Saturday, November 1, 2008

Tiada Lagi Madah Berhelah



Hari Jumaat hari kelam kabut
Sebab saya buat semua orang terkejut
Tiada hujan tiada ribut
Satu kolej macam nak tercabut

Satu Johor satu Penang
Sampai-sampai saya naik pening
Tengok lantai tengok siling
Kena kerumun dengan orang sekeliling

Lepas ke kaunseling pi sbs
Semua orang nampak penat abes
Tiba-tiba saya bagi short notis
Semua orang sampai nak menangis

Tengok kiri tengok kanan
Duduk bersila buat pengumuman
Orang menunggu rasa tak keruan
Apa yang bakal saya sampaikan?

Akhirnya tiba tanda bernoktah
Dah tak mau lagi nak bermadah
Tiba-tiba semua cedera parah
Sebab saya dah nak bernikah

ORANGNYA BERNAMA SITI ZAKIAH (HAHAHAHAHA)
Stay Tunes...Stay Alives!

8 comments:

laksamana sunan said...

salam mr camp

gadis jawa ayu dan lawa
bila berbicara penuh sopan santun
cewah2 mr campro sejak bila?
tersangkut dengan gadis bijak berpantun?
....jawab tuan!!!

pi melaka naik keta
singgah kedai beli mangga
apa yg kami nak kata
tanggal 13/12 mr camp nak kawen daa...

sama tinggi sama padan
sorang kl, sorang lg di melaka
apa nak di kata nasib badan
moga mr camp dan pasangan jgn berduka....

menghitung hari lagu kris dayanti
memang best bila dinyanyi
ni mr camp nak habaq pi
jgn dok pening2 lagi
apa nak di pikir lagi
cik siti zakiah dalam genggaman mr camp la ni......he he he

tahniah tuan!!!
semoga di berkati...
selamat melayari bahtera rumah tangga yg penuh onak dan duri...
carilah kemanisan..binalah kegembiraan...hiasilah kegembiraan dengan penuh rasa cinta menyintai...

salam....
-pinggiran gombak-

zakiesqandar said...

Seorang lelaki....satu ketika dulu, mencari2 dalam diri...meraba2dalam terang...memperhalusi segala tindakan, istikharah menghadap Tuhan.

Dia mencari jawapan, dia mencari kekuatan, dia mencari kemanisan dan kenikmatan...sebuah hakikat alam perkahwinan.

ramai yg cuba mencarikan namun ramai yg tak sedar sebenarnya dia telah pun mengorak langkah dengan perkasa, dengan penuh rasa yakin dan bangga...

Kini, lelaki itu walaupun tiada di sini setelah mengambil langkah mencari rezeki di sudut lain di bumi ini...

namun yg pasti dia kembali semlam dan mewar-warkan...dialah jaguh perahsia, membuat org asyik tertanya dan meneka...dan telah pun diumumkan yg dia bakal bergelar raja pd disember ini...

Wadi, seorang lelaki; sebuah rumah. Hiasilah rumah itu dgn tangga terindah, perkukuhkan dgn iman, ukhuwah dan sunnah. Moga kekal bahagia hingga akhir hayah...

Salam dr aku,
Sekeping Hati Seorang lelaki (yg belum berumah dan tak bertangga lagi...)

[SHE] said...

Salam alaik...

Terkezut bl dpt tau..wpun slama ni dh lama meneka dlm hati...hahaha...tkezut bkn sbb ape, sbb tarikh tu sama dgn somebody...kena kerat lak bdn ni nk g dua2 walimah huhuh...nway sir, congrats! 'Ala kulli haal doa sy buat Mr Campro & Ms Campro...

"barakallu laka wa baraka 'alayka wa jama'a bainakuma fi khayr"

Hazhari Ismail said...

Salam..caya lar sir..

Mr Campro ngan Ms Campro

= Pasangan paling comel.!! Hihi..

Moga berbahgia ke anak cucu yek..

*sy ngan kak kina meneka baju warne baju pengantin sir.. hahah

z'kea m.s said...

Meh kita jawabkan pantun abg. munif,

Lawa dan ayu si gadis jawa
manis bicara sopan dan santun
abg. munif jgn tak caya
Mr. campro ngorat pun bermadah berpantun...

Miss campro byk keletah
Nama sebenar Siti Zakiah
Pasal pantun Mr. Campro tak kisah
Sebab dia memang dah terer dah

laksamana sunan said...

jalan jalan pi umah wak melah
terserempak dengan si milah
wah! mr campro pandai pantunlah
nak jadi famili jawa mcm ginilah...

(baca pantun di atas dengan tone jawa ye baru best bunyinye...)

[SHE] said...

miss campro org jawa ke?wahh...sama la kita...

Adam Kulim said...

huaaaa..sheikh....patutla bz memanjang...saya dgn en mujahid dok confuse..pasaipa tuan bz semacam ja ni...haha