Saturday, July 26, 2008

BERAKHIR SUDAH...



Saya mengambil masa selama lebih kurang dua minggu untuk memikirkan hala tuju kerjaya sebelum mengambil keputusan drastik ini. Pelbagai perkara bermain difikiran saya, apa dan akan berlaku dengan tindakan ini.

Pertamanya, apakah keputusan ini tepat?kedua, adakah keputusan ini akan memenuhi kehendak saya?ketiga, bagaimana pula dengan boss saya sekarang?keempat, bagaimana dengan pelajar-pelajar saya sekarang? Ini semua membuatkan saya begitu sekali bimbang dan bercampur perasaan sedih.

Saya memasuki Insitusi ini bermula dengan jawatan Penolong Pengurus Hal Ehwal Pelajar. Selama lebih kurang 6 bulan sebagai Penolong Pengurus, banyak perkara yang telah saya amati dan teliti yang memerlukan beberapa pembaharuan segera. Antara persoalan yang berlegar-legar di kepala saya:-

Bagaimana fungsi STAD yang sebenar terhadap pelajar?
Apakah peranan STAD dalam mendidik pelajar untuk mengendalikan program?
Adakah system sekarang dapat memberikan input sebenar untuk pelajar mempelajari sesuatu perkara?
Apakah tahap mentaliti pelajar sekarang?
Adakah pelajar dapat mempelajari sesuatu yang berkualiti daripada program yang dijalankan?

Ternyata, selepas 6 bulan menjalankan tugas sebagai Penolong Pengurus. Saya dinaikkan pangkat menjadi Pengurus. Makanya, peluang ini amat menggembirakan hati saya. Selaku Pengurus sudah tentu saya mempunyai ruang yang besar untuk saya laksanakan beberapa pembaruan segera. Hari pertama saya selaku Pengurus, saya telah mengadakan satu perjumpaan tertutup dengan Majlis Perwakilan Pelajar. Saya mengadakan satu Brainstorming Session bersama pimpinan pelajar untuk mengetahui punca masalah dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Antara masalah utama yang saya lihat ialah soal “kesatuan organisasi” yang perlu diatasi segera.

Keesokan harinya, saya mengadakan pertemuan segera bersama “Majlis Presiden” yang saya tubuhkan sendiri untuk membentangkan agenda khas iaitu soal kesatuan organisasi.Untuk makluman, Majlis Presiden ini merupakan satu platform yang menghimpunkan kesemua Presiden-Presiden Kelab dan Persatuan untuk satu tujuan iaitu untuk membuat “collective decision” secara bersama dan bersatu hati dalam apa jua keadaan. Makanya, saya memperkasakan peranan “Majlis Presiden” untuk diletakkan terus di bawah Majlis Perwakilan Pelajar melalui Club and Societies Management Division,Majlis Perwakilan Pelajar. Alhamdulillah, “kesatuan organisasi” dapat dicapai melalui penubuhan Majlis Presiden ini. Dan sehingga hari ini, saya dapat lihat pergerakkan yang baik antara Presiden-Presiden dalam mengatasi pelbagai masalah yang melibatkan program-program.
Seterusnya, saya mengorak langkah dengan memperkenalkan beberapa system baru di dalam pentadbiran kelab dan persatuan. Antaranya ialah :-

Guided working paper,
Perlembangaan kelab dan persatuan,
Master plan
Financial plan
Financial report
Garis panduan penubuhan kelab dan persatuan
Prosedur tertentu untuk melibatkan VIP.
Tata etika bermesyuarat

Tujuan utama, saya memperkenalkan system-system ini adalah untuk mendidik pelajar-pelajar dalam melakukan sesuatu. Saya ingin melihat mentaliti pelajar yang mampu berkfikir secara sistematik dan berupaya melakukan sesuatu tindakan dengan efisyen dan baik. Kesemua, system baru ini dicapai dalam pertemuan siri kedua dengan pihak MPP dan Majlis Presiden.

Walaupun kesepakatan dicapai namun saya dapat mendengar pelbagai cakap-cakap tidak berpuas hati terhadap system baru ini. Ramai yang tidak berpuas hati dan berkata system ini amat tidak praktikal dan kebanyakkannya berkata yang saya ini hanya hendak menyusahkan pelajar untuk mengadakan program. Namun, saya langsung tidak langsung melayan cakap-cakap ini dan saya hanya memekakkan telinga. Selama lebih kurang 2 minggu system baru ini berjalan pelajar sudah mula untuk melihat keberkesanan system ini. Hari ke hari, saya melihat pelajar mula selesa dengan system yang baru ini.

Seterusnya, saya meneruskan perancangan untuk menggalakkan pelajar untuk terlibat secara aktif di dalam kelab dan persatuan. Ini dapat dilihat dengan bertambahnya jumlah kelab dan persatuan. Alhamdulillah, dengan bertambahnya jumlah kelab dan persatuan serta system penambahbaikkan yang telah wujud saya amat yakin bahawa pelajar-pelajar sekalian mampu untuk mencapai objektif penubuhan.

Dengan tertubuhnya, Sekretariat Rakan Muda yang bernaung secara terus dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah satu kredit untuk semua pelajar-pelajar di Institusi ini. Ini kerana, pelbagai program sudah dirancang dengan rapi oleh pihak KBS melalui SRM bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan pelbagai aktiviti-aktiviti luar. Ini dapat dilihat dengan adanya SRM ini sekurang-kurangnya 4 program luar anjuran KBS dapat dimanfaatkan oleh pelajar iaitu:-

Dusun Eko Resort
Program Pidato Kebangsaan SRM
Program Rakan Muda Setiawangsa
Anugerah Remaja Perdana


Satu kejayaan yang amat membanggakan, apabila pelajar saya dapat melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan pidato dengan menewaskan pelajar-pelajar yang lebih senior. Ini ditambah lagi dengan anugerah pelajar terbaik diberikan kepada kita. Ini semua adalah kejayaan tidak terhingga kepada anda dengan menunjukkan semangat yang kental dan jitu dalam melakukan sesuatu.


Sememangnya, saya amat sedih untuk meninggalkan anda semua. Semasa saya menulis surat perletakkan jawatan pada tanggal 20/7/2008 bersamaan hari ahad sewaktu Taaruf sedang berlangsung perasaan hiba dan sedih menyelubungi saya. Ini kerana, anda semua pelajar-pelajar saya sentiasa bermain difikiran saya. Pada waktu pagi 21/7/2008 saya menghantar surat perletakkan jawatan kepada En Norhafizan Norman selaku Timbalan Pegawai Eksekutif. Ayat pertama yang keluar dari mulut beliau “Aduhhh Wadi…sakit perut saya”. Dan saya menerangkan dengan panjang lebar kenapa saya memilih jalan ini. Lebih kurang 10 minit En Wan Arif masuk ke bilik En Norhafizan dan beliau jugak nampak amat terkejut dengan tindakan yang saya lakukan ini.

Selepas itu, saya ke tingkat dua untuk berjumpa En Shamsul Kahar Haron selaku CEO. Saya tidak bernasib baik, kerana tidak dapat berjumpa beliau dan saya menghantar surat kepada Mdm Shahzai. Akhirnya, saya ke Tingkat 1 berjumpa Mdm Azza dan terus mengemukakan surat kepada beliau. Rata-rata semua orang amat terkejut dengan tindakan ini. Selepas bersolat zohor, saya berjumpa dengan MPP dan beberapa ahli Majlis Presiden untuk menyatakan hasrat saya.

Pada mulanya saya tidak sampai hati untuk melihat pelajar-pelajar ini. Antara yang ada bersama saya pada waktu itu ialah Nabil, Sakeena, Arif, Adha, Ayie, Hairul dan Noorullah. Semuanya terkelu seribu bahasa sebaik saja saya mengumumkan perletakkan jawatan. Saya meminta mereka semua merahsiakan dulu perkara ini akan tetapi hal ini telah tersebar di kalangan MPP dan Majlis Presiden.

Walau apa pun yang berlaku, walau tiada saya di sini ingatlah jiwa saya sentiasa bersama anda semua wahai pelajar-pelajar ku sekalian. Kekuatan saya selama ini adalah anda semua. Tiada anda tiadalah saya di sini. Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada anda semua terutama sekiranya berlaku kesalahan sewaktu bersama anda. Ingatlah apa yang saya lakukan selama ini adalah untuk mendidik anda menjadi insan yang baik dan berguna di mata masyarakat umum. Saya amat percaya dan yakin dengan segala didikan yang sudah anda perolehi akan menjadikan anda berkualiti dan mampu untuk berdiri dengan sebaiknya. Saya telah pun melakukan yang perlu selebihnya adalah diri anda semua untuk bertindak. Harapan saya, teruslah memberikan sokongan kepada Pengurus baru yang bakal menggantikan saya nanti. Semoga orang baru yang menggantikan saya akan menjadi lebih baik dan mampu memberikan yang terbaik buat anda semua.

Akhir Kalam, yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang tidak baik itu datangnya dari diri saya sendiri.

Wassalam.

10 comments:

z'kea m.s said...

Hmm.. keputusan telahpun dibuat,
Kaki harus terus melangkah, mendaki dan menuju ke destinasi impian.
Mengundur jangan sekali,
Menolehlah untuk melihat yang ditinggalkan,
Kerana ada memori yang telah terpateri.
Pasti segala jasa dan usaha diberkati dan dihargai....
Mungkin nanti kita perlu datang lagi,
mengutip semula kenangan yang ditinggalkan.

Tahniah Wadi...
Yang telah memilih jalan masa depan sendiri...

zakiesqandar said...

What can i say bro? Semuanya telah pun aku utarakan awal2 lagi b4 ko submit n taip surat tu. As Kea said, keputusan telah dibuat. So, once u decide, be responsible with that decision. Good luck for your future undertaking. Aku just rasa bertuah sbb since akumasuk kolej ni, ramai dah aku kenal pemuda2 yg lebih muda dr aku tapi dgn pemikiran yg matang...kalo la aku ada adik pempuan...lama dah ko takkan rasa apa yg ko rasa skang wadi...ahaks...!!!

D said...

salam sir...sedih btul saya bace...tp saya tau, sir da buat yg terbaik sbb sir dulu pun pnh jadi student iic..saya tau ape dlm pemikiran sir mcm mne nk majukan students kat iic..
Semoga sir terus maju dlm karier yang menanti!Insya Allah
-Atikah hatta-
jemput2 lah ke blog saya
www.syahidiniman.blogspot.com
hehehe

[SHE] said...

Salam alaik...
sir,pemergian sir merupakan satu kehilangan besar buat kami, ur student esp kami barisan MPP. Bg sy scr personal, sir adalah seorang yg byk mberi support kpd kami dlm mjlnkn program2 utk student. sir jg yg byk bg semangat utk kami terus bangun tatkala semangat semakin merudum. walau apa pun, sy hormati keputusan sir. Wlu jauh di mata, sir tetap dkt di hati kami...all the best!

Kak Yong @ Fiza SRC

[SHE] said...

hari ni kilang air mata sy beroperasi bila bc entry sir ni...huhuhu...jemput bertandang ke 'rumah' sy, http://catatan-daie.blogspot.com

JALAN REBUNG said...

Salam Wadi,

Satu perkataan je ...TINDAKAN YANG WAJAR.

Rizal (bila la nak buat tindakan wajar ??)

Anonymous said...

salam sir..sir memang x knal kat ana..p suma student iic knal kat sir kan..pa2pun keputusan yg sir ambik..bykkan berdoa n istikarah lah sir..sir sesungguhnya meninggalkan satu takdir dan mendepani satu takdir yg lain juga adalah satu usaha..percayalah sir..ukhuwah yg terbina brangkali ble menyimpan seribu stau mcm memori..tapi bila kata pisah d lafaz..mungkin hadir diam dgn menung di situ..ana adk usrah kak fiza..SYUKRAN KERANA MENEMPATKAN KBM D IIC..wlu x knal sir n x pernah bekerjasama ngn sir..p sumbangn yg sir buat untuk iic mungkin klu tak di dunia balasan hadir..mungkin d akhiratAllah balas..kerana sumtime kita plu percaya bahwa sang suria akan menjelma jua..ada ms jemguklah ke blog ana.http://damai-tinta.blogspot.com

DT...

izwan ali wasi said...

harimau mati meninggalkan belang.. hiswadi pergi dr IIC meninggalkan jasa yg dikenang

Hiswadi Anuar said...

To Zkea:
Terima Kasih atas nasihat itu.Byk kenangan aku kt MMU tuh..hehe

To Zaki:
Memang mantap aku masuk blog hang,hanya 5 minit aku tahan lepas tu terus loya-loya..muahahaha,

To Atikah:
Terima Kasih semoga anda terus maju ke hadapan.

To Fiza@KY:
Anda mempunya karisma untuk menjadi seorang "Leader".Ingatlah segala keperitan yang anda lalui akan menjelma kegembiraan yang sudah pasti akan berlaku.

To Jalan Rebung@Boss:
Semoga kewajaran itu akan anda laksanakan cepat@Lewat..Jangan tertinggal cawan lagi ye..hehe..terima kasih atas buku tu.Really appreciated it!

To Damai:
Sudah menjadi satu kemestian untuk saya laksanakan tanggungjawab yg diamanahkan.All da best to u!

To Syeikh Izwan:
Terima Kasih,selamat meneruskan perjuangan di IIC.Kalau nak lintas jalan silakan terus melintas dengan nekad sekali..hehe!

Mr. Saga said...

Ya Syeikh...

Aku tergezut bila hang mula2 bgtau aku yang hang nak resign...apa2 pun teruskan usaha yang murni lagi suci walau dimana hang berada...