Tuesday, July 15, 2008

Debat Harga Minyak..

Selepas tamat saja sesi debat diantara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Ahmad Shabery saya dihujani dengan sms dan panggilan telefon. Pelbagai komentar yang diberi ada yang positif mahupun negatif.Ada yang melabelkan saudara Menteri Penerangan tidak professional dalam menjalankan tugasnya serta mengatakan Datuk Seri Anwar adalah seorang yang”populist” dan tidak realistik.

Setiba di pejabat pagi ini, saya berkesempatan untuk bersarapan dengan rakan-rakan. Topik debat ini hangat diperbincangkan dan menyebabkan saya lewat untuk masuk ke ofis. Majoriti memberikan kredit kepada Datuk Seri Anwar kerana menggunakan masa yang cukup sesuai untuk memberikan pendapat.Beliau dilihat lebih “professional” dan “gentleman” dalam menyampaikan hujah.Permulaan hujah Datuk Shabey telah menyerang peribadi Datuk Seri Anwar dengan mengupas sejarah tahun 1974 dan Datuk Seri Anwar dilihat lebih “cool” dan menangkis dengan mengatakan platform ini adalah untuk mendebat harga minyak bukan untuk menyerang peribadi.

Bagi saya, apa yang boleh saya utarakan adalah seperti berikut:-

1.Pak menteri tidak menjawab dengan rasional mahupun fakta kenapa harga perlu dinaikkan 78 sen. Sebaliknya apa yang dijawab telah pun diulas oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.Dan semua sudah maklum berkenaan hal ini.

2.Tidak seharusnya Pak menteri menyentuh soal personaliti dan membuatkan Datuk Seri Anwar tersipu-sipuk tunduk malu. Sebaliknya semua orang tahu soal personaliti Datuk Seri Anwar yang gemar melawan ketua.Tidak seperti Datuk Seri Najib yang mengiyakan apa yang Ketua cakap.

3. Apa yang Pak menteri sebut termakan diri sendiri.Beliau seolah-oleh terlupa yang beliau adalah antara orang kuat Semangat 46 satu masa dahulu.

4.Pak menteri tidak menjawab soalan daripada saudara Zulkifli. Manakala Dr Nordin Kardi sememangnya ingin kenakan Datuk Seri Anwar dengan soalan yang memihak kepada Datuk Shabey.

5.Hujah Datuk Seri Anwar yang hanya menyentuh secara general soal berkenaan IPP yang ingin mengambil RM 2 billion dan tidak dihujahkan bagaimana cara perlaksanaan.

6.Soal kebocoran dan ketirisan, Datuk Seri Anwar tidak menceritakan bagaimana hendak menyelesaikan perkara ini.Sebaliknya hanya mengulangi soal rasuah dan “good governance” perkara ini telah berulang kali disebut dalam pidato beliau sebelum pilihanraya.

7. Pada penggulungan hujah, Datuk Seri Anwar menyampaikannya dalam bentuk “point” dan berakhir dengan kenyataan “Saya akan bertanding dalam pilihanraya dalam masa terdekat” dan amat “cool” sekali sebaliknya berlaku pada Pak menteri beliau hanya mengulangi “point” yang sedia ada dan berakhir dengan kata-kata “Anwar tidak pernah berubah sejak dari dulu”,

Secara konklusinya, kita dapat melihat bagaimana Datuk Seri Anwar pergi dan bersalam dengan beliau dahulu dan rakyat terbanyak melihat beliau ini seorang yang amat “professional”.Dan ketika itu Datuk Ahmad Shabery berdiri tergamam di posisi beliau. Pandangan saya, kerajaan sekarang mengamalkan keterbukaan dalam memberikan peluang yang lebih kepada pihak pembangkang untuk berdiskusi.Ini tidak ada semasa era Datuk Seri Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan tidak dapat dinafikan.Walaupun tidak sepenuhnya, tetapi ruang kebebasan media diamalkan sedikit oleh Kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah. Dan amat ternyata sekali, Datuk Shabery bukanlah lawan sebenar Datuk Seri Anwar untuk berhujah.Saya amat bersetuju sekiranya debat ibi disertai oleh PM, TPM atau Tan Sri Nor Mohd Yaacob yang bertanggungjawab dan memegang portfolio kewangan dan merupakan Penasihat kepada Tun Dr Mahathir sewaktu masa dahulu.

Adalah diharapkan, semoga perdebatan ini tidak sekadar hanya terhenti disini. Ramai yang ternanti-nanti dan mencadangkan agar diadakan debat antara PM Abdullah Badawi bersama Tun Dr Mahathir Mohamad. Sama-sama kita nantikan samada mimpi ini mampu menjadi kenyataan.

Wassalam

5 comments:

z'kea m.s said...

Erm.. dah start blogging yer... bagus2. nampaknya, semua orang dah start berblog.

Erm.. DSAI memang speaker yang bagus, ada premis yang jelas. Ucapan beliau lebih dekat dengan rakyat jelata kerana beliau menyampaikan apa yang rakyat inginkan seorang pemimpin lakukan. Akan tetapi, tidak adil untuk Pak menteri pula.. takkan dia nak menafikan tindakan kerajaan pula kan? Walaubagaimanapun, tahniah buat penganjur, semoga wacana sebegini akan diteruskan di masa akan datang agar rakyat malaysia perlu lebih bijak berfikir dan mentafsir.

Mohd Nadzri Kamsin said...

Sheikul,

Salam blog untuk anda. Selamat menyertai dunia blog. Anwar dan Pak Lah dua-dua orang Penang.

Sheikh Hiswadi pun orang Penang.

Letting the time pass me by said...

Sepatutnya Anwar dapat melaukkan Shabery, tetapi saya nampak, Anwar pun kadangkala goyah dengan serangan Shabery.. Anwar mempunyai segala macam advantage didalam debat ini...

saya terpaksa mengucapkan syabas kepada Shabery kerana berani berdebat dalam isu yang sangat-sangat disadvantage pada beliau.. Pada saya, Shabery tetap menang... It is a win-win situation for him...Dia seorang "novis" melawan seorang "expert"...

Dia berjaya berdepan dengan Anwar didalam isu debat yang sangat-sangat berat sebelah.. Mana ade orang yang sokong harga minyak naik... Jadi kemenangan sudah tentu pada pihak Anwar... tetapi Anwar sebaliknya gagal memberikan pukulan KO kepada Shabery dan BN..

Tapi harga minyak pun tetap kekal.. tak turun pun.. jadi apa guna kalau Anwar menang debat nie? Sekadar menang sorak aje ke?

z'kea m.s said...

Hmm.. bukan soal menang atau kalah.. Kita perlu appreciate debat ni sebagai keterbukaan maklumat dan media. Barulah kita mengamalkan demokrasi sebanar. Beri peluang kepada semua pihak untuk menyampaikan pendapat dalam medium yang terkawal dan dibenarkan. Selama ini, tidak ada ruang yang terbuka untuk satu pihak berhujah dan menyampaikan pendapat.. Media pula, lebih gemar dgn isu-isu picisan, hiburan dsbg. Kena buka minda rakyat malaysia.. supaya kita lebih maju dalam pemikiran dan berbudaya intelek.

Ucapan datuk Shabery mungkin akan lebih berkesan kalau beliau mampu menunjukkan perbelanjaan kerajaan untuk krisis makanan dan pengangkutan awam yang memberi impak positif. Tunjukkan impaknya sekarang terhadap rakyat. Dan peruntukan itu datangnya dari penjimatan subsidi yang dilaksanakan oleh kerajaan...

Anonymous said...

Salam Hiswadi.

Firstly, welcome to blogsphere! You are on the right track for expressing yourself more colourfully and trendily.

Second, the debate was indeed beneficial for the rakyat to see things from different perspectives. Whatever our sides are, i believe we are all doing it for our beloved country, not for personal gains, (despite the personal politicking all aorund us these days).

May the public platform be utilized more and more in the future.