Monday, June 15, 2009

Apakah Rahsia Lawatan Lee Kuan Yew ke Malaysia?



1. Adalah sesuatu yang pelik juga berkenaan dengan lawatan LKY ke Malaysia. Secara zahirnya lawatan adalah untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan BN.

2. Setelah lama LKY ini tidak pernah menjejaki kaki ke Tanah Melayu ini, lebih-lebih lagi semasa era pemerintahan Tun Dr.Mahathir Mohamad menjadi PM.

3. Lebih pelik lagi, apabila LKY membuat 1 Road Show menjelajah serata Malaysia untuk bertemu dengan segenap lapisan kepimpinan Malaysia yakni pemimpin kerajaan dan juga pemimpin pembangkang.

4. Saya agak tertarik dengan reaksi dan jawapan balas bekas PM, Tun Dr.Mahathir Mohamad “Siapalah saya untuk bertemu dengan Lee Kuan Yew..dan seharusnya ahli politik Malaysia perlu belajar dengan ahli poltik Singapura”.

5. Kenyataan Tun Dr Mahathir, kalau difahami akan membawa mesej yang mendalam walau bunyinya yang agak sinis.

6. Sebenarnya banyak rahsia disebalik kenyataan Tun Dr.Mahathir ini. Lawatan LKY ini boleh diterjemahkan sebagai ingin mendapat maklumat dan membuat beberapa risikan berkenaan Malaysia kini.

7. Sudah pasti LKY ingin mengadakan “networking” dengan kepimpinan Pakatan Rakyat. Sudah pasti LKY sedia maklum akan situasi politik di Malaysia. Itulah ahli politik. Tanpa “networking” mereka akan tempang sebelah kaki.

8. Dan semestinya selaku Menteri Mentor Singapura, LKY akan memberikan nasihat-nasihat tertentu kepada Pakatan Rakyat cara untuk mentadir kerajaan apabila diberi peluang nanti.

9. Pengasas Singapura ini sudah pasti sedikit merasa bimbang dengan sokongan yang melonjak terhadap kepimpinan PAS yang diibaratkan seperi “anak dara” yang menjadi idaman ramai.

10. LKS sudah merenung jauh 10 tahun ke depan, kalau-kalau PAS diberi mandat oleh rakyat dengan melaksanakan pemerintahan Islam bagaimana hubungan kedua-dua negara kelak.

11. Secara jujurnya, saya berasakan Malaysia perlu juga sedikit sebanyak mencontohi Singapura. Antaranya menghormati orang yang lebih kanan dan berpengalaman. Kalau LKY diibaratkan “sifu” meraka dan menjadi kamus rujukan, bagaimana pula dengan Tun Dr.Mahathir Mohamad.

12. Adalah diharapkan kepimpinan Datuk Seri Najib tidak memperlekehkan Tun Dr.Mahathir seperti kepimpinan yang lepas. Hargailah beliau yang telah berjaya memartabatkan Malaysia dan hasilnya dituai kini oleh kepimpinan selepas beliau.


Sepanjang saya menulis artikel ini akronim LKY = Lee Kuan Yew, LKS = Lim Kit Siang seringkali LKY tertukar menjadi LKS. Dapat ditafsir LKS membawa ideologi LKY yang sangat jelas. DAP adik bongsu PAP. Apakah Gerakan dan MCA adik kembar DAP? Tepuk dada tanya selera.

Wassalam

3 comments:

JALAN REBUNG said...

apa-apa pun kita kena usahakan jangan sampai org melayu kat sini jadi cam org melayu kat tempat LKY ..bukan nama sebenar

Anonymous said...

PHD = Professor Hiswadi

Hazhari Ismail said...

Ouh,sy pun keliru dgn akronim2 yg digunakan. ahaks.

Harap Najib tidak terlalu mengejar nama sehingga kepimpinan diabaikan.
^_^