Tuesday, April 7, 2009

Kalah lagi

1. Bebarapa siri pilihanraya kecil telah menunjukkan bahawa rakyat melakukan satu referendum yang jelas terhadap kepimpinan BN.

2. Ini menunjukkan bahawa BN sekali lagi tidak berubah secara total dan kepimpinan sedia ada kemungkinan tidak memberikan apa-apa harapan baru terhadap rakyat.

3. Memang tidak dapat dinafikan sesuatu perubahan itu mungkin juga memakan masanya. Akan tetapi dalam tempoh masa sekarang rakyat ingin melihat perubahan yang begitu pantas sekali walau apa jua cara. BN harus “speed up”.

4.Mungkin juga pemikiran-pemikiran pemimpin BN ini masih ditakuk lama. Pengundi bukan melayu juga telah membuat keputusan untuk tidak mengundi BN. Apakah ada difikiran mereka bahawa perpaduan antara melayu dan bukan melayu telah berpecah.Tidak ada lagi semangat setiakawan.

5. Selain itu cara pemimpin BN serta ahli keluarga juga merupakan satu isu. Sekarang ini rakyat ingin melihat perubahan bukan saja berlaku dalam parti tetapi juga terhadap imej pemimpin dan ahli keluarga mereka.

6. Datuk Seri Najib harus melakukan sesuatu seperti ayahanda Tun Razak beliau yakni tidak pernah kenal erti jemu dan terus turun ke setiap pelosok mahupun sudut negara ini tidak terkecuali Sabah dan Sarawak. Satu persoalan juga kalau Datuk Seri Najib menunjukkan kesungguhan itu akan tetapi bagaimana pula dengan kehidupan beliau dan lain-lainnya adakah nampak bersederhana?

7. Ungkapan-ungkapan “rakyat semakin sedar”, “kita yakin menang” membuatkan BN sentiasa dibuai mimpi indah.Iaitu lebih kepada pengharapan tanpa ada sesuatu tindakan yang melambangkan kematangan.

8. Kemungkinan juga kemenangan orang tertentu yang dikatakan terlibat politik wang memenangi jawatan dan sedikit sebanyak telah menyumbang kepada keadaan ini.

9. Ingatlah bahawa politik sekarang bukan seperti zaman-zaman dahulu kala iaitu atas ke bawah tetapi bawah atau akar umbi seterusnya ke atas. Jelas rakyat sudah tidak menghiraukan siapa jua pemimpin asal boleh sama “menyinting lengan baju hingga ke paras lengan” untuk berkhidmat untuk rakyat.

10.Oleh itu boleh disimpulkan bahawa rakyat menolak BN secara total untuk memenangi semula hati rakyat BN perlu berubah secara total.

11.Rakyat semakin tidak sabar menunggu pengumuman YAB Perdana Menteri berkenaan barisan kabinet baru. Ini penting untuk mengambarkan ke mana hala tuju BN untuk bertindak secara “holistic” yang mungkin menjadi platform untuk kembalinya rakyat menyokong BN.

Wassalam

4 comments:

z'kea m.s said...

Analoginya begini...

Andai sebuah rumah yang dulunya didiami kerana rumah itu adalah tempat berlindung dari hujan dan panas kini menanti masa untuk roboh kerana tiangnya dimakan anai-anai dan haiwan perosak... orang akan mencari rumah baru yang dianggap lebih teguh dan kukuh.

Andai rumah yang dulunya didiami kerana keupayaannya melindungi kini tidak selamat lagi... rumah baru akan dicari.

Andai rumah lama dibiarkan 'usang' dengan sejarahnya, cerita lamanya, keagungannya, tanpa menyedari yang zaman dan masa telah berlalu untuk terus kekal bercerita tentang keagungan lampau maka sejarah baru akan tercipta kerana kini bukan lagi zaman mengejar kemerdekaan, tapi zaman mengekalkannya. Ia memerlukan sesuatu yang berbeza.

Tapi rumah lama yang dulunya nampak buruk mungkin boleh didiami jika diperbaiki, dicat semula, dihias dengan perhiasan yang baik dan menarik.

UMNO perlu sedar mereka perlu buang segala teriakan bahawa merekalah yang mencipta negara bangsa malaysia kerana sekarang mereka jugalah yang menghancurkannya dengan membenarkan dan membenarkan segala perosak diam didalamnya.

G-ha said...

UMNO n BN harus lakukan perubahan.. Saya sokOng Mr Campro!

JALAN REBUNG said...

salam mr campro ,

banyak lagi yang umno kena buat ...

Unknown said...

macam roda