Monday, August 4, 2008

“Hello Boss”



Setiap orang yang selalu membaca surat khabar utusan pasti tahu ruangan komik “Helo Boss”. Kartun ini mengisahkan seorang watak yang bernama “Rosli” atau nama singkatannya “Li”bersama seorang “Boss” yang bergelar “Datuk” yang bekerja disebuah syarikat koporat.

Saya amat meminati ruangan ini dan setiap hari saya akan mengikuti kisah-kisah antara “Rosli” dan juga “Boss”nya sebaik saya tiba di pejabat pada jam 7.50 pagi setiap hari. Kekadang itu saya tergelak bersendiri melihat watak lucu kedua-dua watak ini.

Berbalik kepada pengkisahan “Rosli” bersama “Boss”nya ini menampakkan kesinisan yang amat ketara. Ini boleh dilihat apabila kedua-duanya saling mengenakan antara satu sama lain dan ini sedikit sebanyak memberikan kesedaran pada kedua-duanya supaya berubah daripada menjadi “bodoh sombong”.

Melihat kepada watak “Rosli” ini, dia seakan-akan ingin memuji “Boss”nya ke tahap tertinggi bintang lima. Bahasa yang selalu digunakan pada era waktu ini ialah “mengaircond-kan” Boss. Siapa yang tak suka dipuji.Dan “Rosli”ini bijak mencari jalan dan waktu untuk “mengaircond-kan” Bossnya. Kekadang itu, Bossnya memberikan insentif atau pun bonus pada “Rosli” ini.Bossnya cair!!!

Tetapi Bossnya ini selalu jugak bergantung pada “Rosli” untuk mendapatkan info-info terbaru berkenaan dengan staff-staff ofis. Sama ada mereka ini menjalankan kerja atau sebaliknya. Dan sudah semestinya “Rosli” ini memberikan maklumat-maklumat palsu untuk mengaburi “Bossnya”, dengan harapan menampakkan yang “Rosli” ini betul- betul bekerja. Sememangnya menjadi lumrah “Rosli”untuk “mengipas” Bossnya untuk mendapatkan sesuatu, terutamanya kenaikan pangkat!

Moral daripada watak kartun ini, adalah tidak menjadi kesalahan untuk memuji, mengipas atau mengaircond-kan Boss-Boss anda di tempat kerja masing-masing. Sila-lah mengambil langkah berhati-hati dan tidak dengan jelas sehingga orang nampak “Mamat ni kerja nak mengipasssssssssssss aja”, tiada kerja lain ka? Dan kalau melakukan sesuatu kerja biarlah bermasyarakat dan nampak senang untuk berurusan dengan orang. Dan orang pun tidak nampak ada halangan untuk bekerjasama dengan kita Setengah orang hanya pandai memuji tapi tak pandai mengenakan, setengah yang lain hanya pandai mengenakan tak pandai memuji. . Tapi “Rosli” ini memang pandai memuji dan mengenakan “Bossnya”. Anda pula dikategori mana?

Saya mencadangkan supaya kartun “Helo Boss” oleh Dee (nama sama aja macam nama saya) ini dibukukan. Memang seronok untuk dibaca.


Anyway, jumpa lagi.

7 comments:

izwan ali wasi said...

seseorang pernah berkata ketika bosnya sedang meradang.."cantik seluar bos" malangnya dia gagal memahami watak "Rosli"..Elok la di bukukan buku tu..teman setuju..

Rentap Iban said...

Rase-rasenye ader orang terase tgkciter ko nie..Elok le sesangat, biar diaorang berubah...

[SHE] said...

saya pun suka gak baca kartun HELLO BOS ni...biasanya klu bc paper, inila yg sy kejar dulu...huhu...

munif said...

saya teringat akan kata2 arwah atok..."esok kalau ko dah keje...keje lah elok2...jalankan amanah yang majikan bagi untuk kehidupan ko...jangan sekali2 tinggalkan solat...so kita amik apa shj yang baik dari sedutan katoon "bos dan rosli" yang di publish tiap2 hari...tak rugi pon...

z'kea m.s said...

Hello boss... kalau kita boss kita suka tak orang macam Rosli tu? Hehee.. Di mana pun kita bekerja, spesis macam tu sentiasa ada di persekitaran tempat kerja kita...

Mr. Saga said...

Setuju ia dibukukan seperti Kartun Lat

Ahmad Al-Idrisi said...

sebenarye kartun hello bos telah dibukukan sebanyak 2 buah. satu koleksi hello bos pada hari ahad dan satu lagi 'jgn mengelat' dengan kerjasama institut intergriti malaysia. rasenye kat mph ade jual