Wednesday, April 15, 2009

Hanya Allah Maha Mengetahui

Saya panjatkan syukur ke hadrat Illahi dengan takdirnya telah menganugerahkan rezeki tidak terhingga apabila isteri kesayangan telah disahkan mengandung 5 minggu tempoh hari. Sungguh gembira.

Namun disebalik kegembiraan ini timbul beberapa perkara dan tanda tanya?

1.Tinggal berjauhan, saya di Kuala Lumpur beliau di Melaka.

2.Tiada rumah yang tetap di Melaka.

3.Isteri tidak selesa dengan keadaan rumahnya sekarang.

4.Bayi semakin membesar, ketiadaan saya amat menyukarkan beliau. Soal makan-minum, keperluan harian, pemeriksaan doktor dan lain-lain lagi. Itu belum soal mengidam makanan diwaktu tengah malam.

5.Andai kata memiliki rumah, mampukah beliau untuk tinggal seorang diri. Berat untuk saya membenarkannya. Bersabit soal keselamatan.

6. Sekarang pula menjadi trend untuk isteri bekerja di hujung minggu. So,amatlah sukar untuk berjumpa.

7. Kemungkinan besar saya dan isteri akan melanjutkan pelajaran pada bulan june. Hujung minggu hanyalah aktiviti menghadiri kelas.

8.Berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Melaka dan Melaka ke Kuala Lumpur pasti menjadi rutin, kalau selalunya hujung minggu apakah akan menjadi setiap hari?

Sudah tentu, disaat ini isteri memerlukan saya sentiasa disisi. Maka, sudah pasti saya perlu melakukan tanggungjawab itu.

Sekarang saya sedang berkhidmat disalah sebuah agensi MOSTI. Andai kata saya perlu melakukan penghijrahan saya bersedia untuk berbuat demikian dan pulang kembali ke bumi hang tuah untuk bersama-sama isteri di saat-saat getir ini.

Untuk isteri, pelbagai ranjau sudah kita hadapi anggaplah ini sebagai ujian untuk kesenangan di kemudian hari. InsyaAllah apa jua keadaan akan sama-sama kita hadapi. Usaha telah kita lakukan untuk kita tinggal bersama-sama nanti.Kepada Allah jua tempat kita berharap dan tawakal diri.Hanya Allah Maha Mengetahui. Amin Ya Rabbal Alamin.

Wassalam.

8 comments:

aie said...

Salam..Wah..

pasangan campro akan menimang cahaya mata..

Tahniah Sir n Mis..

Anonymous said...

Tahniah Mr Campro...akhirnya 'terbukti' dilitar lumba..hahaha..semoga bertambah lagi rezeki lepas ni..

-SZ- said...

Salam.. sir.. jage miss elok2.. jgn bg die workaholic sgt.. huhuu... Alhamdulillah...sooooo hepi!!! wah... nampknye bile sy balik nxt yr dah ade 3 campros! insyaAllah..

*2 sir & miss, ssah2 skrg sbb Allah tgh sediakn yg lbih baik.. ameen ya rabbal a'lamiin..

WeBViDeOKLiP said...

wahh
tahniahhh

D'Rimba said...

Mana pi hang selama ni? orang cari merata baru la jumpa. awatla hang....Isteri tercinta hang pulak dah tak boleh aktif dalam sajak sedih che....Hehehe......

Hiswadi Anuar said...

To Aie & WeBViDeOKLiP
Terima Kasih daun keladi ya.

To Anonymous
Its Proven bro..ahaks

To Sakeena
InsyaAllah saya jaga miss kamu, masakan sekarang saya berkelana di bumi hang tuah..sehingga tidur dalam khemah..terima kasih atas doa..semoga kamu akan lebih berjaya hendaknya..Amin ya Rabbal Alamin

To D'Rimba
Patah tumbuh hilang berganti!

D'Rimba said...

Takdak ganti-gantinya....Lain pucul lain tumbuhnya...........Hang kenai tak siapa ni? Kak Zakiah masih tak perasan che punya kehadiran dalam blog diapun. Sampai hati.......hehehe....

Muhammad Hazimin Wahab said...

Tahniah, bakal menjadi ayah ibu.

Semoga tabah menghadapi dugaan, mudah-mudahan dgn berkat kesabaran, maka kehidupan diberkati Allah