Wednesday, November 26, 2008

MAJLIS KONVOKESYEN

Pada 22hb November yang lepas saya berkesempatan menghadiri Majlis Konvokesyen IIC yang Ke-empat. Adalah sesuatu yang amat membanggakan melihat pelajar-pelajar menaiki pentas dengan penuh bergaya, pakaian yang baru, yakin dengan langkah dan menghulurkan tangan sambil menerima skroll daripada Tengku Puan Pahang, Tuanku Azizah Aminah Maimunah.

Disana saya dapat melihat kemeriahan ibu-bapa yang amat gembira terhadap kejayaan anak-anak mereka. Walaupun datang dari utara ataupun selatan, tak lupa yang tinggal nun jauh di timur dan barat sana tidak terasa kepenatan melihat anak-anaknya yang berjaya.Tahniah saya ucapkan.

Sebagai bekas pelajar pengambilan pertama dan bekas tenaga pengajar di Kolej Islam Antarabangsa saya tidak dapat lari daripada mengingati memori sewaktu bergelar pelajar dahulu. Seingat saya, pada tanggal 30hb Jun 2001 saya mendaftar sebagai pelajar Diploma Pentadbiran Perniagaan. Ayat pertama keluar daripada mulut ibu saya “Dee ingat naa belajaq baik-baik, toksah dok main-main..kalau dah register masuk ni maknanya register untuk dapat diploma terus naaa”.Itulah perkataan keramat yang saya pegang sampai sekarang, maknanya lebih kurang alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Pelbagai ranjau yang saya hadapi sewaktu disana dahulu, antara gelaran kepada kami ialah “bahan eksperimen dan tikus putih”. Masalah utama yang dihadapi ialah asrama, kerja kami hanyalah berpindah-randah lebih kurang seperti orang nomad mencari gua-guanya. Dari asrama ke :-
  • Sekolah Menengah Teknik Sg Pusu (3 minggu)
  • Hotel Grand Olympic Jalan Hang Jebat (1 minggu). Disini amat menarik, jam 3.00 petang ku sangkakan 8.00 pagi.Al-maklumlah tinggal di hotel bukan hostel dah tu gelapnya seperti malam.
  • Selepas itu kami diarahkan pula ke asrama di Diamond Square (3 bulan) yang menjadi persinggahan terakhir sebelum ke rumah sewa. Yang menarik, di asrama ini kami gelarkan sebagai “istana Takeshi”.

Boleh anda bayangkan sebuah apartment diubah suai menjadi :-

  • 5 partion yang memuatkan 5 org 1 partition dan 25 orang untuk 1 apartment.
  • Tak cukup dengan itu kemudahan tandas dan bilik air pula diubah suai menjadikannya 5 station tandas, dan 5 station bilik air.
Hidup seperti sardin didalam tin. Yang paling membuatkan kami “hangin satu badan” apabila bangun pagi untuk bersiap ke kelas jam 8.00 pagi, seeloknya perlu bangun seawal mungkin untuk beratur lebih kurang seperti filem P.Ramlee “Seniman bujang lapuk” beratur memasuki tandas. Dan kekadang itu, ada kawan-kawan yang suka “menikmati masa-masa lama”, maka mandi pun sudah tidak sempat. Mana tidaknya selepas itu kami perlu pula berjalan kaki sejauh 2 KM untuk sampai ke “kampus IIC” di tepi Jalan Gombak sebelah kilang beras sebelum jam 8.00 pagi untuk memasuki kelas bahasa inggeris pensyarahnya Mr.Mulkit Gill Singh. Beliau akan memarahi sesiapa yang masuk lewat.Ayatnya “Hey you why late haaaa?.(rindu nak dengar ayat ni beserta dengan ton-tonnya ala-ala Amitabachan). Dan apabila jumlah pelajar makin bertambah apartment (sekarang asrama puteri) di belakang bangunan kolej dijadikan kelas sehingga ke tingkat 4. Bukan itu sahaja, basement car park yang dibawah asrama puteri pun menjadi mangsa dek kerana tidak mampu lagi pihak pengurusan menyediakan tempat sehinggalah kolej berpindah ke Taman Batu Muda.

Itulah antara pengalaman menarik yang dapat saya coretkan, amat seronok untuk dikenang. Namun syukur Alhamdulillah, berkat kesabaran kami semua dapat menamatkan pembelajaran tanpa ada rasa dendam terhadap pengurusan Kolej Islam Antarabangsa ketika itu. Sebaliknya berterima kasih kerana mendidik kami dengan segala kesusahan yang membuatkan kami menghargai apa yang diterima.Sehinggalah saya memiliki segulung ijazah dan ramai juga di kalangan “first Batch” yang menjawat jawatan penting di sekor awan dan swasta. Syabas dah tahniah saya ucapkan.

Kepada graduan-graduan yang baru ini, Ingatlah perjalanan anda masih jauh. Pelbagai ranjau dan duri menanti anda nun jauh disana. Banyakkanlah berdamping dengan orang yang sudah dewasa dan berilmu nescaya mereka ini akan membantu anda dari mengikuti jalan yang penuh lubang dan lopak yang akan membuatkan anda lambat sampai ke destinasi. Tuntutan ilmu belum berakhir, walau kita bergelar Profesor selepas ini ilmu ini diibaratkan seluas-luas lautan dan ilmu yang kita miliki sekarang hanya setitis air yang amat kecil.

Kepada pelajar-pelajar sekarang, saya doakan anda akan terus cemerlang dan bersyukur dengan apa yang ditawarkan oleh pihak pengurusan. Boleh dikatakan anda semua bertuah dengan apa yang dimiliki sekarang dan jangan menjadi hamba yang kufur nikmat. Kami semua dah buktikan walaupun tiada kemudahan canggih, tiada court futsal, tiada wireless walaupun hanya kolej empat tingkat namun kejayaan mampu kami gapai. Seharusnya anda semua perlu lebih berjaya dengan apa yang ditawarkan.

Kepada pensyarah-pensyarah teruskan mendidik anak bangsa untuk meneruskan kecemerlangan syiar islam. Tanpa ilmu butalah kita semuanya, dan janganlah jemu dalam mendidik sesungguhnya tanpa anda tiada bermakna hidup saya ini. Tahniah untuk sekaliannya!

Wassalam.

5 comments:

laksamana sunan said...

yezzaaa tuan campro...cerita tuan tergantung la...patutnye ada sambungan.....saya cadangkan sambungannye mcm ni....di kolej ini lah saya bertemu dgn gadis yg akan mengisi kekosongan di hati saya.....he he he....jgn mare tuan...gurau jek....

Hiswadi Anuar said...

Salaam Tuan Laksamana Sunan,

Ahahaha..apa laks nak marah..tp betul jugak boleh bawa ke tengah tu..tak mengapa..rsnya untuk bahagian 2 akan bersambung selepas tuttttttttttttt..hehe

Jgn lupa mai kenduri naa..tapi yg tak tahan 13/12 ni clash pulak dgn assesment PTD..sy dalam dilemaaaaaaaaaaaaaaa..

z'kea m.s said...

Tahniah buat semua.. hadir IIC konvokesyen juga membawa saya berbagai kenangan semasa menjadi director dan advisor.. Rasa macam nak menangis pun ada. Apatah lagi melihat wajah anak-anak murid yang menerima diploma dan sijil.. bagaimana gembiranya mereka dan keluarga..

Para pendidik di IIC, kalian bukan sahaja mendidik, mengasuh, memberi tunjuk ajar.. bahkan kalian jugalah yang bersusah-payah dan bertungkus lumus meraikan kejayaan anak-anak didik kalian. Tahniah!

Anak-anak didik IIC.. hargailah segala pengorbanan para pendidik yang bertungkus lumus membuat persiapan majlis yang gilang-gemilang untuk anda semua tanpa sesen pun bayaran. Anda tidak akan jumpa pendidik sehebat dan sekuat mereka di IIC sepanjang hidup anda selepas ini. (Saya tulis ni kerana saya dengar banyak rungutan dari mereka yang tidak pernah bersyukur dan berterima kasih)

JALAN REBUNG said...

salam tuan ,

tulisan tuan sanagt bermakna dan patut dibaca oleh semua pelajar IIC supaya depa menghargai apa yang depa dapat sekarang. Keputusan saya untuk berenti dari jawatan terdahulu (dengan gaji yg lumayan) untuk menjadi pendidik di IIC adalah keputusan yang tepat.

JLN REBUNG

Rentap Iban said...

Seronok aku baca citer hang nie..tergelak terkeh keh aku ngan Izwan..hang nie boleh buat filem lah kot..