Friday, November 6, 2009

Minyak angin serbaguna



1. Semua orang pernah menggunakan minyak angin.

2. Memang menggelabah, jika perut sakit, kaki terseliuh, kaki 'cramp', sakit urat maka minyak angin la yang akan dicari.

3. Akan tetapi, minyak yang dipandang ringan ini apabila sakit baru dicari rupanya ia mempunyai nilai tersendiri.

4. Oleh kerana isteri saya sedang mengandung 35 minggu, beliau selalu mengadu kaki "cramp". Kadang-kadang sebelah, sekarang hampir kedua-dua kakinya sering kejang pada waktu pagi.

5. Jadi, sempena hari kelahirannya yang bakal tiba pada 13/11/2009 ini, saya mengambil keputusan untuk menghadiahkan sebotol minyak angin serbaguna untuk beliau. Ini gara-gara tidak ada satu pun minyak angin yang disimpannya di Melaka.

6. Sebaik saya mengumumkan ini hadiah untuknya, beliau ketawa sekuat hati... mengeket-ngeket pulak tu!.Sehingga terserlah kejawaanya!..ahaks

7. Gembira sungguh hati melihat reaksinya, disebabkan 2 minggu saya tidak pulang melihat keadaan beliau hanya berbual melalui telefon.

8. Minyak angin yang hanya dipandang sepi, menjadikannya ianya amat bernilai jika amat diperlukan. Apatah lagi, ianya dijadikan hadiah hari lahir disaat ianya memerlukan.

9. Ingatlah!sesuatu yang diberikan dengan ikhlas mempunyai nilai nya tersendiri walau harga tidak seberapa.

Mencari rezeki di bumi MMU
Mempertajamkan otak bermain sudoku
Menghitung hari mengira waktu
Ucapan selamat hari lahir untuk isteriku
Wassalam

6 comments:

[SHE] said...

salam alaik ustaz...
btul la tu, klu dpt hadiah yg murah je tp penuh dgn keikhlasan dan kasih syg, nilai hadiah tu terlalu tinggi..hehe...

z'kea m.s said...

Hmm.. hadiah tu lebih bermakna kalau dia datang dengan pakej urutan kaki sebelum tidur dan selepas bangun tidur... comfirm tak cramp punya... kan bang kan...

Noor Ashraaf said...

lepas ni hadiahkan minyak gamat pula,

bagus utk menyembuh luka ;)

dan aloe vera (daun lidah buaya) bagus utk kulit

JALAN REBUNG said...

mr campro,

minyak satu lagi ada tak ??? hehehe

azehri said...

Minyak ape bos Rizal?

Minyak Lintah Tapa ke minyak Dhob ke Minyak Kelapa Dara VCO31?
Hahahah

Hiswadi Anuar said...

Kak Yong : Ya betul..10 markah..

Ms Campro : Tu la apa boleh buat lagi 2 tahun boleh..InsyaAllah..

Ashraf : Ahaks..boleh try bila dah sampai masa..

Jalan Rebung : amboi..amboi..amboi..ahaks..

Azehri : rasa-rasanya minyak semua2 tu..bos ada simpan.boleh minta satu utk try dari boss..heheh!..