Tuesday, August 5, 2008

"Bulan Politik" bukan "Bulan Patriotik"





Apakah kita semua sedar kita sekarang ini sedang berada dibulan ogos yakni bulan kemerdekaan ataupun bulan patrotik yang upacaranya disambut pada tanggal 31 Ogos setiap tahun.


Dengan scenario politik yang melanda, bermulanya dengan pengumuman demi pengumuman yang kerajaan akan bertukar pada 16 september 2008, selepas itu dengan isu politik yang terbaru melanda “kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim”, isu mubahalah dan muqabalah, berita penggabungan UMNO dan PAS, isu ketuanan melayu dan kontrak sosial yang sedang digugat, dan yang terbaru ini perletakkan jawatan Datuk Seri Dr Wan Azizah yang memungkinkan untuk terjadinya satu pilihanraya kecil yang akan diwakili oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, membuatkan kita terus alpa dihanyut dengan cerita-cerita yang tiada kesudahan dan kesinambungan.


Kita semua sedar dan tahu, kalau hendak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya sambutan bulan kemerdekaan untuk tahun ini amat pudar dan tiada makna. Tidak ada sebarang kempen yang diwar-warkan, tidak ada perkataan yang diucapkan oleh pemimpin berkenaan bulan kemerdekaan, tidak ada semangat bulan kemerdekaan mahupun tayangan-tayangan pasal bulan yang sungguh penting ini. Dan kalau kita lihat tahun yang dahulu dan yang sebelum itu lagi, dan sudah pasti kita semua ingat dengan kempen mengibar “Jalur Gemilang”(nama ini diberi oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad). Pelbagai pihak memainkan peranan yang amat berkesan dengan memberikan bendera Malaysia ini dengan percuma untuk dikibarkan dan menjadi tatapan umum dengan penuh kebanggaan. Tidak cukup dengan itu, sektor-sektor korporat tidak ketinggalan untuk menjayakan kempen ini. Sehinggakan satu ketika, ia menjadi “Trend” dan amatlah tidak patriotik kita rasakan pada individu yang tidak mengibarkan bendera diatas bumbung kereta, motosikal dan di mana-mana yang dirasakan perlu.


Soalan yang perlu ditanya, dimanakah pengisian-pengisian itu? Bukanlah memberikan bendera ini dan menganjurkan majlis melibatkan pengkisahan bulan kemerdekaan ini boleh dianggap satu pemembaziran? Ini semua perlu dijawab. Pada hemat saya, Malaysia sekarang dianggap “Bulan Politik” bukan “Bulan Patriotik”. Kita terlalu menumpukkan kepada soalan politik tanpa menjawab soalan patriotik. Hebatnya kita berpolitik sehinggakan “Pepatung dianggap Helikopter”, itulah yang mampu saya rungkaikan. Amatlah perlu budaya untuk merayakan dan menginsafi bulan kemerdekaan ini diteruskan dan amat wajar sekali bagi membina jati diri yang sudah tentu menjadi penggerak wawasan negara. Apakah kita lupa misi Negara Maju 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad?.


Kalau dilihat kepada keadaan sekarang, merebut jawatan merupakan perkara utama pula. Menteri-Menteri sibuk hendak mengejar jawatan. UMNO dengan pemilihannya, MCA dengan pemilihan dan juga isu kontroversi pucuk pimpinannya, ini semua membuatkan kita lupa dimanakah usul asal kita yang sebenarnya. Dikala hal-hal yang melanda sekarang ini, kita perlu kembali ke asal dalam bentuk normal Kita perlu melihat dan menilai sejarah kembali.Kita perlu tahu erti sebenar semangat cintakan negara.


Harapan saya agar, sesibuk mana kita berpolitik untuk memenangi kerusi permatang pauh itu janganlah sesekali kita lupa akan semangat patriotik ini. Kesannya amat dalam untuk kita hayati. Fikir-fikirkanlah wahai bangsa ku sekalian.


Negara ini negara kita, tanggungjawab kita serta tanah air kita...Tempat tumpah darah kita.Ayuhhh!!! Bangunlah Bangsaku Sekaliannya!!!

“Keranamu Malaysia Kita Pertahankan”

4 comments:

[SHE] said...

Salam alaik...
Betul tu sir...terasa sgt suramnya sambutan kemerdekaan thn ni...klu thn yg sudah2, sejak bln 7 lg dh terasa semangat patriotik tu...thn ni x hbis2 dgn isu politik. Dh la KY x minat sgt politik, jd smakin menyampah lak...malas nk belek paper sbb hr2 citer bnda yg sama...

KY: pening dgn senario politik M'sia ni...tggu sir Hiswadi jd PM la...hehehe

zakiesqandar said...

bro, try buka satu post baru - pasal talk masuk islam by BAR council. nak tgok comments n feedback kwn2 semua. ana tau che det pun leh bg komen ker...haaa... Hang kan pasni leh tumpu keja2 membaca, menulis dan "menuntut ilmu" hang tuh....;)

zakiesqandar said...

KY, sir wadi awak takleh jd PM....sbb nanti ada buku or blog kuar...100 dalil kenapa Hiswadi Anuar Ibrahim takleh jd PM...akakakaka.

[SHE] said...

sir zakie, x tau lak sy yg sir hiswadi tu "hiswadi anuar ibrahim"...wakakaka...