Saturday, December 12, 2009

Kelahiran Puteri Kami-Dhiya Hiswaniza binti Hiswadi



1.Alhamdulillah segala puji bagi Allah dan dipanjatkan syukur atas anugerahNya yang tidak terhingga mengurniakan kami amanah untuk dijaga.

2.Tepat jam 3.46 pm 23 Zulhijjah 1430 bersamaan 10 Disember 2009 Dhiya Hiswaniza bt Hiswadi selamat dilahirkan.

3. Bermula apabila isteri memandu sendiri kereta untuk menjalani pemeriksaan rutin lebih kurang jam 9.30 am.

4. Selepas menjalani pemeriksaan, Dr terus mengarahkan untuk bersalin dengan kadar segera walau tarikh sebenar adalah pada 13/12/2009 (hari ulang tahun perkahwinan pertama). Menurut Dr, air ketuban isteri berkurangan dan ini amat membahayakan kandungan.

5. Isteri menghubungi saya, setelah membahagikan kerja pejabat saya terus bergerak menuju ke Melaka mengambil masa 45 minit dari Tol Sg besi.

6. Setelah tiba, saya menemani isteri yang sedang menjalani kaedah "induce". Setelah 2 jam, keadaan jantung baby yang tidak stabil serta najis telah keluar maka Dr terpaksa mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan. Saya dapat melihat keadaan yang agak kelam-kabut didalam bilik bersalin apabila Dr mengarahkan supaya semua nurse bersedia dengan kadar segera.

7. Disaat itu, hanya Allah menjadi tempat saya berdoa dengan keadaan isteri yang menahan sakit teramat. Dapat dilihat dengan jelas keadaan bimbang isteri sebolehnya tidak mahu menjalani pembedahan. Sebagai suami, saya memberikan sokongan moral ditahap tertinggi.

8. Semasa berada di pintu bilik pembedahan ramai orang bertanya kenapa hanya saya bersendirian menunggu isteri. Saya menjelaskan bahawa ibu mentua sedang dalam perjalanan dari Johor, Ibu saya berada di Pulau Pinang. Tambahan lagi, saya menjelaskan yang saya bertugas dan tinggal di Kuala Lumpur serta isteri bekerja di Melaka.

9. Seorang makcik yang menemani cucunya, menitiskan air mata mendengar penjelasan saya semasa didalam keadaan yang getir ini. Isteri pula memandu kereta sendiri untuk ke hospital.

10. Saya amat berterima kasih kepada makcik yang tidak dikenali ini yang memberikan semangat untuk saya menghadapi keadaan cemas dan memohon saya untuk bertawakal sepenuhnya kepada Allah. Bagi mengurangkan bimbang, saya berbual dengan orang sekeliling antaranya Dr Burhan dari Utem dan Mr Sin juga merupakan suami kepada pesakit di sini.

11. Alhamdulillah, tepat jam 4.15 pm nurse menolak keluar baby saya. Dan saya terus meminta daripada nurse untuk terus azan dan iqamat kan baby saya. Dikala itu, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata terasa akan sayu dihati memegang zuriat sendiri untuk melafazkan kalimah Allah.

12. Seterusnya, kedua ibu mentua saya sampai. Mereka banyak membantu memberikan tunjuk ajar. Syukur saya, apabila sebelum ini juga Dr Mazuki telah mengajar serta memberi nasihat kaedan menjaga baby. Ini memberikan saya kelebihan untuk mengawal situasi dan mengajar isteri sedikit sebanyak.

13. Malamnya, abah, emak dan kakak saya menghubungi untuk mengetahui keadaan isteri dan baby. Abah meminta saya menamakan dengan nama arwah adik saya "Hiswaniza" sebagai mengenangkan akan kekuatan serta ketabahan arwah sewaktu hayatnya dahulu.

14. Syukur semuanya selamat, perjuangan seterusnya saya perlu menelaah buku untuk pulang ke KL esok 6.30 am untuk mengambil ujian dan menghadiri kelas. Esok juga selepas kelas, saya pulang semula ke Melaka mengambil isteri dan Dhiya untuk dihantar ke Johor. Doakan semuanya selamat.

Wassalam.

Wednesday, December 9, 2009

Ujian, Tarikh Isteri Bersalin dan Ulang Tahun Perkahwinan Pada 13/12/2009


Semalam saya ada menghubungi pensyarah untuk subjek "organizational behavior" dengan niat untuk memohon pelepasan kecemasan untuk kelas pada hari ahad ini.Setiap kelas menjadi begitu penting oleh kerana beliau akanmembuat ujian penilaian pada setiap kelas.Ikuti perbualan saya bersama beliau.

Saya :Assalamualikum En Farid..

En Farid:Waalaikumussalam..siapa disana?

Saya :Hiswadi..En Farid..

En Farid: Ya..Hiswadi you dari Technology Park Malaysia kan..anything?

Saya :Ya..just to inform pada En Farid, yang wife saya akan bersalin pada 13/12 ni?

En Farid:hari apa tu ye?

Saya :Hari ahad En Farid hari kelas OB..saya dalam dilemma untuk hadir ke kelas memandangkan isteri akan bersalin di Melaka, saya pula di KL..

En Farid:tapi you akan miss the test tau..ok la i give you suggestion..you put somebody on standby untuk hantar wife you ke hospital in case of emergency..lagi pun bersalin ni tak tentu pun..you datang je ke kelas..you pun tak pernah lagi missed my class..(alamaks aii..dah la jarang kat melaka, time ni je nak bersama isteri ni)

Saya :yang saya risau in case my wife delivered early then agak susah untuk saya tinggalkan dia untuk ke kelas di KL..

En Farid : thats not the issue la, you letak dia kat hospital 3 hari if let say bersalin hari sabtu..you makesure datang kelas hari ahad..(alamaks sampai 3 hari ka?..ishk2..)

Saya :cam ni En Farid, saya akan hantar isteri ke Johor after dah bersalin..

En Farid:Hiswadi..actually you sekarang kan tengah belajar Organizational Behavior (OB), so i memang nak all my student very high discipline in term of to handle problem and to have high good leadership..(dalam telefon pun kena lecture daa..nampaknya kalau bersalin awal..pi mai pi mai Melaka ke KL-Kl ke Melaka ke Johor..wow!)

Saya :ok la En Farid, actually my intention is to attend the class, saya just inform early.. anyway minta En Farid doakan supaya wife saya bersalin selepas kelas En Farid..

En Farid: InsyaAllah..saya doakan..Assalamualikum..

Saya :Waalaikumussalam..terima kasih En Farid..

Begitulah, En Farid yang amat terkenal dengan ketegasan beliau. Pulang ke rumah Dr Mazuki (pensyarah saya sewaktu ijazah pertama dahulu), beliau memberikan beberapa strategi. Beliau merupakan mentor utama (khidmat nasihat) yang amat membantu saya sejak dari dahulu hingga sekarang.

Mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan kelahiran ini, supaya isteri dapat bersalin dalam keadaan selamat dan tenang, saya dapat hadir ke kelas untuk mengambil ujian serta beroleh cahaya mata yang bertuah ini pada ulang tahun perkahwinan kami.

Inilah ujian Allah pada saya dan isteri. Harap dapat dilalui dengan jayanya. Sesungguhnya setiap ujian itu yang dilalui dengan jayanya akan menaikkan darjat hambaNYA.Allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung.Doakan ya semua.

Wassalam

Thursday, December 3, 2009

Tanggal 4 Disember 2002 ( Versi 2)


Al-Fatihah




Hari ini tanggal 04/12/2009 bersamaan hari jumaat genap 7 tahun pemergian Allahyarhamah adik kesayangan saya Hiswaniza bt Anuar.

Allahyarhamah ketika itu berusia 14 tahun.

Saya mendoakan agar rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.Amin.


Wassalam

Saturday, November 28, 2009

Sambutan Aidiladha di Malaysia


1. Sambutan Aidiladha tidak ubah hanya seperti memenuhi cuti awam.


2. Jika ditinjau, tidak banyak rancangan-rancangan di TV yang menayangkan akan istimewanya Aidiladha ini. Hanya 1 atau 2 rancangan, yang lain ianya hanya biasa-biasa saja.


3. Aidilfitri?ianya dirayakan selama sebulan kadang-kadang sehingga masuk zulkaedah ianya masih dirayakan.


4. Sedangkan, Aidiladha adalah lebih besar ertinya dan dirayakan selama 4 hari (10, 11, 12, 13 zulhijjah) serta digalakkan bertakbir pada hari itu atau disebut sebagai hari tasyrik. Hari ini adalah hari diharamkan kita berpuasa.


5. Aidilfitri kita hanya diharamkan berpuasa pada 1 syawal saja.


6. Satu ketika, saya pernah berbual dengan rakan sepejabat sambil bertanya "you tak balik kampung raya korban?..sambil beliau menjawab .."ala raya korban ni kecik aja"..saya balas "berbanding aidilfitri..aidiladha lebih besar..kita disunatkan bertakbir hingga 4 hari"..beliau mencelah "eh ya kerr?i tak rasa pun"...saya menjawab " you kena pergi masjid baru you tahu"..


7. Sebenarnya di TV, takbir akan ditayangkan sepanjang hari tasyrik. Itu lah, umat islam sekarang yang sungguh memandang sepi akan pengertian besar hari raya korban.


8. Sedangkan, selain menumbangkan lembu, kambing, kerbau atau menayangkan umat islam di Makkatul Mukarramah pelbagai program yang boleh direncanakan atau dirangka. Drama ditayangkan pun tidak begitu melambangkan akan penceritaan Aidiladha sebaliknya ianya sekadar memenuhi syarat.


9. Jika aidilfitri program begitu kreatif?mengapa tidak aidiladha.Tepuk dada tanya selera!


10. Salaam Aidiladha untuk semua, hayati lah erti sebenar pengorbanan yang cukup besar akan maknanya disisi Islam.


Wassalam

Wednesday, November 18, 2009

Pemimpin Islam-Melayu, Bersatu lah!


Wajah-Wajah Pimpinan Malaysia










Mari kita doakan supaya pemimpin-pemimpin yang hebat ini bersatu. Amin Ya Rabbal Alamin.



Friday, November 6, 2009

Minyak angin serbaguna



1. Semua orang pernah menggunakan minyak angin.

2. Memang menggelabah, jika perut sakit, kaki terseliuh, kaki 'cramp', sakit urat maka minyak angin la yang akan dicari.

3. Akan tetapi, minyak yang dipandang ringan ini apabila sakit baru dicari rupanya ia mempunyai nilai tersendiri.

4. Oleh kerana isteri saya sedang mengandung 35 minggu, beliau selalu mengadu kaki "cramp". Kadang-kadang sebelah, sekarang hampir kedua-dua kakinya sering kejang pada waktu pagi.

5. Jadi, sempena hari kelahirannya yang bakal tiba pada 13/11/2009 ini, saya mengambil keputusan untuk menghadiahkan sebotol minyak angin serbaguna untuk beliau. Ini gara-gara tidak ada satu pun minyak angin yang disimpannya di Melaka.

6. Sebaik saya mengumumkan ini hadiah untuknya, beliau ketawa sekuat hati... mengeket-ngeket pulak tu!.Sehingga terserlah kejawaanya!..ahaks

7. Gembira sungguh hati melihat reaksinya, disebabkan 2 minggu saya tidak pulang melihat keadaan beliau hanya berbual melalui telefon.

8. Minyak angin yang hanya dipandang sepi, menjadikannya ianya amat bernilai jika amat diperlukan. Apatah lagi, ianya dijadikan hadiah hari lahir disaat ianya memerlukan.

9. Ingatlah!sesuatu yang diberikan dengan ikhlas mempunyai nilai nya tersendiri walau harga tidak seberapa.

Mencari rezeki di bumi MMU
Mempertajamkan otak bermain sudoku
Menghitung hari mengira waktu
Ucapan selamat hari lahir untuk isteriku
Wassalam

Friday, October 23, 2009

Aktiviti Riadah


1. Alhamdulillah, Allah memberikan kelapangan masa untuk berada di bumi Hang Tuah bersama isteri dan baby tersayang.

2. Setelah bersolat subuh, saya mengambil kesempatan bercuti ini untuk melakukan jogging mengelilingi taman sepanjang lebih 3 km untuk menyihatkan badan.

3. Sepanjang perjalanan 3 km itu, dapat saya lihat begitu ramai penduduk melakukan aktiviti sama. Semuanya berjogging!

4. Hampir semuanya daripada pelbagai lapisan umur. Yang Baby, Yang Kanak-Kanak, Yang Remaja, Yang Dewasa, Yang Tua bukan Yang Berhormat.

5. Bongkok pun berjogging walau langkahnya mengambil masa 60 minit bersamaan 1000 meter atau 1 jam 1 km (angka 1 sekarang ini sangat terkenal) hehe. Namun semuanya berjogging!

6. Amat malang, keseluruhannya kaum cina !

7. Kaum Melayu?oh mungkin sibuk menjalani aktiviti ‘mentadbir negara’. Makanya tidak sempat melakukan senaman ringan.Atau begitu sibuk berjogging di atas “katil” sambil menarik selimut dek kerana halwa salju yang dingin.

8. Amat berpatutan, jika ditinjau statistik kaum melayu ramai diserang sakit jantung pada usia yang muda kerana semuanya lebih suka bersenam di dalam selimut.

9. Mengambil contoh, kehidupan Tun Dr Mahathir yang tampak segar dan muda berbanding usia yang hampir menjangkau 85 tahum. Namun, beliau kekal bertenaga, segak, bergaya, kacak mengalahkan orang muda.

10. Tipsnya, beliau mengamalkan solat, senaman, berjogging, dan menjaga pemakanan setiap masa.

11. Mengamalkan aktivi senaman, memberikan kesihatan yang panjang menyumbang kepada kebaikan minda.

12. Wahai Melayu……….katanya kita Tuan di bumi ini. Mana mungkin… kita menjadi Tuan andai diri tidak sihat fizikal dan mental.

13. Ambillah peluang…menjaga kesihatan. Jika kenderaan selalu diservis mengikut skala untuk mengelakkan ianya rosak ditengah jalan.

14. Kesihatan…..?apakah ianya mengikut skala atau menunggu rosak@sakit baru diservis.

15. Ayuh!amalkan kehidupan sihat ianya 1 ibadat.


Wassalam

Thursday, October 1, 2009

Sepetang di Bengkel Ah Kim


Semalam selama 4 jam saya berada di bengkel Ah Kim. Appointment telah dibuat 2 hari sebelum itu untuk membaiki "Timing Belt" kereta isteri. Mula-mula hanya Timing Belt, selepas itu "Water Pump" pulak bocor dan "Oil Siu" (kalau betul ejaan). Sepanjang disana, macam-macam saya belajar berkenaan enjin daripada Ah Kim dan Ah Seng, pembantunya.

Selama 210 minit disana, saya sangkakan boleh selesai dalam masa 2 jam. Tetapi, masanya sehingga mencecah 7.45 malam. Jadi, saya perlu kejar solat asar. Lihat waktu sudah hampir 5.30 pm. Makanya, saya bergegas meminta motosikal seorang pembantu kedai beragama Islam untuk ke surau berdekatan.

"Mat, pinjam moto hang saya nak p solat kat surau sat".Beliau menjawab "Alamak bang ada orang pinjam"..tetiba seorang mekanik India Veejay namanya "Abang pakai moto saya, takdak hal".."terima kasih Veejay..kita dalam sibuk mana pun Tuhan kita mesti kena ingat"..kata saya.."dengan lantas Veejay menjawab "betul abang.." sambil tersenyum menampakkan giginya yang putih bersinar.

Sebaik menunggang, terdetik dihati saya betapa manis bila orang bukan Islam menghormati agama kita memberi pinjam hartanya untuk menyenangkan kita untuk beribadah. Saya terus memohon kepada Allah untuk memberikan hidayah kepada orang-orang sebegini untuk menerima hidayah Islam.

Selepas pulang, saya bertemu dengan Pemilik kedai iaitu Ah Chai..tengok saya terus dia bertanya soalan politik.."Apa mcm Isa, boleh menang ka?"..saya menjawab ringkas "boleh"."Gua tengok itu UMNO macam sudah tak dak calon maaaa"..Ah Chai memberi komen. Saya pantas menjawab "itu sana punya orang manyak suka sama dia maaaa apa boleh buat".

Oleh kerana, waktu sudah menunjukkan jam 7.40 malam saya pun membuat keputusan untuk beredar. "Ah Chai I kena jalan dulu..sudah waktu solat" Ah Chai menjawab "ok boss nanti kita sembang lagi itu politik punya cerita sambil ketawa"..

Tetiba Veejay memekik "Abang..Selamat Hari Raya..nanti datang bawa kueh raya". Saya tersenyum melihat telatahnya Veejay.

Sebelum beredar saya bersalaman dengan Ah Kim, Ah Chai..Veejay dan yang lain-lain sambil Ah Kim berkata " Sorry abang tunggu sangat lama..apa-apa abang kasik saya call..kita sama-sama kawan maaa".

Itula coretan saya sepanjang disana. Semoga hubungan kaum antara Melayu, Cina dan India sentiasa dalam keadaan baik. Sama-sama kita mendoakan kepada Allah supaya keharmonian sebegini dapat dikekalkan bagi menjamim sebuah negara Malaysia yang aman dan makmur.

Wassalam

Tuesday, September 15, 2009

16 September Amat Bermakna


16 September,
Ianya amat bermakna..
Hari penubuhan negara Malaysia..
Disambut juga sebagai hari Angkatan Tentera..
Hari ini detik bersejarah..hari lahirku ianya tertera..

Terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang menyampaikan ucapan..

Andai diri ini melakukan kesalahan harap dimaafi sempena menyambut lebaran..

KepadaMU Ya Allah hamba berserah, memberikan kebaikan dan kesejahteraan di dunia & akhirat kepada kaum keluargaku yakni isteri, mak, abah, kakak, adik, ibu & bapa mentua di Johor adik-adik ipar sekaliannya, Pensyarah serta sahabat-sahabat perjuangan, rakan taulan, pelajar-pelajar ku serta pembaca setia laman ini.

Salaam Idulfitri untuk semua, dengan ingatan tulus ikhlas, semoga kita dirahmati oleh Allah.

Salaam selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Wassalam

Tuesday, September 1, 2009

1 Malaysia




Wahai 1 Malaysia,
Aku masih tercari-cari akan maksudnya yang tersirat di sana dan di sini...
Di buku?oooh ianya belum lagi dijumpai...
Di surat khabar?hari-hari saya bacai...
Namun masih tidak difahami...
Insan bercakap tanpa diketahui...
Hanya suka menyedapkan hati..
Itulah ianya 1 realiti..
Hati-hati bangsa pertiwi perlu dijagai..
Pemimpin wajib melindungi...

Wahai 1Malaysia,
Sejauh mana rakyat didahulukan...
Apabila janji tidak dikotakan...
Harga minyak naik semasa ramadhan..
Merata tempat ditempatkan slogan...
Ianya saling tidak tumpah seperti hutan..
Ramainya orang tertanya-tanya mencari jawapan..
Ada yang berkata ianya gagasan...
Pemimpin berkata ianya keutamaan...
Tapi jangan takut kata pimpinan...
Seinci pun tidak melanggar perlembagaan..

Wahai 1Malaysia,
Daripada PM Najib hingga ke Idris Jala...
Mari kita memahami hasrat dan jiwa merdeka...
Melihat bangsa megah dan berpenyatuan...
Memerah keringat demi agama dan bangsa...
Memberikan kemajuan terhadap nusa...
Menjiwai akan peristiwa bersejarah..
Menyatakan hasrat penuh amanah..

Wahai 1Malaysia,
Hidupkan Ramadhan hayati erti kemerdekaan...
Memikul tanggungjawab dengan penuh keinsafan...
Hati-hati dalam melaksanakan tindakan..
Agar rakyat mampu ke hadapan..
Melaksanakan apa yang dijanjikan..
Supaya rakyat tidak berubah pemikiran..
Nantikan pilihanraya medan ujian..
Mengukur prestasi untuk tatapan..
Memperlihatkan kekuatan dan keyakinan..


Wassalam


Thursday, August 13, 2009

Kesah di 1 hari...


Saya :Sejak 2 menjak ni siaran sinar ni selalu je tak clear, kereta ceq punya siaran ada ok ka?

Isteri :Tu la, memang tak clear jugak..tak tau la pasai apa..

Saya :ntah apa-apa aja siaran sinar ni (dalam hati, tak penah-penah jadi pon..musykil-musykil)

Isteri :tak apalah..

Saya :tak clear la nak layan si abg jemm..krill n kak engku ni..tak ceria la pagi aku tak dengar geng-geng merapu-rapan nih..ceh!

Selepas 2 hari..

Tengah syok pagi-pagi nak pi pejabat

Saya :Alamaks aiii..ceq..antenna kereta kita dua-dua kena bedal daa..

Isteri :laaaaaaaaaa ya ka..ishkkk..mahaii abang antenna gen 2 ni..

Saya :siot tolll laa si pencuri bedebah ni..antenna ni pun dia nak kebas..dua-dua kereta pulak tu..

Saya :(dalam hati) tak pasei-pasei sinar fm kena bahan..(hahahahahaha)..maap naaa sinar fm..

Moral of the story:

1. Sila periksa kereta anda setiap hari sebelum masuk kereta anda i.e aksesori-aksesori berkaitan ada!..tayar dalam keadaan baik. Ada kes, kawan saya maklumlah pagi-pagi memang nak cepat, aleh-alehnya tayar kereta dia pancit masa tu..bahaya tu.!

2. Yang kereta jenis antenna macam gen 2 i.e saga, waja etc. Sila la berhati-hati, kalau boleh selepas parking keluarkan sekali antenna tu, kang tak pasei-pasei kena bedal daaa..

So, kepada manusia-manusia diluar sana yang suka mengamalkan sikap buruk i.e mencuri dan yang seangkatan dengannya, ingatlah hari ini hari anda, dunia ini hanya persinggaha, akhirat jua yang kekal abadi..teringat dialog usop sontorian "ada lori ada bas bang ada hari kena balas"..ahaks..

Jangan pikior singkat yeop, kerana nilai di dunia anda sanggup mencuri, di akhirat kelak anda akan merana selama-lamanya sekiranya yang empunya tidak menghalalkannya, akibatnya amat sengsara.

Tak kaya mana pun aihhhh..mencuri dua antenna radio gen 2 tu berbanding sengsara yang akan diterima. Kalau mahai berjuta pun nilai yang dicuri, hidup kome tetap tidak ada keberkatan & barakah. Ingatlah! walau CCTV manusia tak boleh "trace" Allah punya CCTV yang maha hebat..

p/s : teringin aihhhh nak berjumpa dengan pencuri antenna ni..nak kenai2 laa..kalau la terbaca blog ni sila la komen..

Wassalam

Sunday, August 9, 2009

Kebimbangan Wabak H1N1.



1.Adalah sesuatu yang amat membimbangkan berikutan peningkatan yang kian meningkat jumlah korban virus H1N1 ini. Sehingga setakat 9 Ogos 2009, jam 8.00 pagi jumlah kes di Malaysia adalah sebanyak 1780 kes dengan kematian sejumlah 26 orang. Setiap hari kita bukan sahaja membilang jumlah yang dijangkiti tetapi menghitung dengan sedih akan jumlah yang terkorban.

2.Tinjauan di Hospital-hospital kerajaan ianya tidak ubah seperti “menunggu giliran membeli tiket wayang” dek kerana dipenuhi dengan lautan manusia untuk menjalani pemeriksaan saringan dan menerima rawatan.

3.Bagi saya, ianya disifatkan keadaan yang amat genting dan berbahaya. Semua golongan, mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti tidak kira tua, muda, sakit mahupun sihat.

4.Rakyat masih tertunggu-tungu akan tindakan drastik Kerajaan untuk dilihat lebih serius dalam menangani wabak maut ini. Saya amat mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri yang ternyata bimbang dan gusar dan akan berjumpa dengan Menteri Kesihatan dalam waktu terdekat untuk mengetahui dengan lebih terperinci.

5.Saya dan keluarga mengambil tindakan untuk tidak keluar ke tempat-tempat awam yang sesak dan menghadiri perjumpaan awam demi untuk mengurangkan risiko untuk dijangkiti. Lebih-lebih lagi isteri yang mengandung merupakan kategori yang amat berisiko tinggi.

6.Jika dilihat, rakyat masih lagi mengambil tindakan ringan tanpa melihat ini sebagai satu yang membimbangkan oleh sebab langkah kerajaan yang dilihat seakan longgar dalam menentukan tindakan dan kurang berkesan.

7.Disini, saya ingin mencadangkan beberapa tindakan drastik untuk diperhalusi oleh pihak Kerajaan. Umpamanya :-

a) Mengisytiharkan darurat H1N1 serta sebagai ancaman utama Negara dan diletakkan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN).
b) Menyelaraskan semua agensi-agensi Kerajaan dan swasta untuk bertindak secara proaktif dan menumpukan kepada usaha-usaha untuk mengekang secara serius dan holistik.
c) Menyeragamkan penutupan-penutupan tempat berisiko umpamanya universiti dan sekolah, tempat-tempat awam sepanjang tempoh darurat.
d) Memberi cuti sementara/cuti berbayar untuk golongan berisiko tinggi yang bekerja seperti ibu mengandung.
e) Mewajibkan rakyat untuk memakai topeng muka apabila keluar untuk menjalani kehidupan harian sekiranya perlu.
f) Memastikan keberkesanan Jabatan Penerangan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.
g) Membatalkan semua perjumpaan awam yang melibatkan orang perseorangan/berkumpulan..
h) Mewajibkan semua masjid mengadakan solat hajat dan bacaan yasin memohon daripada Yang Maha Esa, untuk bukan islam ianya perlu dilakukan mengikut kepercayaan agama masing-masing.

8.Sememangnya, tindakan sebegini dilihat sebagai tidak untuk menggerakkan ekonomi Negara. Sebaliknya langkah drastik dan pencegahan sahaja yang mampu untuk membendung wabak ini daripada terus mengancam dan merebak.

9.Fahamilah isi hati rakyat yang telah kehilangan anggota keluarga akan kesan wabak ini dan jangan biarkan ia terus mengorbankan orang lain yang tidak berdosa. Marilah kita sama-sama mendoakan akan kesejahteraan Negara dan masyarakat dan semoga Allah hindarkan kita semua daripada wabak ini.

Wassalam

Sunday, August 2, 2009

Human Resource Management


As a graduate of Human Resource Management, I would like to share this..

1.The focus of Human Resource Management is managing people within the management & employee relationship.

2.It specifically aims at the management of people who work together using their knowledge, skills, abilities (KSAO's) & experience to help achieve the organization's corporate business objectives. Without people, (the most important asset), organization cannot process or grow.

3.Generally HRM deals with the relationship between an employeer who needs to fulfill business needs & an employee who works to satisfy individual needs.

4.HRM can be the major contributor to the success of the enterprise because it is in a key position "to affect customers, business results & ultimately shareholder value".

5.Likewise, ineffective HRM can be a major barrier to employee satisfaction & organizational success.

6.HRM is either a part of a problem or a part of a solution in gaining people's productive contributions.

Wassalam

Monday, July 20, 2009

Seloka Politik


Dunia politik penuh pancaroba,
Ditambah dengan duri berduri,
Ahli Politik pandai berbahasa,
Keputusan Manek Urai perlu diteliti.

Memancing ikan ditepi kolam,
Anak tenggiri berlari ditepi kolah,
Ahli UMNO perlu ilmu yang mendalam,
TPM umum masuk sekolah

PM Najib dah 100 hari,
Banyak umum itu dan ini,
Nasihat saya jangan lupa diri,
Rakyat lani dok "stand by" dan perati.

TPM Muhyddin nama diberi,
Sangat berpengalaman sudah teruji,
Di Manek Urai menyatakan itu dan ini,
Walau kalah jangan menyesali.

UMNO bukan PAS pun bukan,
PKR dan DAP sentiasa berdiskusi,
Marilah kita menyatakan perpaduan,
Kelak Islam Melayu dipandang tinggi.

Wassalam

Monday, July 13, 2009

Plaza Tunggu Orang Lalu (T.O.L)






1.Saya amat tertarik & penuh insaf dengan pengumuman YAB Perdana Menteri berkenaan dengan pengurangan 20% harga tol.


2. Sebagai salah seorang pengguna lebuh raya, sudah pasti saya gembira dan lega. Lebih-lebih lagi saya adalah pengguna setia lebuh raya setiap hujung minggu dari Kuala Lumpur - Melaka pada jumaat petang dan Melaka - Kuala Lumpur pada pagi isninnya. Ini disebabkan isteri saya yang bertugas di Melaka dan saya di Kuala Lumpur.

3. Bukan itu saja, keluarga yang tinggal di Pulau Pinang dan mentua yang berada di Johor menjadikan lebuh raya ini sebagai kemudahan asas untuk menemui mereka.


4. Untuk maklumat, perbelanjaan tol saya untuk 2 hala dalam tempoh seminggu adalah sebanyak RM 33. Bermakna untuk sebulan minimum harga yang perlu di bayar adalah sebanyak RM 132. Sekiranya saya berpeluang menikmati potongan 20% ianya bersamaan RM 26.40 sen. Jadi, saya hanya perlu membayar RM 105.60 sen sahaja untuk tempoh sebulan. Itu belum lagi kos tol harian, sekiranya saya perlu pulang ke Melaka setiap hari.

5. Dengan penjimatan sebanyak RM 26.40 sen itu, saya boleh mengisi minyak yang membolehkan saya untuk melakukan perjalanan 210 kilometer. Yakni, lebih kurang penggunaan minyak untuk tempoh seminggu berulang-alik ke pejabat dari Gombak ke Bukit Jalil. Tanpa menggunakan penghawa dingin.


6. Namun syaratnya, pengurangan ini tertaluk kepada pengguna kad prabayar Touch n Go dan Smart tag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 september 2009.

7. Ini menjadi tanda tanya? untuk pengguna yang membayar secara tunai. Seperti sedia maklum hanya mereka yang "agak berkemampuan" boleh memiliki Touch n Go & Smart Tag.

8. Tidak semua rakyat mampu memiliki 2 kemudahan itu. Buktinya, dapat dilihat di setiap Plaza Tol yang mana kenderaan di lorong tunai lebih panjang dari lorong Touch n Go & Smart Tag.

9. Kadang-kadang lorong untuk menambah nilai kad juga selalunya panjang dan kalau untuk menambah nilai di stesen-stesen minyak caj RM 0.50 sen akan dikenakan untuk 1 nilai transaksi.

10. Oleh itu, saya menyeru pihak Kerajaan supaya mempunyai 1 mekanisme holistik bagi mengatasi masalah ini.

11. Saya selaku rakyat jelata amat menghargai usaha murni Kerajaan dalam membantu rakyat. Akan tetapi ianya perlu praktikal untuk dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan kepada rakyat.

12. Sekurang-kurangnya, hadiah sempena pentadbiran 100 hari YAB Perdana Menteri boleh dilakukan dengan menetapkan nilai harga seperti diskaun minimum & maksimum kepada penggunaan RM 50 ke atas untuk seminggu dan sebagainya mengikut jumlah penggunaan maksimum. Atau menjual 2 kemudahan ini dengan harga diskaun untuk dimiliki oleh rakyat, jika kerajaan tidak mampu menanggung kos untuk diberikan secara percuma.

13. Kereta keluaran Proton menguasai jalan raya di Malaysia, dan adalah 1 langkah yang bijak sekiranya pihak Proton boleh untuk terus menyedia, memasang dan memberi kemudahan ini kepada pembeli untuk memudahkan mereka kelak.

Wassalam

PLUS = Pantang Lalu Uloq Selalu :)




Saturday, June 27, 2009

Malaysia saja ada!

Kedai Basikal Elektrik
Hanya signage saja ada, kedainya entah di mana.

Antara Plat Termahal Malaysia

Plat ini pasti menjadi kegilaan ramai. Sila cadang harga.

Malaysia Brain Scientist


Hebat, beliau membuat kuliyah di tepi-tepi Jalan Masjid India. Saya dan isteri mengambil gambar sewaktu beliau "menjalankan kuliyah".Beliau mampu mengupas teknik mempelajari Matematik dengan mudah dan senang.Menggunakan kaedah logik akal untuk menyelesaikan masalah matematik. Di lehernya tergantung perkataan " I am the Great Malaysian Brain Scientist". Tajuk kuliyah "Strategic Thinking".


Lori Ajaib Malaysia


Gambar ini diambil di Lebuhraya Plus menuju arah Utara. Yang kelakar lori ini tiada badannya, tapi hanya ada papan sepanjangnya. Pemandu pula memakai topi keledar. Ala-ala F1 pulak.Macam..bawa Go Kart pun ada.. Kerusi pemandu pula..pun dibuat daripada papan.Ishk2...alo kawan bajet xda ka?


Malaysia saja ada!

Monday, June 15, 2009

Apakah Rahsia Lawatan Lee Kuan Yew ke Malaysia?



1. Adalah sesuatu yang pelik juga berkenaan dengan lawatan LKY ke Malaysia. Secara zahirnya lawatan adalah untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan BN.

2. Setelah lama LKY ini tidak pernah menjejaki kaki ke Tanah Melayu ini, lebih-lebih lagi semasa era pemerintahan Tun Dr.Mahathir Mohamad menjadi PM.

3. Lebih pelik lagi, apabila LKY membuat 1 Road Show menjelajah serata Malaysia untuk bertemu dengan segenap lapisan kepimpinan Malaysia yakni pemimpin kerajaan dan juga pemimpin pembangkang.

4. Saya agak tertarik dengan reaksi dan jawapan balas bekas PM, Tun Dr.Mahathir Mohamad “Siapalah saya untuk bertemu dengan Lee Kuan Yew..dan seharusnya ahli politik Malaysia perlu belajar dengan ahli poltik Singapura”.

5. Kenyataan Tun Dr Mahathir, kalau difahami akan membawa mesej yang mendalam walau bunyinya yang agak sinis.

6. Sebenarnya banyak rahsia disebalik kenyataan Tun Dr.Mahathir ini. Lawatan LKY ini boleh diterjemahkan sebagai ingin mendapat maklumat dan membuat beberapa risikan berkenaan Malaysia kini.

7. Sudah pasti LKY ingin mengadakan “networking” dengan kepimpinan Pakatan Rakyat. Sudah pasti LKY sedia maklum akan situasi politik di Malaysia. Itulah ahli politik. Tanpa “networking” mereka akan tempang sebelah kaki.

8. Dan semestinya selaku Menteri Mentor Singapura, LKY akan memberikan nasihat-nasihat tertentu kepada Pakatan Rakyat cara untuk mentadir kerajaan apabila diberi peluang nanti.

9. Pengasas Singapura ini sudah pasti sedikit merasa bimbang dengan sokongan yang melonjak terhadap kepimpinan PAS yang diibaratkan seperi “anak dara” yang menjadi idaman ramai.

10. LKS sudah merenung jauh 10 tahun ke depan, kalau-kalau PAS diberi mandat oleh rakyat dengan melaksanakan pemerintahan Islam bagaimana hubungan kedua-dua negara kelak.

11. Secara jujurnya, saya berasakan Malaysia perlu juga sedikit sebanyak mencontohi Singapura. Antaranya menghormati orang yang lebih kanan dan berpengalaman. Kalau LKY diibaratkan “sifu” meraka dan menjadi kamus rujukan, bagaimana pula dengan Tun Dr.Mahathir Mohamad.

12. Adalah diharapkan kepimpinan Datuk Seri Najib tidak memperlekehkan Tun Dr.Mahathir seperti kepimpinan yang lepas. Hargailah beliau yang telah berjaya memartabatkan Malaysia dan hasilnya dituai kini oleh kepimpinan selepas beliau.


Sepanjang saya menulis artikel ini akronim LKY = Lee Kuan Yew, LKS = Lim Kit Siang seringkali LKY tertukar menjadi LKS. Dapat ditafsir LKS membawa ideologi LKY yang sangat jelas. DAP adik bongsu PAP. Apakah Gerakan dan MCA adik kembar DAP? Tepuk dada tanya selera.

Wassalam

Wednesday, June 3, 2009

Kisah tayar bocor daaaa...(Episod 2)

1.Pagi khamis 14/05/2009, saya bangun seperti biasa mengejarkan solat subuh dan menonton Malaysia Hari Ini sehingga jam 8.30 pagi. Al-maklumlah, sebelah malamnya saya dah notis ketua jabatan akan kelewatan yang sewaktu itu, beliau tengah bersama rakan-rakan bermain bowling di Bukit Jalil.

2.Setibanya di Kedai tayar kereta, mekanik yang selalu saya berurusan Ah Kim- asal dari bandar yang selalu hujan iaitu...Taiping, seorang yang professional dan pakar dalam hal ehwal kereta.Muda lagi orangnya, tapi memang pakar. Buktinya, melalui bunyi saja dia boleh tahu apa masalahnya. Setahu saya di Amerika, orang yang pakar dalam sesuatu bidang itu setelah di uji akan tahap kepakarannya orang sebegini layak untuk dianugerahkan Doktor. Sememangnya ada Universiti di sana yang mengiktiraf golongan seperti ini hasil daripada kebijaksanaan mereka yang bukan dari soal akademik. Namun tidak di Malaysia.

3.Setelah dia periksa, Ah Kim berkata, “Abang..you punya tayar sudah teruk maaa..paku tak dak kena tapi ini lubang dan batu punya pasal..biasa laaa abang..KL punya pasal maaa”...Memang teruk pun terutama jalan Gombak untuk sampai ke Ong Tai Kim, agak selalu juga saya melalui jalan itu.Saya menjawab “habis tu..apa mcm Ah Kim?..”...Abang kena tukar loooo ini tayar...Pening kepala sekejap, bulan lepas dah kena RM 200 untuk bateri...Kalau nak tukar tayar pulak lebih elok dua sekaligus. Saya pun menggunakan kepakaran menawar harga yang diwarisi oleh Abah saya. Kata saya Ah kim..dua tayar Good Year semua sekali..I sudah kira..trade in 1 tayar campur segala balancing..alignment..chambering semua RM 400 saja I boleh kasik..lebih mmg sudah tak ada bajet maaa (jd ayat cina sekejap..hahah)...Si Ah Kim ni pun menjawab “ Haiyaaa abang..you ni soal harga memang pandai taruk maaa..takpa laa abang I kasik laa sama u..ini pagi you first customer maaa..”Memang pun. Satu petua untuk di kongsi, orang-orang cina akan bagi harga murah kalau kita customer pertama meraka.!

4.Nasib baik boleh. Save RM 50. Sebenarnya kat kedai ini saya selalu minta harga murah tapi kena pandai layan pekerja-pekerja ini. Dalam sedang berbual dengan Ah Kim datang 2 buah kereta lagi masalah yang sama tayar bocor. Semuanya dek jalan Gombak ini yang dah bertahun lamanya sangat teruk.Habis perkataan yang tak sepatutnya keluar-Dah terkeluar!

5.Dalam tengah tunggu datang tauke kedai menyapa nama dia Ah Chai.Dia ini pula berasal dari Johor “Morning kawan, mana u punya isteri”..Selalunya saya akan datang dengan isteri. Sejak belum kahwin sehingga berkahwin memang repair kereta di sini. So dari tauke sampai ke mekanik semua kami dah kenal.Saya menjawah “kerja maaa”.

6.Untuk pengetahuan, Ah Chai ni kaki sembang politik. Kadang-kadang bila saya ke kedainya saja mesti dia nak gebang politik dengan saya. Saya kan memang minat politik juga. Rasanya dia pun boleh tahu sendiri..hahahah “katanya..i tengok politik sikalang manyak terukkk maaaa..itu perak punya hal..manyak kotor maaaaa”. Saya pun menyahut “ia la Ah Chai apa boleh buat. Ini jam orang mau itu kuasa..BN mau ..PR mau..Tapi
“Gua rasa itu negeri mau kasik election maa..kalau tidak lagi teruk maaa..olang pun haaa i tengok sudah tak mau bn maaaa”.

7.Wah! Boleh tahan ini apek, selepas itu, saya pun saja bertanya “Ah Chai..you takdak takut ka kalau itu PAS pegang sama ini negara”. Saja saya bertanya nak tengok apa reaksi dia. Dia pun menjawab “Kawan.. itu PAS semua olang cina suka maaa..itu parti boleh buat kije maaa..itu rasuah pun tallak looo..itu sana gua punya kawan cakap itu pelak punya negeli..semua ok maaaa..itu Anwar Ibrahim pun kita manyak suka maaa..itu PKR punya manyak bagus..dia pandai politik maaa..dia kasik itu BN pening kepala..Sambung Ah Chai lagi “Luuuu tengok itu Anwar kasik tau..petronas lu mesti mau bagi sama rakyat..rakyat manyak susah..tapi itu BN bagi sama dia punya kawan..itu juta-juta punya tallak nampak...i rasa ini Malaysia mau bagi sama Anwar perintah loooo..itu PAS pun haaa..olang cina tallak risau..itu parti kije boleh bikin maaaa..Nizar pun gua tengok semua olang suka sama dia maa...melayu..india...cina”..apa pasal mau tukar maaa”?soal Ah Chai lagi..

8.Itulah sedikit sebanyak, perbualan yang saya ingat. Nampaknya setiap lapisan rakyat inginkan perubahan pucuk pimpinan negara. Seharusnya, BN perlu melakukan tindakan drastik yang lebih cepat untuk dirasai rakyat. Jangan hanya suka mengumumkan perubahan akan berlaku namun belum meresap ke akar umbi dan jiwa pengundi. Banyakkan kerja kurangkan bercakap.

Wassalam

Sunday, May 17, 2009

Terima Kasih Cikgu...

Sempena sambutan hari guru ini saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah ke atas guru-guru yang telah mengajar semenjak di Sekolah Rendah Kebangsaan Jelutong Barat (1) (SRKJB) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi (SMAM). Kedua-dua nya terletak di Pulau Pinang.

Guru-guru yang pernah mendidik saya sewaktu di SRKJB ialah :
1. Cikgu Harris Wong -Guru Besar
2. Cikgu Jeya Balan -Penolong Kanan 1
3. Cikgu Anita - Guru Kelas Darjah 1
4. Cikgu Kumaresan - Bahasa Inggeris
5. Cikgu Goon - Bahasa Inggeris
6. Cikgu Wan Lee - Bahasa aInggeris
7. Cikgu Chan - Pendidikan Muzik
8. Cikgu Radzi - Alam & Manusia
9. Cikgu Khorwi - Penolong Kanan 1/Matematik
10.Cikgu Fuziah - Guru Darjah/Bahasa Melayu
11. Ustaz Halim - Pendidikan Agama Islam
12. Ustazah Salina - Pendidikan Agama Islam
13. Ustazah Norlaily -Pendidikan Agama Islam
14. Cikgu Amutha -Matematik
15. Cikgu Toh -Guru Darjah/Bahasa Inggeris
16. Cikgu Chew -Bahasa Inggeris
17. Cikgu Yong -Guru Darjah
18. Cikgu Ravichandran -Bahasa Inggeris
19. Cikgu Sharma -Bahasa Inggeris

Guru-guru yang pernah mendidik saya sewaktu di SMAM ialah :
20. Cikgu Yeoh - Guru Tingkatan/Bahasa Inggeris
21. Cikgu Azhar - Sains
22. Cikgu Rashidah - Pendidikan Seni
23. Cikgu Rahman -Pendidikan Seni
24. Cikgu Abdul Halim -Perdagangan/Ekonomi
25. Cikgu Viknes -Matematik Tambahan
26. Cikgu Saliha -Guru Tingkatan / Sejarah
27. Cikgu Dahlan -Matematik
28. Cikgu Hong -Prinsip Akaun
29. Cikgu Fatimah -Bahasa Melayu
30. Cikgu Kalsom -Bahasa Melayu
31. Ustazah Mahya -Pendidikan Islam
32. Ustazah Wan Nun - Pendidikan Islam
33. Cikgu Khaw -Matematik
34. Cikgu Izhan -Sains
35. Cikgu Ahmad -Sejarah
36. Cikgu Jalil -Penolong Kanan 1/Sains
37. Cikgu Wong -Kemahiran Hidup Manipulatif Tambahan
38. Cikgu Lian -Kemahiran Hidup Manipulatif Tambahan
39. Cikgu Lim -Kemahiran Hidup Manipuatif Tambahan
40. Cikgu Lee Peng - Bahasa Inggeris
41. Cikgu Faridah - Bahasa Inggeris
42. Cikgu Yusop -Bahasa Melayu
43. Cikgu Izemar - Sejarah Peradaban Dunia
44. Ustaz Ruhuzad -Pendidikan Islam
45. Ustaz Rahman -Bahasa Arab
46. Cikgu Ng -Bahasa Inggeris
47. Cikgu Jamilah -Bahasa melayu
48. Cikgu Low -Matematik
49. Cikgu Roslan -Cikgu Bahasa Melayu
50. Cikgu Ooi -Geografi
51. Cikgu Gerald - Sejarah

Jasa kalian sungguh besar dalam mendidik anak bangsa. Anda semua melakukan pengorbanan tidak terhingga hingga saya mempu menjadi insan berguna. Ilmu yang diberikan sungguh bernilai dan berharga.Hanya tuhan yang mampu membalas segalanya.

Terima Kasih Cikgu..

Wassalam

Thursday, May 14, 2009

Kisah tayar bocor daaaa...

1.Semenjak memperolehi lesen memandu 10 tahun lepas semalam 13/5/09 (tarikh bersejarah 40 tahun dulu) jam 7.00 pm di Lebuhraya Mahameru tayar kereta saya bocor. Nak dijadikan cerita saya terpaksa memandu juga kereta sejauh 3 km disebabkan berada di lorong ke-3 dan jumlah kereta sangat banyak. Jadi, tempat yang strategik hanyalah di simpang sebelum menaiki jejambat sentul link betul-betul berdepan dengan signage “Rumah Pengasih”.

2. Lepas itu saya terus bukak bonet dan mencari peralatan untuk membuka tayar. Cari punya cari semua peralatan tu tiada!!. Yang ada hanya “jek”.Saya begitu pelik bin ajaib!!! benda yang selama ini dirasakan ada aleh-aleh tiada. Apa lagi terus hubungi isteri kot-kot tahu al-maklumlah kami kadang-kadang bertukar kereta. Jawapannya “ada kat tempat kaki tu..".Rupanya isteri saya salah faham..beliau ingat spanar buka paip (saja spare-spare dalam kereta spanar tu..heheh in case la katakan)..hahaha..

3. Selepas itu saya teringat seorang sahabat Nik Faisal namanya, sebab 2 minggu lepas kereta saya tak boleh dihidupkan dek kerana bateri yang verumur 2 ½ tahun sudah tidak bernyawa, beliaulah yang membantu membeli dan memasang bateri.Terima Kasih sahabat atas bantuan!!. Tanya beliau ada nampak tak peralatan spanar kat belakang?jawabnya “aku guna kawan punya”.

4. Hari semakin gelap , keputusan perlu segera terpaksa hubungi bekas pelajar saya Aizat namanya dua kali panggilan tak berjawab.Alamaks!Tetiba datang sorang mamat india “apsal abang?boleh saya bantu..saya jawab boleh sangat..tak apa abang kasik set..saya kata sorry macha,,alat tak ada..haiyooo..tak apa..saya panggil saya punya adik..mau ka?jawab saya boleh aja..abang kasik mau tunggu 10 minit sana boleh?..saya kata ON macha!”Tunggu punya tunggu sudah 15 minit tak muncul-muncul... tak boleh jadi ni.

5. Next plan, saya hubungi pula sahabat sebilik dulu Refno, dia kata ok aku datang, “aku di pasar malam gombak nanti aku datang”.Katanya. Tetiba terima panggilan dari bekas pelajar Aizat, explain kat dia”ok sir saya datang”..saya inform.."kawan saya dah on the way..tak pa sir saya mai sir..".terima kasih kat aizat juga sebab selalu bantu saya!!.Tak sia-sia jadi anak murid!.ahaks.Dalam masa tu..isteri call..tanya "apa mcm?ada tak..saya jawab tak ada..takpa-takpa nanti abang call balik.."

6. Dalam 5 minit, datang la sorang mamat india juga saya perasan dia patah balik dengam moto kapchai untuk bantu saya waktu itu. Dengan selamba “abangg..kasik saya bikin...ini kije saya selalu bikin apa..abg kasik sana duduk..”rupa-rupanya mekanik..patut laa. Dok sembang-sembang dengan dia mamat ni nama dia kumar asal Gelugor..rupanya satu negeri tu yang rancak bersembang..dah mcm kedai kopi..”haiyooo abang apsal you tak ada simpan?..bukan tak simpan aku pun tak tahu mana set aku tu lesap”.Settle semua saya tanya “berapa kumar..abg kasik RM 30 laa..haiyoo apsal mahal sangat Kumar..kasik kurang sket la..tak abang ini standard rate punya apa (versi tamil daaa)..saya pun jawab “haiyoo kumar RM 20 boleh?tengah bulan ni..aku pun ada RM 30..lagi RM 10 mau amik baju kedai dobi..dia jawab Ok la abang...saya pun kesian sama abang..ambil ini number apa-apa kasik call ok..saya kata alrite...Set” Thank you Kumar..kalau you takdak mari..saya sini mau tidoq juga la (versi tamil tiba-tiba aja)..dia pun senyum sambil gigi dan kornea matanya yang putih itu sangat terserlah gitu!...maklum laa kena cahaya lampu..heheh..”takpa abang lain kali kita pi minum sama then saya cari set kasik jual abang lagi 2 hari..Wah baik betol siap ajak minum si mamat ni.”On aja aku kahwin sabtu..ahad aja..isnin sampai jumaat petang...bujang.ahaks”!10 minit semuanya siap macam kilat tak sempat kawan saya Refno dan Aizat sampai ..then terus call depa..said " semua settle", Terima Kasih Refno dan ex student Aizat atas concern anda."

7. Then, terus pergi cari kedai waktu itu juga, aleh-aleh itu tauke suruh datang esok pagi..saya hubungi Pn Sri Yanti (Ketua Jabatan), my boss untuk inform kelewatan pagi esok..jawabnya “ok no hal..boleh”.Thanks boss..beliau sangat baik dan memahami..saja tanya dia “boss tengah buat apa tu?”....I tengah bersama...bersambung okkk...
Wassalam

Monday, May 11, 2009

Kusut Masai


1. Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan bawa Datuk Seri Nizar merupakan MB Perak yang sah lagi sahih. Penghakiman menjurus kepada pemecatan MB hanya boleh dibuat melaui sidang dewan DUN saja tidak boleh melalui saluran lain.

2.Disebalik keputusan ini, kebelitan masih terus berlaku.

3.Malam tadi, pelbagai kenyataan yang keluar antaranya apa yang berlaku didalam mahkamah itu adalah perihal mahkamah dan yang didalam dewan adalah sah dan betul. Antara lain, kata peguam BN lagi hal ini hanyalah di Mahkamah Tinggi dan masih lagi boleh dirayu di Mahkamah Rayuan dan semestinya BN akan melakukan itu. Jadi dimana penamatnya? Nampaknya Perak ajan jadi negeri yang turun naik mahkamah.

4.Selain itu soal pelantikkan Speaker yang baru apakah ianya sah?Mahkamah memutuskan DS Nizar MB Perak yang sah. Jadi bagaimana pula kedudukan Dr Zambry yang memanggil sidang DUN dengan hanya status seorang ADUN.?

5.Sekurang-kurang Sivakumar masih lagi ADUN, bagaimana dengan Ganesan beliau bukan ADUN. Jadi?Tambahan pula belum pun mengangkat sumpah.

6.Persidangan DUN 7 mei membatalkan sidang DUN dibawah pokok ketapang. Jadi pula bagaimana dengan status bawah pokok itu?masih sah atau sebaliknya?sekejap sah sekejap batal.Yang pasti sesuatu sidang perlu diwartakan.

7.Jawatankuasa hak telah memutuskan Dr Zambry dan beberapa ADUN Bebas yang lain dilarang memasuki dewan. Namun mahkamah membatalkan arahan pergantungan tersebut. Jadi apakah status yang jelasnya digantung tapi dibatalkan. Dibenarkan masuk tetapi bukan sebagai MB yang sah. Jadi keputusan mana pula yang perlu diikuti ya?

8.Soal pembayaran gaji dan elaun pula, yang patut menerima tidak pula menerima yang tidak patut menerima pula yang menerimanya?

9.DS Nizar pula mengumumkan telah menggantung tugas 3 pegawai Kanan dan SUK. Seperti sedia maklum SUK adalah berstatus PTD yang melapor terus kepada KSN. Jadi bagaimana pula status itu?Apakah Ketua Eksekutif negeri boleh berbuat demikian?Berbeza dengan negeri yang SUK nya adalah berstatus PTN.

10.Bagaimana pula dengan media-media perdana dan orang-orang tertentu yang melabelkan DS Nizar dengan gelaran-gelaran yang panas.Apakah beliau akan menyaman?

11.Apa-apa pun DS Nizar telah menyatakan akan menghadap DYMM Sultan Perak. Maka semua itu berbalik kepada riba DYMM Sultan Perak. Sudah pasti DYMM Sultan Perak akan membuat keputusan yang terbaik untuk kepentingan rakyat baginda. Daulat Tuanku.

12.Selama lebih 100 hari Kerajaan Perak dibawah BN walaupun sebenarnya ianya tidak sah, namun saya merasakan dasar serta polisi yang baik boleh juga diteruskan oleh DS Nizar tanpa menukarkannya.

13. Semoga apa yang berlaku ini menuntut kita sebagai umat melayu islam perlu bersatu tidak kira darjat, golongan, ideologi politik atau apa saja.Kepentingan bangsa seagama perlu diutamakan.

Wassalam

Monday, May 4, 2009

Modernisasi Perkhidmatan Awam

1.Baru-baru ini YAB PM telah melontarkan satu cadangan untuk perkhidmatan awam melalui satu era pembaharuan.

2. Menurut beliau sudah tiba masanya perjawatan perkhidmatan awam dibuka untuk pihak lain seperti pegawai dari GLC dan juga pihak swasta selain perkhidmatan tadbir dan diplomatik. Beliau berpendapat dengan cara ini kedua-dua pihak dapat saling bertukar fikiran serta melihat cara kerja yang berbeza yang pernah diguna pakai.

3. Beliau juga inginkan perkhidmatan awam melihat kepada model pelan pembangunan kerjaya yang diguna pakai umpamanya Petronas dan Bank Negara yang ternyata memberikan satu impak positif dalam menyediakan pegawai-pegawai yang bermutu tinggi.

4. Untuk jawatan-jawatan tertinggi perkhidmatan awam perlu dibuka untuk diisi oleh bakat-bakat dari luar yakni boleh dipinjamkan dari GLC ke perkhidmatan awam dan sebaliknya.

5. Saya melihat ini sebagai satu perkara baru yang bunyinya agak menarik untuk dilaksanakan. Namun timbul beberapa perkara bagaimana ia perlu dilaksanakan. Amatlah mudah untuk diungkapkan, kaedahnya bagaimana?

6. Kalau dilihat daripada satu segi kerajaan perlu melakukan sesuatu yang efektif untuk melakukan perkara baru ini.

7. Umpamanya pakej gaji dan elaun perlu setaraf dengan apa yang diterima oleh pegawai GLC sebelum ini. Soalnya mampukah kerajaan menyediakan gaji dan faedah yang setara?

8.Budaya kerja juga antara faktor. Kalau di GLC tidak banyak birokrasinya bagaimana pula dengan perkhidmatan awam. Soal “work speeding” antara kedua-dua belah pihak.

9.Cara pengambilan dan pemilihan pegawai GLC mahupun swasta untuk diisi juga perlu difikirkan. Apakah perlunya satu model baru khusus umpamanya “management center” untuk menilai calon dan kriteria yang bersesuaian. Bagaimana pula dengan GLC. Calon sepertimana yang layak untuk diutarakan.

10.Kerajaan juga perlu sedar bahawa selalunya dibidang perkhidmatan awam ini lebih terurus kepada “service-oriented”, namun GLC atau swasta ianya lebih kepada “profit-oriented”. Maka ia memerlukan pegawai yang tangkas dan mampu membuat keputusan dengan cepat dan berkesan.

11.Pada dasarnya saya bersetuju dengan pembaharuan ini. Saya percaya kerana perlu ada satu "knowledge and experience transfer" diantara kedua-dua sektor ini. Ia dapat memberikan pendedahan dari segi cara perjalanan sesebuah organisasi yang merangkumi kaedah penggubalan polisi dan pembangunan sesuah organisasi.

12.Akan tetapi hal ini perlu dilakukan dengan pendekatan berhati-hati dan teliti dan bukan hanya untuk memperolehi populariti dengan pengumuman pendekatan atau cadangan. Ia memerlukan kajian dan fokus yang mendalam.

13. Kita jangan dilihat gah untuk melakukan sesuatu seharusnya kita perlu gagah dalam melakukan sesuatu.



Wassalam

Wednesday, April 15, 2009

Hanya Allah Maha Mengetahui

Saya panjatkan syukur ke hadrat Illahi dengan takdirnya telah menganugerahkan rezeki tidak terhingga apabila isteri kesayangan telah disahkan mengandung 5 minggu tempoh hari. Sungguh gembira.

Namun disebalik kegembiraan ini timbul beberapa perkara dan tanda tanya?

1.Tinggal berjauhan, saya di Kuala Lumpur beliau di Melaka.

2.Tiada rumah yang tetap di Melaka.

3.Isteri tidak selesa dengan keadaan rumahnya sekarang.

4.Bayi semakin membesar, ketiadaan saya amat menyukarkan beliau. Soal makan-minum, keperluan harian, pemeriksaan doktor dan lain-lain lagi. Itu belum soal mengidam makanan diwaktu tengah malam.

5.Andai kata memiliki rumah, mampukah beliau untuk tinggal seorang diri. Berat untuk saya membenarkannya. Bersabit soal keselamatan.

6. Sekarang pula menjadi trend untuk isteri bekerja di hujung minggu. So,amatlah sukar untuk berjumpa.

7. Kemungkinan besar saya dan isteri akan melanjutkan pelajaran pada bulan june. Hujung minggu hanyalah aktiviti menghadiri kelas.

8.Berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Melaka dan Melaka ke Kuala Lumpur pasti menjadi rutin, kalau selalunya hujung minggu apakah akan menjadi setiap hari?

Sudah tentu, disaat ini isteri memerlukan saya sentiasa disisi. Maka, sudah pasti saya perlu melakukan tanggungjawab itu.

Sekarang saya sedang berkhidmat disalah sebuah agensi MOSTI. Andai kata saya perlu melakukan penghijrahan saya bersedia untuk berbuat demikian dan pulang kembali ke bumi hang tuah untuk bersama-sama isteri di saat-saat getir ini.

Untuk isteri, pelbagai ranjau sudah kita hadapi anggaplah ini sebagai ujian untuk kesenangan di kemudian hari. InsyaAllah apa jua keadaan akan sama-sama kita hadapi. Usaha telah kita lakukan untuk kita tinggal bersama-sama nanti.Kepada Allah jua tempat kita berharap dan tawakal diri.Hanya Allah Maha Mengetahui. Amin Ya Rabbal Alamin.

Wassalam.

Tuesday, April 7, 2009

Kalah lagi

1. Bebarapa siri pilihanraya kecil telah menunjukkan bahawa rakyat melakukan satu referendum yang jelas terhadap kepimpinan BN.

2. Ini menunjukkan bahawa BN sekali lagi tidak berubah secara total dan kepimpinan sedia ada kemungkinan tidak memberikan apa-apa harapan baru terhadap rakyat.

3. Memang tidak dapat dinafikan sesuatu perubahan itu mungkin juga memakan masanya. Akan tetapi dalam tempoh masa sekarang rakyat ingin melihat perubahan yang begitu pantas sekali walau apa jua cara. BN harus “speed up”.

4.Mungkin juga pemikiran-pemikiran pemimpin BN ini masih ditakuk lama. Pengundi bukan melayu juga telah membuat keputusan untuk tidak mengundi BN. Apakah ada difikiran mereka bahawa perpaduan antara melayu dan bukan melayu telah berpecah.Tidak ada lagi semangat setiakawan.

5. Selain itu cara pemimpin BN serta ahli keluarga juga merupakan satu isu. Sekarang ini rakyat ingin melihat perubahan bukan saja berlaku dalam parti tetapi juga terhadap imej pemimpin dan ahli keluarga mereka.

6. Datuk Seri Najib harus melakukan sesuatu seperti ayahanda Tun Razak beliau yakni tidak pernah kenal erti jemu dan terus turun ke setiap pelosok mahupun sudut negara ini tidak terkecuali Sabah dan Sarawak. Satu persoalan juga kalau Datuk Seri Najib menunjukkan kesungguhan itu akan tetapi bagaimana pula dengan kehidupan beliau dan lain-lainnya adakah nampak bersederhana?

7. Ungkapan-ungkapan “rakyat semakin sedar”, “kita yakin menang” membuatkan BN sentiasa dibuai mimpi indah.Iaitu lebih kepada pengharapan tanpa ada sesuatu tindakan yang melambangkan kematangan.

8. Kemungkinan juga kemenangan orang tertentu yang dikatakan terlibat politik wang memenangi jawatan dan sedikit sebanyak telah menyumbang kepada keadaan ini.

9. Ingatlah bahawa politik sekarang bukan seperti zaman-zaman dahulu kala iaitu atas ke bawah tetapi bawah atau akar umbi seterusnya ke atas. Jelas rakyat sudah tidak menghiraukan siapa jua pemimpin asal boleh sama “menyinting lengan baju hingga ke paras lengan” untuk berkhidmat untuk rakyat.

10.Oleh itu boleh disimpulkan bahawa rakyat menolak BN secara total untuk memenangi semula hati rakyat BN perlu berubah secara total.

11.Rakyat semakin tidak sabar menunggu pengumuman YAB Perdana Menteri berkenaan barisan kabinet baru. Ini penting untuk mengambarkan ke mana hala tuju BN untuk bertindak secara “holistic” yang mungkin menjadi platform untuk kembalinya rakyat menyokong BN.

Wassalam