Wednesday, June 3, 2009

Kisah tayar bocor daaaa...(Episod 2)

1.Pagi khamis 14/05/2009, saya bangun seperti biasa mengejarkan solat subuh dan menonton Malaysia Hari Ini sehingga jam 8.30 pagi. Al-maklumlah, sebelah malamnya saya dah notis ketua jabatan akan kelewatan yang sewaktu itu, beliau tengah bersama rakan-rakan bermain bowling di Bukit Jalil.

2.Setibanya di Kedai tayar kereta, mekanik yang selalu saya berurusan Ah Kim- asal dari bandar yang selalu hujan iaitu...Taiping, seorang yang professional dan pakar dalam hal ehwal kereta.Muda lagi orangnya, tapi memang pakar. Buktinya, melalui bunyi saja dia boleh tahu apa masalahnya. Setahu saya di Amerika, orang yang pakar dalam sesuatu bidang itu setelah di uji akan tahap kepakarannya orang sebegini layak untuk dianugerahkan Doktor. Sememangnya ada Universiti di sana yang mengiktiraf golongan seperti ini hasil daripada kebijaksanaan mereka yang bukan dari soal akademik. Namun tidak di Malaysia.

3.Setelah dia periksa, Ah Kim berkata, “Abang..you punya tayar sudah teruk maaa..paku tak dak kena tapi ini lubang dan batu punya pasal..biasa laaa abang..KL punya pasal maaa”...Memang teruk pun terutama jalan Gombak untuk sampai ke Ong Tai Kim, agak selalu juga saya melalui jalan itu.Saya menjawab “habis tu..apa mcm Ah Kim?..”...Abang kena tukar loooo ini tayar...Pening kepala sekejap, bulan lepas dah kena RM 200 untuk bateri...Kalau nak tukar tayar pulak lebih elok dua sekaligus. Saya pun menggunakan kepakaran menawar harga yang diwarisi oleh Abah saya. Kata saya Ah kim..dua tayar Good Year semua sekali..I sudah kira..trade in 1 tayar campur segala balancing..alignment..chambering semua RM 400 saja I boleh kasik..lebih mmg sudah tak ada bajet maaa (jd ayat cina sekejap..hahah)...Si Ah Kim ni pun menjawab “ Haiyaaa abang..you ni soal harga memang pandai taruk maaa..takpa laa abang I kasik laa sama u..ini pagi you first customer maaa..”Memang pun. Satu petua untuk di kongsi, orang-orang cina akan bagi harga murah kalau kita customer pertama meraka.!

4.Nasib baik boleh. Save RM 50. Sebenarnya kat kedai ini saya selalu minta harga murah tapi kena pandai layan pekerja-pekerja ini. Dalam sedang berbual dengan Ah Kim datang 2 buah kereta lagi masalah yang sama tayar bocor. Semuanya dek jalan Gombak ini yang dah bertahun lamanya sangat teruk.Habis perkataan yang tak sepatutnya keluar-Dah terkeluar!

5.Dalam tengah tunggu datang tauke kedai menyapa nama dia Ah Chai.Dia ini pula berasal dari Johor “Morning kawan, mana u punya isteri”..Selalunya saya akan datang dengan isteri. Sejak belum kahwin sehingga berkahwin memang repair kereta di sini. So dari tauke sampai ke mekanik semua kami dah kenal.Saya menjawah “kerja maaa”.

6.Untuk pengetahuan, Ah Chai ni kaki sembang politik. Kadang-kadang bila saya ke kedainya saja mesti dia nak gebang politik dengan saya. Saya kan memang minat politik juga. Rasanya dia pun boleh tahu sendiri..hahahah “katanya..i tengok politik sikalang manyak terukkk maaaa..itu perak punya hal..manyak kotor maaaaa”. Saya pun menyahut “ia la Ah Chai apa boleh buat. Ini jam orang mau itu kuasa..BN mau ..PR mau..Tapi
“Gua rasa itu negeri mau kasik election maa..kalau tidak lagi teruk maaa..olang pun haaa i tengok sudah tak mau bn maaaa”.

7.Wah! Boleh tahan ini apek, selepas itu, saya pun saja bertanya “Ah Chai..you takdak takut ka kalau itu PAS pegang sama ini negara”. Saja saya bertanya nak tengok apa reaksi dia. Dia pun menjawab “Kawan.. itu PAS semua olang cina suka maaa..itu parti boleh buat kije maaa..itu rasuah pun tallak looo..itu sana gua punya kawan cakap itu pelak punya negeli..semua ok maaaa..itu Anwar Ibrahim pun kita manyak suka maaa..itu PKR punya manyak bagus..dia pandai politik maaa..dia kasik itu BN pening kepala..Sambung Ah Chai lagi “Luuuu tengok itu Anwar kasik tau..petronas lu mesti mau bagi sama rakyat..rakyat manyak susah..tapi itu BN bagi sama dia punya kawan..itu juta-juta punya tallak nampak...i rasa ini Malaysia mau bagi sama Anwar perintah loooo..itu PAS pun haaa..olang cina tallak risau..itu parti kije boleh bikin maaaa..Nizar pun gua tengok semua olang suka sama dia maa...melayu..india...cina”..apa pasal mau tukar maaa”?soal Ah Chai lagi..

8.Itulah sedikit sebanyak, perbualan yang saya ingat. Nampaknya setiap lapisan rakyat inginkan perubahan pucuk pimpinan negara. Seharusnya, BN perlu melakukan tindakan drastik yang lebih cepat untuk dirasai rakyat. Jangan hanya suka mengumumkan perubahan akan berlaku namun belum meresap ke akar umbi dan jiwa pengundi. Banyakkan kerja kurangkan bercakap.

Wassalam

2 comments:

D'Rimba said...

Jangan lupa lawat blog saya semuanya ada iklan seminar percuma DBP anjurkan juga majlis sastera di Istana Budaya. Jangan lupa hadirkan diri martabatkan bahasa Melayu kita.

JALAN REBUNG said...

salam tan sri,

takpe sekali-sekala kena ujian ..kalau pening kepala balik rumah suruh isteri urut-urutkan ...hehehe