Sunday, July 4, 2010

Cabaran baru sekeluarga bermula.


1.Cabaran baru buat saya sekeluarga bermula pada minggu ini.

2.Saya membuat keputusan untuk mengambil 3 subjek pada semester ini. Perancangan untuk menghabiskan pengajian awal 1 semester. Banyak perancangan yang telah dan sedang dirangka.

3.Ini bermakna, saya hanya akan pulang 2 minggu sekali ka Melaka oleh kerana kelas mengambil masa penuh iaitu sabtu dan ahad.

4.Untuk isteri, beliau perlu untuk hadir ke kelas PhD hampir setiap minggu mengambil masa 1 tahun. Bermaksud beliau perlu memandu sendiri ke Skudai dengan membawa bersama Dhiya Hiswaniza.

5.Saya juga sudah berpesan kepada Dhiya Hiswaniza agar tabah menghadapi kehidupan “struggle” kedua-dua ibu dan ayahnya. Tanpa berkelip dengan sinar cahaya bersinar dikelopak matanya diiringi senyuman tanda memahami pesanan saya.

6.Apa yang ayah dan ibu buat ini adalah untuk masa depan kamu. Harap kamu juga tabah dan kuat melalui semua ini walaupun bukan usia kamu untuk melaluinya.

7.Saya bersetuju untuk isteri berulang-alik ke kelas demi kerjayanya. Namun, tiada pilihan lain sekiranya saya membantah. Saya perlu bersetuju.

8.Isteri pun begitu, tiada ruang untuk beliau membantah dan juga terpaksa bersetuju. Penting untuk saya meghabiskan master secepat mungkin.

9.Jauh disudut hati, kerisauan teramat apabila isteri memandu sendirian ke Skudai sepanjang 240 KM. Saya hanya mempu berdoa agar Allah mempelihara keselamatan isteri dan anak.

10.Semoga Allah memberikan jawapan diakhirnya dan kami memperolehi penamat yang baik. Sebagai orang Islam kita wajib mempercayai Qadha dan Qadar yang Allah tetapkan jauh daripada kotak pemikiran manusia. Perancangan Allah tidak siapa tahu dan Perancangan Allah sangat dan maha hebat.

11.Saya percaya akan hikmah Allah untuk kami lalui semua ini. Saya akan terus berdoa agar Allah menunjukkan jalan dan sesuatu serta memelihara kami sekeluarga daripada segala kesusahan dan bencana.

12.Adalah sesuatu yang tersentuh, apabila saya di Melaka setiap kali selesai bersolat Dhiya Hiswaniza akan menghampiri saya. Lantas, saya mengambil Dhiya untuk duduk bersama.

13.Sesuatu yang tidak diduga Dhiya Hiswaniza juga menadah tangan berdoa agar kami sekluarga dapat tinggal bersama. Anak kecil saya itu mengaminkan doa yang dibaca. Mudah-mudahan ada sinar diakhirnya.

Amin

3 comments:

-SZ- said...

ameen... semoga Allah mudahkan urusan sir sekeluarga & berkati setiap perjalanan hidup sir sekeluarga. terima kasih sir ziarah blog sy lg & masih bg nasihat kat sy, insyaAllah minggu dpn sy convo di sni. Utk pngetahuan sir sy dpt 1st class utk degree ni, hasil tunjuk ajar sir, miss & semua warga pendidik iic. alhamdulillah.. sy doakan kebahagiaan sir sekeluarga wlaupon bersusah skrg, yakinlah dgn Allah yg Maha Penyayang.. insyaAllah ni ujian kecil hidup yg sbenanrnye ada sesuatu yg lebih baik sedang menunggu di hadapan. hehe.. pndai pulak nk berkata-kata. :p ok la sir.. slamat habiskan masters! insyaAllah... kirim slm kat miss zakiah & dhiya..

Mr Campro said...

Saya sekeluarga mengucapkan tahniah diatas kejayaan kamu itu. Kami amat berbangga dan kami sudah menjangka yang kamu akan cemerlang dalam pengajian di bumi UK. Jangkaan kami tepat.

Terima kasih atas doa. Selepas ini boleh la ka bidang perunding motivasi. Sudah ada tanda-tanda.

Selamat bergraduasi dan syabas atas kejayaan kamu.Ini adalah permulaan dan ianya 1 permulaan yang baik.

Anonymous said...

ameen..semoga sir beroleh kejayaan kelak