Wednesday, September 10, 2008

Tanggal 16 September…

Apabila tiba bulan September sudah pasti saya dan adik saya ini akan bertambah umur. Kami berdua berkongsi tarikh lahir yang sama yakni tanggal 16 September. Satu tarikh yang amat bersejarah apabila pembentukkan Malaysia berlaku pada tarikh ini. Dewasa ini, tarikh ini amat kontroversi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merangkap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan akan membentuk sebuah kerajaan baru iaitu “Kerajaan Pakatan Rakyat”. Beliau amat yakin dengan mendakwa, telah meyakinkan sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai Kerajaan baru ini.

Memakai topi “cowboy” (Syeriff Hisham),ahaks..



Namun, entry saya untuk kali ini bukanlah untuk menceritakan berkenaan Kerajaan baru. Tetapi untuk menulis berkenaan dengan adik saya ini. Untuk pengetahuan, beliau dilahirkan pada tanggal 16 September 1994. Kalau dihitung, beliau sekarang sudah berumur 14 tahun.



Wah macam tepung “komak”..




Ibu saya



Menjadi cabaran, untuk kami sekeluarga menguruskan aktiviti harian beliau. Untuk maklumat, beliau adalah golongan OKU (orang kurang upaya), atau dipanggil juga sebagai “Down Syndrome”. Bukan itu saja, beliau juga tidak mempunyai keupayaan untuk berjalan dan berdiri. Untuk rekod, beliau pernah dimasukkan sebanyak 4 kali di hospital apabila menjalani pembedahan usus besar. Dan adalah sesuatu tempoh yang panjang apabila Ibu saya, Puan Hasnah Bt Pin menjadikan hospital sebagai “rumah kedua” apabila rawatan untuk beliau menjangkau selama 2 bulan bersamaan 60 hari. Sehinggakan Doktor dan Jururawat menjadi kawan pagi, petang, siang dan malam.



Bersama Kucingnya..



Kakak saya


Setiap pagi Kakak saya, cik Hiswani Binti Anuar akan menguruskan segala aktiviti berkaitan beliau. Adalah satu pengorbanan besar, apabila Kakak mengambil keputusan untuk tidak bekerja dan memegang jawatan sebagai “Pembantu Peribadi 24 Jam” kerana umur adik Hisham yang kian meningkat, untuk memastikan beliau sentiasa dijaga dengan begitu rapi. Ini disebabkan urusan harian seperti mandi, makan, minum, tidur dan sebagainya diuruskan sepenuhnya oleh kakak.

Apa yang menyedihkan, beliau tidak diterima untuk bersekolah. Pihak JPN menyatakan beliau boleh diterima untuk bersekolah bila mampu untuk berjalan. Sejak daripada dahulu sehingga sekarang, kami tidak pernah jemu untuk berusaha memastikan beliau mampu berjalan dan berdiri antara rawatannya ialah homeopathy, sesi urutan pakar dan pemeriksaan hospital secara berkala. Mungkin belum rezeki agaknya untuk melihat beliau boleh berjalan.

Takut duduk atas kerusi malas…

Tuan Anuar Hj. Maarof



Bapa saya, Tuan Anuar Bin Hj. Maarof dilantik menganggotai jawatankuasa “Penang Downsyndrome Association” (PDA) untuk mencari apa-apa kaedah perlu untuk adik bertuah saya ini. Pertubuhan ini, ditubuhkan untuk menghimpunkan ibu-bapa yang mempunyai anak seperti beliau untuk sama-sama berbincang dan berkongsi permasalahan untuk memastikan golongan seperti ini mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada pihak-pihak tertentu. Alhamdulillah, peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh keluarga saya untuk memastikan kemajuan Hisham.

Apa yang pasti, Hisham ini adalah anak yang bertuah sekali. Semenjak beliau dilahirkan rezeki kami sekeluarga amat murah sekali. Sehinggakan Bapa saya dinaikkan pangkat dalam bulan itu juga. Pernah kawan berbangsa cina berkata kepada bapa saya“ Anuar..ini anak manyak onggggg maaa..kalau you tak mauu ini anak you boleh kasik sama gua…”. Terkejut beruk juga saya pada masa itu!


Action…



Antara istimewanya Hisham ini, beliau begitu berminat sekali untuk mengikuti pidato-pidato politik. Yang bestnya, beliau tahu siapa yang bercakap dan yang paling dia suka ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. Pernah satu ketika beliau tidak mahu makan apabila Tun memberikan ucapan dikaca televisyen dan akan tunggu sehingga tamat baru beliau berganjak. Antara kelebihannya, sesiapa saja yang berada dengan beliau pasti tidak mahu balik kerana Hisham ini sangat pandai bergurau dan membuatkan orang terpikat dengannya.

Walauapapun yang berlaku, kami sekeluarga akan pastikan 100% Hisham ini akan terjaga dan terbela sepenuhnya. Pengorbanan yang besar dilakukan oleh seluruh ahli keluarga saya akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Lebih-lebih lagi dibulan ramadhan yang mulia dan barakah ini.

Saya amat mengalu-alukan sidang pembaca untuk berkongsi cerita berkenaan dengan adik saya ini. Dikesempatan ini juga, saya mengucapkan selamat hari lahir ke-14 untuk adikku Muhammad Hisham. Semoga adik akan terus kuat dan ingatlah abang sentiasa ada dengan adik.

Wassalam.

9 comments:

[SHE] said...

Semester ni KY amik subject special needs, so ada la bljr ttg down syndrom ni. dan bln lps SRC ada conduct satu trip ke tasputra PERKIM,sebuah pusat latihan utk knk2 istimewa...pengalaman yg sgt bermakna buat kami esp warga DCE...

Hiswadi Anuar said...

Salaam,

Hye KY..very good..boleh la kongsi dengan saya apa yang KY belajar tue..Untuk trip tu sy still remember..program yang saya approved sebelum saya tinggalkan IIC..kalau tak salah 20/8..neway happy fasting ya..kirim pada yang lelain..

Wassalam

laksamana sunan said...

salam...

tahniah YB...
happy besday to YB dan adik yg disayangi...moga kalian dirahmati Allah Taala dan senantiasa dilimpahi kasih sayang dari org2 tersayang...
YB...jemput ke ......
muniff76@blogspot.com

[SHE] said...

Eid Milad! Slmt Hr Lahir buat Sir and ur litle bro...moga dipanjangkn umur, dimurahkn rezeki,dtetapkan iman dan diberikn kekuatan utk mharungi liku2 kehidupan...amiinn...

Hazhari Ismail said...

assalamu'alaikum,
kami dari STADD ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-25...
Semoga Dipanjangkan Umur dan Dimurahkan Rezeki...Dan Dipercepatkan Jodoh.....

ameen....

Ikhlas dari
Mdm.Hajirah...Ayie...Marina...Ruby..Arep..Fiza...

rasyd said...

selamat hari lahir abg wadi.semoga tak lupa kami di melaka = )

smart72 said...

selamat hari jadi dan selamat berpuasa...bila pak lah nak sedar ni????..

JALAN REBUNG said...

salam mr campro,

bangga dengan ketabahan tuan. Sesungguhnya adik tuan ini adalah insan yang sangat istimewa. Ucapan Selamat Hari Lahir jugak dari Jln Rebung

arrieza said...

Semua insan yang dilahirkan adalah istimewa.Dugaan akan membuatkan hubungan kekeluargaan bertambah erat.
p/s:Bila nak tambah ahli keluarga baru..He..he..