti hidup dalam kotak sahaja. Hidup dalam buangan pun mewah!!

Sementelah itu, kalau dihitung penduduk melayu di Pulau Pinang ini boleh dikatakan agak kurang juga daripada 15 tahun yang lepas. Seolah-olah berlaku satu strategi yang cukup licik untuk “menghalau” melayu Pulau Pinang .Ini dapat dilihat apabila pertambahan populasi penduduk melayu yang agak luar biasa di Sungai Petani, Kulim dan Kepala Batas. Apakah ada pihak yang ingin menempatkan kaum cina menguasai tanah di sebelah pulau manakala kaum melayu di tanah besar?? Adalah sesuatu yang tidak adil sekiranya ini terjadi. Mana tidaknya, kalau dilihat perbezaan daripada harga rumah, umpamanya rumah apartment (bertanahkan angin) di sebelah Pulau berharga RM 130,000 namun untuk rumah teres (bertanahkan bumi) di sebelah Tanah besar hanya bernilai RM 70,000.

Saya berpendapat, sesuatu perlu dilakukan oleh parti yang mewakili Melayu Islam Pulau Pinang. Sekiranya sesuatu tidak dilakukan, saya khuatir Pulau Pinang akan menjadi Singapura kedua yang akan membuatkan penduduk melayu menjadi pelarian di negeri sendiri. Janganlah! Kerana ingin menjaga kepentingan peribadi masalah umat diketepikan. Kalau ini berlaku “Rosak Umat Melayu”.

Untuk sidang pembaca sekalian, terima kasih kerana melawat dan membaca blog saya ini. Satu persoalan yang saya tinggalkan untuk anda jawab.Dapatkah anda berfikir dan menjawab persoalan Pulau Pinang untuk siapa dan Penang untuk siapa? Tepuk dada Tanya selera!!

Selamat berfikir dan menjawab.

Wassalam.

Monday, August 25, 2008

Hari Pengundian Permatang Pauh

Menjelang 14 jam sebelum hari pengundian saya menerima pelbagai SMS mengajak untuk mengundi calon-calon tertentu. Bahang untuk mengundi semakin dirasai oleh semua pihak. Adalah satu bonus untuk saya walaupun dah 3 bulan menanti bonus yang telah dijanjikan belum lagi dilihat di paparan skrin ATM (orang tertentu saja yang faham) berpeluang untuk ke Permatang Pauh untuk meninjau sendiri perkembangan dihari pilihanraya esok.

Tidak dapat dinafikan, tokoh-tokoh yang bertanding amat hebat belaka. Siapa yang tidak kenal Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri merangkap mantan Banduan Sungai Buloh yang amat gemar mundar sana mundar sini tanpa sebarang jawatan. Ucapan yang sungguh berbisa membuatkan orang yang tertidur berlari mendapatkan suara beliau itu. Satu percubaan yang baik untuk mendapatkan jawatan sebagai Ahli Parlimen. Mari kita sama-sama lihat apakah beliau berjaya membuat kejutan untuk “come-back” ke arena politik Malaysia yang penuh dengan fitnah dan adalah satu budaya baru apabila ahli-ahli politik sungguh bangga dan gembira melafazkan sumpah!!!

Tokoh kedua,YB Datuk Ariff Shah Omar Shah, sebut saja nama semua orang akan cakap “ni OCBC” maaf bukan OCBC Bank tetapi OCBC bermaksud (orang cina bukan cina).Salah seorang yang amat unik sekali. Beliau ini memiliki kebolehan yang luar biasa untuk berkomunikasi dengan baik sekali dalam bahasa mandarin, kantonis dan hokkien. Di Seberang Jaya, beliau amat terkenal dan adalah satu pencapaian tertinggi apabila pusat khidmat beliau dianugerahkan sijil pengiktirafan ISO. Bukan satu yang mudah untuk dianugerahi sijil ini, disebabkan tidaklah ramai YB-YB yang rajin untuk berkhidmat dengan cemerlang sebegitu.

Tokoh ketiga, En Hanafi Mamat Presiden AKIM. Sebuah parti serpihan PAS. Menariknya, beliau tiba-tiba menjadi terkenal apabila bertindak sebagai calon pilihan ketiga untuk sama-sama memberi tentangan hebat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahin dan Datuk Arif Shah Omar Shah. Janganlah pengundi-pengundi melihat beliau sebagai calon yang terpencil dan tersepit pelbagai kejutan boleh berlaku yang memungkinkan beliau untuk menyapu bersih semua undian penyokong PAS. Kita nantikan sama ada kejutan itu dapat dilakukan oleh beliau atau tidak.

Bagi saya, sekiranya pengundi memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim bermaksud mereka ingin melihat corak politik yang akan bertukar menjadi tsunami kedua selepas 8 Mac 2008. Mereka inginkan sebuah “enjin baru” untuk berfungsi menukar iklim sejuk menjadi panas. Mungkin juga mereka rindukan suara lantang Datuk Seri Anwar di dalam parlimen yang akan berhadapan dengan Perdana Menteri pada 29 Ogos ini dikala bajet 2009 akan dibentangkan. Atau mereka inginkan seorang Perdana Menteri Baru? Sama-sama kita nantikan!!!

Sekiranya YB Datuk Ariff Shah Omar Shah bermakna pengundi Permatang Pauh inginkan pembangunan yang seimbang di sana. Tiga penggal dibawah pembangkang penduduk tidak dapat melihat pembangunan yang berkesan hendaknya. Datin Seri Wan Azizah juga ada sebut “adalah susah untuk saya memajukan kawasan tanpa mendapat apa-apa dana serta bantuan”. Ini juga bererti mereka menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak dapat menerima budaya politik baru yang dibawa beliau iaitu bersengkokol dengan DAP yang satu masa dahulu beliau sendiri mencemuh dan berkata ideologi politik DAP sangat berbahaya pada Malaysia. Apakah YB OCBC ini mampu melakukan sesuatu yang baru?Kita nantikan dengan penuh sabar!!!

Kalau lah, En Hanafi Mamat ini dipilih, bermakna pengundi sudah tidak tahan lagi dengan keadaan politik semasa yang berlaku. Mereka menolak politik fitnah yang kotor ini dan rakyat Permatang Pauh sudah bosan dan agaknya dah “muntah hijau” melihatkan taktik-taktik kotor untuk mengejar jawatan politik yang tiada kesudahan!!!

Maka dengan itu, terpulanglah kepada pengundi masing-masing. Rakyat Permatang Pauh lebih memahami iklim politik di sana. Janganlah sesekali kita emosi sebaliknya berfikiran rasional!!! Kepada yang ingin pulang selamat jalan saya ucapkan.

Selamat mengundi!!!

Wassalam

Tuesday, August 12, 2008

Majlis Peguam (sekarang) buta sejarah.

Peristiwa perhimpunan beramai-ramai pada sabtu yang lepas merupakan satu acara yang julung-julung kali berlaku. Satu rentetan peristiwa yang menghimpunkan pelbagai NGO, parti politik, orang perseorangan dan pelbagai lagi latar-belakang umat yang tidak di ketahui statusnya daripada mana. Tetapi yang pasti kesemua yang berhimpun mempunyai satu matlamat yang satu iaitu untuk mempertahankan agama Islam sebagai agama yang paling tinggi disisi Allah SWT tanpa mengira ideologi politik masing-masing!

Apakah logiknya dengan penganjuran forum ini?. Persoalan ini saya lontarkan kerana adakah dengan penganjuran forum oleh Majlis Peguam satu “consensus” akan tercapai. Apakah dengan diskusi ini mampu untuk menjadi petunjuk yang jelas untuk meminda perlembagaan Negara. Adalah sesuatu yang tidak relevan sama sekali untuk mencapai perkara ini.

Dengan memanggil beberapa individu kononnya mereka ini adalah golongan “krisis perundangan” untuk membicarakan soal yang menimpa mereka adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab. Sudah pasti mereka ini akan membicarakan perkara-perkara tertentu dengan pendekatan yang penuh emosi dan tidak akan menggunakan pendekatan yang lebih rasional. Memang menjadi lumrah manusia untuk beremosi dengan perkara yang tidak disukai.

Sebenarnya apakah yang diperjuangkan sebenar oleh badan ini? Dikala Negara sedang mengalami permasalahan yang melibatkan agenda besar iaitu ketidaktentuan politik dan masalah ekonomi negara badan ini bangkit untuk mencari populariti murahan. Mereka ini dilihat amat degil dan tidak mengendahkan langsung amaran demi amaran yang dikeluarkan oleh orang perseorangan mahupun menteri-menteri kanan kabinet Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dan kalau dilihat, pelbagai pihak sekarang ini mencari ruang dan peluang untuk mempertikaikan hal ehwal masyarakat melayu islam di dalam negara kita ketika ini. Ini dapat dilihat amat jelas sekali.Majlis Peguam umpamanya, walaupun forum ini ditamatkan 2 jam lebih awal daripada jadual namun diwajah Presiden badan ini menunjukkan sesuatu yang tidak bersalah dan nampak seperti beliau bangga kerana perjalanan forum ini tetap berjalan walau dalam masa sesingkat mungkin.Bukan itu sahaja kenyataan yang keluar mereka tetap mahu mengadakan forum yang serupa dimasa hadapan!!

Bagi saya, Majlis Peguam (sekarang) amat buta sejarah. Mungkin juga mereka ini hanya mempelajari sejarah pasca kemerdekaan 1957 bukan sebelumnya. Sesuatu yang tidak pernah dan tidak akan berlaku didunia ini kecuali Malaysia yang dipanggil Tanah Melayu pada zaman pra kemerdekaan memberikan hak wargenegara tanpa bayaran apa-apa kepada mereka ini. Sepatutnya mereka ini menerima bulat-bulat tentang apa yang telah dipersetujui oleh datuk-datuk dan moyang mereka sewaktu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Tun Dr Mahathir didalam artikel beliau baru-baru ini menyatakan Majlis Peguam ini memungkiri janji.

Tindakan tegas perlu diambil. Antaranya dengan membatalkan status warganegara yang diberikan kepada mereka. Tidak cukup dengan itu kerajaan perlu mengkaji dengan tindakan keras bukan sekadar bernada keras atau pun mengISAkan mereka-mereka yang amat tidak bertanggungjawab ini.Agama Islam perlu dipertahankan!!!

Pada hemat saya, system silibus persekolahan perlu dikaji dan dirombak.Umpamanya, subjek mata pelajaran sejarah yang perlu diberikan penekanan yang lebih. Ia perlu untuk golongan yang akan datang mengetahui dimana mereka bermula sebenarnya, dari mana mereka datang dan dimanakah status mereka ketika itu. Untuk system yang ada sekarang ini sesuai untuk melahirkan golongan yang cerdik tetapi tidak tahu dan tidak mengormati sejarah serta amat tidak bertamadun sekali hendaknya. Subjek Rukunegara perlu diperkenalkan.

Wahai Umat Melayu Islam semuanya, kita pertahankan agama suci kita.Jangan biarkan mereka ini meneruskan agenda yang bahlul ini. Ini adalah medan yang cukup baik untuk kita bersatu!!!

HIDUP ISLAM!!! HIDUP MELAYU!!!

Tuesday, August 5, 2008

"Bulan Politik" bukan "Bulan Patriotik"





Apakah kita semua sedar kita sekarang ini sedang berada dibulan ogos yakni bulan kemerdekaan ataupun bulan patrotik yang upacaranya disambut pada tanggal 31 Ogos setiap tahun.


Dengan scenario politik yang melanda, bermulanya dengan pengumuman demi pengumuman yang kerajaan akan bertukar pada 16 september 2008, selepas itu dengan isu politik yang terbaru melanda “kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim”, isu mubahalah dan muqabalah, berita penggabungan UMNO dan PAS, isu ketuanan melayu dan kontrak sosial yang sedang digugat, dan yang terbaru ini perletakkan jawatan Datuk Seri Dr Wan Azizah yang memungkinkan untuk terjadinya satu pilihanraya kecil yang akan diwakili oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, membuatkan kita terus alpa dihanyut dengan cerita-cerita yang tiada kesudahan dan kesinambungan.


Kita semua sedar dan tahu, kalau hendak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya sambutan bulan kemerdekaan untuk tahun ini amat pudar dan tiada makna. Tidak ada sebarang kempen yang diwar-warkan, tidak ada perkataan yang diucapkan oleh pemimpin berkenaan bulan kemerdekaan, tidak ada semangat bulan kemerdekaan mahupun tayangan-tayangan pasal bulan yang sungguh penting ini. Dan kalau kita lihat tahun yang dahulu dan yang sebelum itu lagi, dan sudah pasti kita semua ingat dengan kempen mengibar “Jalur Gemilang”(nama ini diberi oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad). Pelbagai pihak memainkan peranan yang amat berkesan dengan memberikan bendera Malaysia ini dengan percuma untuk dikibarkan dan menjadi tatapan umum dengan penuh kebanggaan. Tidak cukup dengan itu, sektor-sektor korporat tidak ketinggalan untuk menjayakan kempen ini. Sehinggakan satu ketika, ia menjadi “Trend” dan amatlah tidak patriotik kita rasakan pada individu yang tidak mengibarkan bendera diatas bumbung kereta, motosikal dan di mana-mana yang dirasakan perlu.


Soalan yang perlu ditanya, dimanakah pengisian-pengisian itu? Bukanlah memberikan bendera ini dan menganjurkan majlis melibatkan pengkisahan bulan kemerdekaan ini boleh dianggap satu pemembaziran? Ini semua perlu dijawab. Pada hemat saya, Malaysia sekarang dianggap “Bulan Politik” bukan “Bulan Patriotik”. Kita terlalu menumpukkan kepada soalan politik tanpa menjawab soalan patriotik. Hebatnya kita berpolitik sehinggakan “Pepatung dianggap Helikopter”, itulah yang mampu saya rungkaikan. Amatlah perlu budaya untuk merayakan dan menginsafi bulan kemerdekaan ini diteruskan dan amat wajar sekali bagi membina jati diri yang sudah tentu menjadi penggerak wawasan negara. Apakah kita lupa misi Negara Maju 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad?.


Kalau dilihat kepada keadaan sekarang, merebut jawatan merupakan perkara utama pula. Menteri-Menteri sibuk hendak mengejar jawatan. UMNO dengan pemilihannya, MCA dengan pemilihan dan juga isu kontroversi pucuk pimpinannya, ini semua membuatkan kita lupa dimanakah usul asal kita yang sebenarnya. Dikala hal-hal yang melanda sekarang ini, kita perlu kembali ke asal dalam bentuk normal Kita perlu melihat dan menilai sejarah kembali.Kita perlu tahu erti sebenar semangat cintakan negara.


Harapan saya agar, sesibuk mana kita berpolitik untuk memenangi kerusi permatang pauh itu janganlah sesekali kita lupa akan semangat patriotik ini. Kesannya amat dalam untuk kita hayati. Fikir-fikirkanlah wahai bangsa ku sekalian.


Negara ini negara kita, tanggungjawab kita serta tanah air kita...Tempat tumpah darah kita.Ayuhhh!!! Bangunlah Bangsaku Sekaliannya!!!

“Keranamu Malaysia Kita Pertahankan”

Monday, August 4, 2008

“Hello Boss”



Setiap orang yang selalu membaca surat khabar utusan pasti tahu ruangan komik “Helo Boss”. Kartun ini mengisahkan seorang watak yang bernama “Rosli” atau nama singkatannya “Li”bersama seorang “Boss” yang bergelar “Datuk” yang bekerja disebuah syarikat koporat.

Saya amat meminati ruangan ini dan setiap hari saya akan mengikuti kisah-kisah antara “Rosli” dan juga “Boss”nya sebaik saya tiba di pejabat pada jam 7.50 pagi setiap hari. Kekadang itu saya tergelak bersendiri melihat watak lucu kedua-dua watak ini.

Berbalik kepada pengkisahan “Rosli” bersama “Boss”nya ini menampakkan kesinisan yang amat ketara. Ini boleh dilihat apabila kedua-duanya saling mengenakan antara satu sama lain dan ini sedikit sebanyak memberikan kesedaran pada kedua-duanya supaya berubah daripada menjadi “bodoh sombong”.

Melihat kepada watak “Rosli” ini, dia seakan-akan ingin memuji “Boss”nya ke tahap tertinggi bintang lima. Bahasa yang selalu digunakan pada era waktu ini ialah “mengaircond-kan” Boss. Siapa yang tak suka dipuji.Dan “Rosli”ini bijak mencari jalan dan waktu untuk “mengaircond-kan” Bossnya. Kekadang itu, Bossnya memberikan insentif atau pun bonus pada “Rosli” ini.Bossnya cair!!!

Tetapi Bossnya ini selalu jugak bergantung pada “Rosli” untuk mendapatkan info-info terbaru berkenaan dengan staff-staff ofis. Sama ada mereka ini menjalankan kerja atau sebaliknya. Dan sudah semestinya “Rosli” ini memberikan maklumat-maklumat palsu untuk mengaburi “Bossnya”, dengan harapan menampakkan yang “Rosli” ini betul- betul bekerja. Sememangnya menjadi lumrah “Rosli”untuk “mengipas” Bossnya untuk mendapatkan sesuatu, terutamanya kenaikan pangkat!

Moral daripada watak kartun ini, adalah tidak menjadi kesalahan untuk memuji, mengipas atau mengaircond-kan Boss-Boss anda di tempat kerja masing-masing. Sila-lah mengambil langkah berhati-hati dan tidak dengan jelas sehingga orang nampak “Mamat ni kerja nak mengipasssssssssssss aja”, tiada kerja lain ka? Dan kalau melakukan sesuatu kerja biarlah bermasyarakat dan nampak senang untuk berurusan dengan orang. Dan orang pun tidak nampak ada halangan untuk bekerjasama dengan kita Setengah orang hanya pandai memuji tapi tak pandai mengenakan, setengah yang lain hanya pandai mengenakan tak pandai memuji. . Tapi “Rosli” ini memang pandai memuji dan mengenakan “Bossnya”. Anda pula dikategori mana?

Saya mencadangkan supaya kartun “Helo Boss” oleh Dee (nama sama aja macam nama saya) ini dibukukan. Memang seronok untuk dibaca.


Anyway, jumpa lagi.

Saturday, July 26, 2008

BERAKHIR SUDAH...



Saya mengambil masa selama lebih kurang dua minggu untuk memikirkan hala tuju kerjaya sebelum mengambil keputusan drastik ini. Pelbagai perkara bermain difikiran saya, apa dan akan berlaku dengan tindakan ini.

Pertamanya, apakah keputusan ini tepat?kedua, adakah keputusan ini akan memenuhi kehendak saya?ketiga, bagaimana pula dengan boss saya sekarang?keempat, bagaimana dengan pelajar-pelajar saya sekarang? Ini semua membuatkan saya begitu sekali bimbang dan bercampur perasaan sedih.

Saya memasuki Insitusi ini bermula dengan jawatan Penolong Pengurus Hal Ehwal Pelajar. Selama lebih kurang 6 bulan sebagai Penolong Pengurus, banyak perkara yang telah saya amati dan teliti yang memerlukan beberapa pembaharuan segera. Antara persoalan yang berlegar-legar di kepala saya:-

Bagaimana fungsi STAD yang sebenar terhadap pelajar?
Apakah peranan STAD dalam mendidik pelajar untuk mengendalikan program?
Adakah system sekarang dapat memberikan input sebenar untuk pelajar mempelajari sesuatu perkara?
Apakah tahap mentaliti pelajar sekarang?
Adakah pelajar dapat mempelajari sesuatu yang berkualiti daripada program yang dijalankan?

Ternyata, selepas 6 bulan menjalankan tugas sebagai Penolong Pengurus. Saya dinaikkan pangkat menjadi Pengurus. Makanya, peluang ini amat menggembirakan hati saya. Selaku Pengurus sudah tentu saya mempunyai ruang yang besar untuk saya laksanakan beberapa pembaruan segera. Hari pertama saya selaku Pengurus, saya telah mengadakan satu perjumpaan tertutup dengan Majlis Perwakilan Pelajar. Saya mengadakan satu Brainstorming Session bersama pimpinan pelajar untuk mengetahui punca masalah dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Antara masalah utama yang saya lihat ialah soal “kesatuan organisasi” yang perlu diatasi segera.

Keesokan harinya, saya mengadakan pertemuan segera bersama “Majlis Presiden” yang saya tubuhkan sendiri untuk membentangkan agenda khas iaitu soal kesatuan organisasi.Untuk makluman, Majlis Presiden ini merupakan satu platform yang menghimpunkan kesemua Presiden-Presiden Kelab dan Persatuan untuk satu tujuan iaitu untuk membuat “collective decision” secara bersama dan bersatu hati dalam apa jua keadaan. Makanya, saya memperkasakan peranan “Majlis Presiden” untuk diletakkan terus di bawah Majlis Perwakilan Pelajar melalui Club and Societies Management Division,Majlis Perwakilan Pelajar. Alhamdulillah, “kesatuan organisasi” dapat dicapai melalui penubuhan Majlis Presiden ini. Dan sehingga hari ini, saya dapat lihat pergerakkan yang baik antara Presiden-Presiden dalam mengatasi pelbagai masalah yang melibatkan program-program.
Seterusnya, saya mengorak langkah dengan memperkenalkan beberapa system baru di dalam pentadbiran kelab dan persatuan. Antaranya ialah :-

Guided working paper,
Perlembangaan kelab dan persatuan,
Master plan
Financial plan
Financial report
Garis panduan penubuhan kelab dan persatuan
Prosedur tertentu untuk melibatkan VIP.
Tata etika bermesyuarat

Tujuan utama, saya memperkenalkan system-system ini adalah untuk mendidik pelajar-pelajar dalam melakukan sesuatu. Saya ingin melihat mentaliti pelajar yang mampu berkfikir secara sistematik dan berupaya melakukan sesuatu tindakan dengan efisyen dan baik. Kesemua, system baru ini dicapai dalam pertemuan siri kedua dengan pihak MPP dan Majlis Presiden.

Walaupun kesepakatan dicapai namun saya dapat mendengar pelbagai cakap-cakap tidak berpuas hati terhadap system baru ini. Ramai yang tidak berpuas hati dan berkata system ini amat tidak praktikal dan kebanyakkannya berkata yang saya ini hanya hendak menyusahkan pelajar untuk mengadakan program. Namun, saya langsung tidak langsung melayan cakap-cakap ini dan saya hanya memekakkan telinga. Selama lebih kurang 2 minggu system baru ini berjalan pelajar sudah mula untuk melihat keberkesanan system ini. Hari ke hari, saya melihat pelajar mula selesa dengan system yang baru ini.

Seterusnya, saya meneruskan perancangan untuk menggalakkan pelajar untuk terlibat secara aktif di dalam kelab dan persatuan. Ini dapat dilihat dengan bertambahnya jumlah kelab dan persatuan. Alhamdulillah, dengan bertambahnya jumlah kelab dan persatuan serta system penambahbaikkan yang telah wujud saya amat yakin bahawa pelajar-pelajar sekalian mampu untuk mencapai objektif penubuhan.

Dengan tertubuhnya, Sekretariat Rakan Muda yang bernaung secara terus dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah satu kredit untuk semua pelajar-pelajar di Institusi ini. Ini kerana, pelbagai program sudah dirancang dengan rapi oleh pihak KBS melalui SRM bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan pelbagai aktiviti-aktiviti luar. Ini dapat dilihat dengan adanya SRM ini sekurang-kurangnya 4 program luar anjuran KBS dapat dimanfaatkan oleh pelajar iaitu:-

Dusun Eko Resort
Program Pidato Kebangsaan SRM
Program Rakan Muda Setiawangsa
Anugerah Remaja Perdana


Satu kejayaan yang amat membanggakan, apabila pelajar saya dapat melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan pidato dengan menewaskan pelajar-pelajar yang lebih senior. Ini ditambah lagi dengan anugerah pelajar terbaik diberikan kepada kita. Ini semua adalah kejayaan tidak terhingga kepada anda dengan menunjukkan semangat yang kental dan jitu dalam melakukan sesuatu.


Sememangnya, saya amat sedih untuk meninggalkan anda semua. Semasa saya menulis surat perletakkan jawatan pada tanggal 20/7/2008 bersamaan hari ahad sewaktu Taaruf sedang berlangsung perasaan hiba dan sedih menyelubungi saya. Ini kerana, anda semua pelajar-pelajar saya sentiasa bermain difikiran saya. Pada waktu pagi 21/7/2008 saya menghantar surat perletakkan jawatan kepada En Norhafizan Norman selaku Timbalan Pegawai Eksekutif. Ayat pertama yang keluar dari mulut beliau “Aduhhh Wadi…sakit perut saya”. Dan saya menerangkan dengan panjang lebar kenapa saya memilih jalan ini. Lebih kurang 10 minit En Wan Arif masuk ke bilik En Norhafizan dan beliau jugak nampak amat terkejut dengan tindakan yang saya lakukan ini.

Selepas itu, saya ke tingkat dua untuk berjumpa En Shamsul Kahar Haron selaku CEO. Saya tidak bernasib baik, kerana tidak dapat berjumpa beliau dan saya menghantar surat kepada Mdm Shahzai. Akhirnya, saya ke Tingkat 1 berjumpa Mdm Azza dan terus mengemukakan surat kepada beliau. Rata-rata semua orang amat terkejut dengan tindakan ini. Selepas bersolat zohor, saya berjumpa dengan MPP dan beberapa ahli Majlis Presiden untuk menyatakan hasrat saya.

Pada mulanya saya tidak sampai hati untuk melihat pelajar-pelajar ini. Antara yang ada bersama saya pada waktu itu ialah Nabil, Sakeena, Arif, Adha, Ayie, Hairul dan Noorullah. Semuanya terkelu seribu bahasa sebaik saja saya mengumumkan perletakkan jawatan. Saya meminta mereka semua merahsiakan dulu perkara ini akan tetapi hal ini telah tersebar di kalangan MPP dan Majlis Presiden.

Walau apa pun yang berlaku, walau tiada saya di sini ingatlah jiwa saya sentiasa bersama anda semua wahai pelajar-pelajar ku sekalian. Kekuatan saya selama ini adalah anda semua. Tiada anda tiadalah saya di sini. Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada anda semua terutama sekiranya berlaku kesalahan sewaktu bersama anda. Ingatlah apa yang saya lakukan selama ini adalah untuk mendidik anda menjadi insan yang baik dan berguna di mata masyarakat umum. Saya amat percaya dan yakin dengan segala didikan yang sudah anda perolehi akan menjadikan anda berkualiti dan mampu untuk berdiri dengan sebaiknya. Saya telah pun melakukan yang perlu selebihnya adalah diri anda semua untuk bertindak. Harapan saya, teruslah memberikan sokongan kepada Pengurus baru yang bakal menggantikan saya nanti. Semoga orang baru yang menggantikan saya akan menjadi lebih baik dan mampu memberikan yang terbaik buat anda semua.

Akhir Kalam, yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang tidak baik itu datangnya dari diri saya sendiri.

Wassalam.

Tuesday, July 15, 2008

Debat Harga Minyak..

Selepas tamat saja sesi debat diantara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Ahmad Shabery saya dihujani dengan sms dan panggilan telefon. Pelbagai komentar yang diberi ada yang positif mahupun negatif.Ada yang melabelkan saudara Menteri Penerangan tidak professional dalam menjalankan tugasnya serta mengatakan Datuk Seri Anwar adalah seorang yang”populist” dan tidak realistik.

Setiba di pejabat pagi ini, saya berkesempatan untuk bersarapan dengan rakan-rakan. Topik debat ini hangat diperbincangkan dan menyebabkan saya lewat untuk masuk ke ofis. Majoriti memberikan kredit kepada Datuk Seri Anwar kerana menggunakan masa yang cukup sesuai untuk memberikan pendapat.Beliau dilihat lebih “professional” dan “gentleman” dalam menyampaikan hujah.Permulaan hujah Datuk Shabey telah menyerang peribadi Datuk Seri Anwar dengan mengupas sejarah tahun 1974 dan Datuk Seri Anwar dilihat lebih “cool” dan menangkis dengan mengatakan platform ini adalah untuk mendebat harga minyak bukan untuk menyerang peribadi.

Bagi saya, apa yang boleh saya utarakan adalah seperti berikut:-

1.Pak menteri tidak menjawab dengan rasional mahupun fakta kenapa harga perlu dinaikkan 78 sen. Sebaliknya apa yang dijawab telah pun diulas oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.Dan semua sudah maklum berkenaan hal ini.

2.Tidak seharusnya Pak menteri menyentuh soal personaliti dan membuatkan Datuk Seri Anwar tersipu-sipuk tunduk malu. Sebaliknya semua orang tahu soal personaliti Datuk Seri Anwar yang gemar melawan ketua.Tidak seperti Datuk Seri Najib yang mengiyakan apa yang Ketua cakap.

3. Apa yang Pak menteri sebut termakan diri sendiri.Beliau seolah-oleh terlupa yang beliau adalah antara orang kuat Semangat 46 satu masa dahulu.

4.Pak menteri tidak menjawab soalan daripada saudara Zulkifli. Manakala Dr Nordin Kardi sememangnya ingin kenakan Datuk Seri Anwar dengan soalan yang memihak kepada Datuk Shabey.

5.Hujah Datuk Seri Anwar yang hanya menyentuh secara general soal berkenaan IPP yang ingin mengambil RM 2 billion dan tidak dihujahkan bagaimana cara perlaksanaan.

6.Soal kebocoran dan ketirisan, Datuk Seri Anwar tidak menceritakan bagaimana hendak menyelesaikan perkara ini.Sebaliknya hanya mengulangi soal rasuah dan “good governance” perkara ini telah berulang kali disebut dalam pidato beliau sebelum pilihanraya.

7. Pada penggulungan hujah, Datuk Seri Anwar menyampaikannya dalam bentuk “point” dan berakhir dengan kenyataan “Saya akan bertanding dalam pilihanraya dalam masa terdekat” dan amat “cool” sekali sebaliknya berlaku pada Pak menteri beliau hanya mengulangi “point” yang sedia ada dan berakhir dengan kata-kata “Anwar tidak pernah berubah sejak dari dulu”,

Secara konklusinya, kita dapat melihat bagaimana Datuk Seri Anwar pergi dan bersalam dengan beliau dahulu dan rakyat terbanyak melihat beliau ini seorang yang amat “professional”.Dan ketika itu Datuk Ahmad Shabery berdiri tergamam di posisi beliau. Pandangan saya, kerajaan sekarang mengamalkan keterbukaan dalam memberikan peluang yang lebih kepada pihak pembangkang untuk berdiskusi.Ini tidak ada semasa era Datuk Seri Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan tidak dapat dinafikan.Walaupun tidak sepenuhnya, tetapi ruang kebebasan media diamalkan sedikit oleh Kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah. Dan amat ternyata sekali, Datuk Shabery bukanlah lawan sebenar Datuk Seri Anwar untuk berhujah.Saya amat bersetuju sekiranya debat ibi disertai oleh PM, TPM atau Tan Sri Nor Mohd Yaacob yang bertanggungjawab dan memegang portfolio kewangan dan merupakan Penasihat kepada Tun Dr Mahathir sewaktu masa dahulu.

Adalah diharapkan, semoga perdebatan ini tidak sekadar hanya terhenti disini. Ramai yang ternanti-nanti dan mencadangkan agar diadakan debat antara PM Abdullah Badawi bersama Tun Dr Mahathir Mohamad. Sama-sama kita nantikan samada mimpi ini mampu menjadi kenyataan.

Wassalam

Lawatan ke Parlimen Malaysia


Hari ini bermula dengan lawatan saya bersama dengan pelajar-pelajar Kolej Islam Antarabangsa ke Bangunan Parlimen.Rombongan seramai 80 orang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar..ahli kelab debat IIC dan juga bekas peserta-peserta PJKN.

Rombongan bertolak pada jam lebih kurang 9.00 am dan tiba lebih kurang jam 9.30 am.Pegawai dari IIC adalah saya dan juga akak arinawati.Sebaik tiba kami semua melapor diri di pejabat pengawal dan diarahkan untuk terus ke pintu no 7.Setelah berlegar-legar mencari pintu akhirnya tiba ke pintu yang dicari.Selepas itu, kami semua diarahkan oleh Pengawal Keselamatan Parlimen supaya beratur dan melalui beberapa peraturan ketat seperti "pemeriksaan keselamatan menaiki kapal terbang" sebelum dibenarkan memasuki bangunan.Saya diminta untuk mengumpulkan semua telefon bimbit dan kamera untuk disimpan ke satu"locker".

Sepuluh minit kemudian, kami diminta untuk ke tingkat satu ke galeri awam untuk mengikuti sesi penuh persidangan dewan rakyat. Di sana, pelbagai gelagat YB-YB sekalian yang dapat dilihat.Antaranya berbual sesama sendiri,menjawab panggilan telefon,berSMS dan bermacam-macam lagi.Tetapi satu insiden yang paling tak dapat saya lupa ialah sewaktu seorang Ahli Parlimen ARAU iaitu Datuk Ismail Kasim yang bangun untuk keluar dewan sempat senyum ke arah galeri awam dan menunjukkan pada salah seorang pelajar saya "Tidor nie"..sambil tersenyum kambing..

Selama satu jam di dalam dewan selepas itu kami beredar ke luar untuk memberi laluan kepada rombongan lain pula untuk mengambil tempat.Ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga kepada pelajar-pelajar saya.Ramai yang nampak sangat "excited"melihat menteri-menteri yang selalunya dilihat di kaca televisyen.

Akhir kalam,terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program "Lawatan ke Parlimen Malaysia' walaupun program ini hampir-hampir di batalkan disaat akhir disebabkan beberapa perkara.

Sehingga berjumpa lagi.Wassalam.




Monday, July 14, 2008

Assalamualaikum…


Setelah lapang daripada kesibukan akhirnya masa yang ada ini saya pilih untuk membuat blog. Saya mengharapkan blog ini akan menjadi satu platform untuk kita sama-sama berdiskusi serta berkongsi pelbagai pengalaman.

Setiap insan sudah pasti mempunyai pandangan serta luahannya sendiri. Dan sekiranya anda di luar sana yang ada sesuatu untuk diluahkan dan dikongsi bersama,pastikan anda menjenguk blog ini.

“Ingatlah dunia ini hanyalah persinggahan.. akhirat juga medan yang kekal abadi”

Wassalam