Friday, October 23, 2009

Aktiviti Riadah


1. Alhamdulillah, Allah memberikan kelapangan masa untuk berada di bumi Hang Tuah bersama isteri dan baby tersayang.

2. Setelah bersolat subuh, saya mengambil kesempatan bercuti ini untuk melakukan jogging mengelilingi taman sepanjang lebih 3 km untuk menyihatkan badan.

3. Sepanjang perjalanan 3 km itu, dapat saya lihat begitu ramai penduduk melakukan aktiviti sama. Semuanya berjogging!

4. Hampir semuanya daripada pelbagai lapisan umur. Yang Baby, Yang Kanak-Kanak, Yang Remaja, Yang Dewasa, Yang Tua bukan Yang Berhormat.

5. Bongkok pun berjogging walau langkahnya mengambil masa 60 minit bersamaan 1000 meter atau 1 jam 1 km (angka 1 sekarang ini sangat terkenal) hehe. Namun semuanya berjogging!

6. Amat malang, keseluruhannya kaum cina !

7. Kaum Melayu?oh mungkin sibuk menjalani aktiviti ‘mentadbir negara’. Makanya tidak sempat melakukan senaman ringan.Atau begitu sibuk berjogging di atas “katil” sambil menarik selimut dek kerana halwa salju yang dingin.

8. Amat berpatutan, jika ditinjau statistik kaum melayu ramai diserang sakit jantung pada usia yang muda kerana semuanya lebih suka bersenam di dalam selimut.

9. Mengambil contoh, kehidupan Tun Dr Mahathir yang tampak segar dan muda berbanding usia yang hampir menjangkau 85 tahum. Namun, beliau kekal bertenaga, segak, bergaya, kacak mengalahkan orang muda.

10. Tipsnya, beliau mengamalkan solat, senaman, berjogging, dan menjaga pemakanan setiap masa.

11. Mengamalkan aktivi senaman, memberikan kesihatan yang panjang menyumbang kepada kebaikan minda.

12. Wahai Melayu……….katanya kita Tuan di bumi ini. Mana mungkin… kita menjadi Tuan andai diri tidak sihat fizikal dan mental.

13. Ambillah peluang…menjaga kesihatan. Jika kenderaan selalu diservis mengikut skala untuk mengelakkan ianya rosak ditengah jalan.

14. Kesihatan…..?apakah ianya mengikut skala atau menunggu rosak@sakit baru diservis.

15. Ayuh!amalkan kehidupan sihat ianya 1 ibadat.


Wassalam

2 comments:

JALAN REBUNG said...

heheheh ,,marah nampak ...org melayu jogging kat gym kot ...hehehe

zakiesqandar said...

mula2 aku ingat nak kekalkan bospunya komen sbb kalo dia sorg komen bermaksud 1comment...:D

tp smp bila mau satu...nnt nak berdua pula, kemudian bertiga dan seterusnya..selagi bernyawa, mampu dan berstamina...

pokok pangkal ada aktiviti riadah utk kekal sihat bertenaga agar keturunan subur sentiasa....

p/s: Tun pakai injap installation...tu yg leh tahan....;p