Monday, May 4, 2009

Modernisasi Perkhidmatan Awam

1.Baru-baru ini YAB PM telah melontarkan satu cadangan untuk perkhidmatan awam melalui satu era pembaharuan.

2. Menurut beliau sudah tiba masanya perjawatan perkhidmatan awam dibuka untuk pihak lain seperti pegawai dari GLC dan juga pihak swasta selain perkhidmatan tadbir dan diplomatik. Beliau berpendapat dengan cara ini kedua-dua pihak dapat saling bertukar fikiran serta melihat cara kerja yang berbeza yang pernah diguna pakai.

3. Beliau juga inginkan perkhidmatan awam melihat kepada model pelan pembangunan kerjaya yang diguna pakai umpamanya Petronas dan Bank Negara yang ternyata memberikan satu impak positif dalam menyediakan pegawai-pegawai yang bermutu tinggi.

4. Untuk jawatan-jawatan tertinggi perkhidmatan awam perlu dibuka untuk diisi oleh bakat-bakat dari luar yakni boleh dipinjamkan dari GLC ke perkhidmatan awam dan sebaliknya.

5. Saya melihat ini sebagai satu perkara baru yang bunyinya agak menarik untuk dilaksanakan. Namun timbul beberapa perkara bagaimana ia perlu dilaksanakan. Amatlah mudah untuk diungkapkan, kaedahnya bagaimana?

6. Kalau dilihat daripada satu segi kerajaan perlu melakukan sesuatu yang efektif untuk melakukan perkara baru ini.

7. Umpamanya pakej gaji dan elaun perlu setaraf dengan apa yang diterima oleh pegawai GLC sebelum ini. Soalnya mampukah kerajaan menyediakan gaji dan faedah yang setara?

8.Budaya kerja juga antara faktor. Kalau di GLC tidak banyak birokrasinya bagaimana pula dengan perkhidmatan awam. Soal “work speeding” antara kedua-dua belah pihak.

9.Cara pengambilan dan pemilihan pegawai GLC mahupun swasta untuk diisi juga perlu difikirkan. Apakah perlunya satu model baru khusus umpamanya “management center” untuk menilai calon dan kriteria yang bersesuaian. Bagaimana pula dengan GLC. Calon sepertimana yang layak untuk diutarakan.

10.Kerajaan juga perlu sedar bahawa selalunya dibidang perkhidmatan awam ini lebih terurus kepada “service-oriented”, namun GLC atau swasta ianya lebih kepada “profit-oriented”. Maka ia memerlukan pegawai yang tangkas dan mampu membuat keputusan dengan cepat dan berkesan.

11.Pada dasarnya saya bersetuju dengan pembaharuan ini. Saya percaya kerana perlu ada satu "knowledge and experience transfer" diantara kedua-dua sektor ini. Ia dapat memberikan pendedahan dari segi cara perjalanan sesebuah organisasi yang merangkumi kaedah penggubalan polisi dan pembangunan sesuah organisasi.

12.Akan tetapi hal ini perlu dilakukan dengan pendekatan berhati-hati dan teliti dan bukan hanya untuk memperolehi populariti dengan pengumuman pendekatan atau cadangan. Ia memerlukan kajian dan fokus yang mendalam.

13. Kita jangan dilihat gah untuk melakukan sesuatu seharusnya kita perlu gagah dalam melakukan sesuatu.



Wassalam

1 comment:

D'Rimba said...

Modenisasi tu takpa jugala dengaq tapi tang liberalisasi tu tak taula nak habaq apa sampai sistem kewangan dan perbankan Islampun kena tempiasnya...Silap-silap Islampun diliberalisasikan...Selamatkanlah kami anak bangsa ya Allah. Jangan nak pakat kembali guna matawang dinar emas lagi mau kukuhkan wang kertas tanpa sandaran apapun...