Thursday, October 1, 2009

Sepetang di Bengkel Ah Kim


Semalam selama 4 jam saya berada di bengkel Ah Kim. Appointment telah dibuat 2 hari sebelum itu untuk membaiki "Timing Belt" kereta isteri. Mula-mula hanya Timing Belt, selepas itu "Water Pump" pulak bocor dan "Oil Siu" (kalau betul ejaan). Sepanjang disana, macam-macam saya belajar berkenaan enjin daripada Ah Kim dan Ah Seng, pembantunya.

Selama 210 minit disana, saya sangkakan boleh selesai dalam masa 2 jam. Tetapi, masanya sehingga mencecah 7.45 malam. Jadi, saya perlu kejar solat asar. Lihat waktu sudah hampir 5.30 pm. Makanya, saya bergegas meminta motosikal seorang pembantu kedai beragama Islam untuk ke surau berdekatan.

"Mat, pinjam moto hang saya nak p solat kat surau sat".Beliau menjawab "Alamak bang ada orang pinjam"..tetiba seorang mekanik India Veejay namanya "Abang pakai moto saya, takdak hal".."terima kasih Veejay..kita dalam sibuk mana pun Tuhan kita mesti kena ingat"..kata saya.."dengan lantas Veejay menjawab "betul abang.." sambil tersenyum menampakkan giginya yang putih bersinar.

Sebaik menunggang, terdetik dihati saya betapa manis bila orang bukan Islam menghormati agama kita memberi pinjam hartanya untuk menyenangkan kita untuk beribadah. Saya terus memohon kepada Allah untuk memberikan hidayah kepada orang-orang sebegini untuk menerima hidayah Islam.

Selepas pulang, saya bertemu dengan Pemilik kedai iaitu Ah Chai..tengok saya terus dia bertanya soalan politik.."Apa mcm Isa, boleh menang ka?"..saya menjawab ringkas "boleh"."Gua tengok itu UMNO macam sudah tak dak calon maaaa"..Ah Chai memberi komen. Saya pantas menjawab "itu sana punya orang manyak suka sama dia maaaa apa boleh buat".

Oleh kerana, waktu sudah menunjukkan jam 7.40 malam saya pun membuat keputusan untuk beredar. "Ah Chai I kena jalan dulu..sudah waktu solat" Ah Chai menjawab "ok boss nanti kita sembang lagi itu politik punya cerita sambil ketawa"..

Tetiba Veejay memekik "Abang..Selamat Hari Raya..nanti datang bawa kueh raya". Saya tersenyum melihat telatahnya Veejay.

Sebelum beredar saya bersalaman dengan Ah Kim, Ah Chai..Veejay dan yang lain-lain sambil Ah Kim berkata " Sorry abang tunggu sangat lama..apa-apa abang kasik saya call..kita sama-sama kawan maaa".

Itula coretan saya sepanjang disana. Semoga hubungan kaum antara Melayu, Cina dan India sentiasa dalam keadaan baik. Sama-sama kita mendoakan kepada Allah supaya keharmonian sebegini dapat dikekalkan bagi menjamim sebuah negara Malaysia yang aman dan makmur.

Wassalam

4 comments:

JALAN REBUNG said...

salam bro,

citer hang ni memang penuh dengan feel 1Malaysia la ...

Hiswadi Anuar said...

Al-maklumlah..menyahut gagasan Pak Najib..ahaks!

Unknown said...

masih terbayang suasana di sekolah la salle 2 jinjang, kl.

Rentap Iban said...

teringat bila anak aku yang umur 2 tahun skang nie,,,suka sangat nyanyi lagu 1 Malaysia...