Saturday, December 12, 2009

Kelahiran Puteri Kami-Dhiya Hiswaniza binti Hiswadi



1.Alhamdulillah segala puji bagi Allah dan dipanjatkan syukur atas anugerahNya yang tidak terhingga mengurniakan kami amanah untuk dijaga.

2.Tepat jam 3.46 pm 23 Zulhijjah 1430 bersamaan 10 Disember 2009 Dhiya Hiswaniza bt Hiswadi selamat dilahirkan.

3. Bermula apabila isteri memandu sendiri kereta untuk menjalani pemeriksaan rutin lebih kurang jam 9.30 am.

4. Selepas menjalani pemeriksaan, Dr terus mengarahkan untuk bersalin dengan kadar segera walau tarikh sebenar adalah pada 13/12/2009 (hari ulang tahun perkahwinan pertama). Menurut Dr, air ketuban isteri berkurangan dan ini amat membahayakan kandungan.

5. Isteri menghubungi saya, setelah membahagikan kerja pejabat saya terus bergerak menuju ke Melaka mengambil masa 45 minit dari Tol Sg besi.

6. Setelah tiba, saya menemani isteri yang sedang menjalani kaedah "induce". Setelah 2 jam, keadaan jantung baby yang tidak stabil serta najis telah keluar maka Dr terpaksa mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan. Saya dapat melihat keadaan yang agak kelam-kabut didalam bilik bersalin apabila Dr mengarahkan supaya semua nurse bersedia dengan kadar segera.

7. Disaat itu, hanya Allah menjadi tempat saya berdoa dengan keadaan isteri yang menahan sakit teramat. Dapat dilihat dengan jelas keadaan bimbang isteri sebolehnya tidak mahu menjalani pembedahan. Sebagai suami, saya memberikan sokongan moral ditahap tertinggi.

8. Semasa berada di pintu bilik pembedahan ramai orang bertanya kenapa hanya saya bersendirian menunggu isteri. Saya menjelaskan bahawa ibu mentua sedang dalam perjalanan dari Johor, Ibu saya berada di Pulau Pinang. Tambahan lagi, saya menjelaskan yang saya bertugas dan tinggal di Kuala Lumpur serta isteri bekerja di Melaka.

9. Seorang makcik yang menemani cucunya, menitiskan air mata mendengar penjelasan saya semasa didalam keadaan yang getir ini. Isteri pula memandu kereta sendiri untuk ke hospital.

10. Saya amat berterima kasih kepada makcik yang tidak dikenali ini yang memberikan semangat untuk saya menghadapi keadaan cemas dan memohon saya untuk bertawakal sepenuhnya kepada Allah. Bagi mengurangkan bimbang, saya berbual dengan orang sekeliling antaranya Dr Burhan dari Utem dan Mr Sin juga merupakan suami kepada pesakit di sini.

11. Alhamdulillah, tepat jam 4.15 pm nurse menolak keluar baby saya. Dan saya terus meminta daripada nurse untuk terus azan dan iqamat kan baby saya. Dikala itu, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata terasa akan sayu dihati memegang zuriat sendiri untuk melafazkan kalimah Allah.

12. Seterusnya, kedua ibu mentua saya sampai. Mereka banyak membantu memberikan tunjuk ajar. Syukur saya, apabila sebelum ini juga Dr Mazuki telah mengajar serta memberi nasihat kaedan menjaga baby. Ini memberikan saya kelebihan untuk mengawal situasi dan mengajar isteri sedikit sebanyak.

13. Malamnya, abah, emak dan kakak saya menghubungi untuk mengetahui keadaan isteri dan baby. Abah meminta saya menamakan dengan nama arwah adik saya "Hiswaniza" sebagai mengenangkan akan kekuatan serta ketabahan arwah sewaktu hayatnya dahulu.

14. Syukur semuanya selamat, perjuangan seterusnya saya perlu menelaah buku untuk pulang ke KL esok 6.30 am untuk mengambil ujian dan menghadiri kelas. Esok juga selepas kelas, saya pulang semula ke Melaka mengambil isteri dan Dhiya untuk dihantar ke Johor. Doakan semuanya selamat.

Wassalam.

12 comments:

Muhammad Hazimin Wahab said...

tahniah Bos !

Noor Ashraaf said...

Alhamdulillah :D Syukur!

Bertambah2 rezeki Encik Campro kite nih :D

Tahniah! kirim salam pada Dhiya Hiswaniza :D

-SZ- said...

Alhamdulillah.

Miss Zakiah mcm mane?? ok x?

Anonymous said...

Tahniah Bro.

Nama baby pon sedap. Hehe

[SHE] said...

Salam alaik..tahniah ustaz... =)

Rentap Iban said...

Tahniah bro..welcome to the club..

rasyd said...

mendebarkan..

syukur :)

Afzan said...

tahniah abg hiswadi!

semoga dhiya membesar mnjadi insan yg solehah..

tumpang hepi..

hope ur wife cepat sihat ;)

Amin..

D said...

Assalamualaikum..
tahniah sir!!babay sgt comel mcm pakai tudung..hihi...

send my regards to mdm zakiah...ngee~..
congratulations!!

semoga amanah ini menjadi penguat kasih sayang antara sir dan mdm..serta bertambah cinta kalian terhadap Maha Pencipta Dhiya Hiswaniza..

Hazhari Ismail said...

nak jugak la letak nama kat sini.


mabruq 'alaikum . semoga keluarga bahagia..

JALAN REBUNG said...

salam brader ...

tahniah ...dah jadi ayah ni tak leh jadi budak-budak lagi ...(sikit-sikit boleh lagi ...hehehehe)

Hiswadi Anuar said...

Salaam semua,

Hazimin : Terima kasih atas lawatan.

Noor Ashraf: Ya sudah disampaikan.Mudah-mudahan.

Sakeena: So far, tak berapa sihat demam.Doakan beliau kembali sihat.

Khairol: Terima kasih jua.

KY: Salaam, terima kasih kembali.

Rentap: Ya jom kita form club.ahaks!

Rasyd : Ianya amat mendebarkan ketika itu. Hanya Allah yang tahu.

Afzan : Terima kasih ya.InsyaAllah..

Alang Atie :Salaam ya terima kasih daun keladi..

Putera asQalan : InsyaAllah mudah-mudahan.

Jalan Rebung : hahahah..siapakah budak-budak yang sebenarnya??hahahah..jeng jeng jeng..