1. Apabila
kita telah mendaftar haji bermaksud kita sebenarnya telah bersedia untuk
menunaikan haji. Dan apabila mendaftar kita akan diberikan tahun giliran
masing-masing.
2. Yang pasti ramai pasti terkejut dengan tahun giliran dan
dirasakan tidak munasabah. Tetapi itulah realitinya kerana kesedaran menunaikan
haji begitu meluas sehinggakan ada keluarga mendaftarkan anak masing-masing
sejak baby lagi. Alhamdulillah!
3. Dan ada jugak yang tidak langsung ambil tahu dan merasakan tahun
giliran masih lama lagi. Tiba-tiba surat tawaran haji tiba dan giliran tunaikan
haji adalah pada tahun semasa. Sedangkan duit belum cukup dan perlu dipenuhkan
sebulan sebelum tarikh yang ditetapkan. Gagal berbuat demikian maka tawaran
akan terbatal.
4. Sebenarnya, ada beberapa tips awal yang membolehkan serta
memudahkan kita yang sudah mendaftar haji. Ini penting andai tiba-tiba kita
terpilih menunaikan fardhu haji. Antaranya :-
·
Kita perlu menghadiri kursus asas haji (KAH) bersiri (selama
hampir 4 bulan) di masjid terpilih di negeri masing-masing. Selalunya akan
bermula pada bulan nov, dec atau jan. Terpulang kepada negeri masing-masing.
Tabung Haji (TH) akan mengumumkan tarikh bermula kursus di web.
·
KAH ini boleh dihadiri oleh sesiapa pun. Tidak semestinya perlu
mendapat tawaran haji. Ada peserta yang sudah hadir hampir 6 kali hadiri KAH
tanpa gagal walaupun giliran lagi 10 tahun. Lebih banyak kita hadir KAH maka
pemahaman kita lebih baik. Perlu diingat haji ini bersifat teknikal dan kita
perlu jelas dengan setiap persoalan dan tindakan.
·
Disiplinkan diri untuk menabung ke TH setiap bulan. Jumlah itu
perlu 'reasonable' sebab jika giliran lagi 2 tahun kita perlu cukupkan
sekurang-kurangnya RM9,980 (fee ini akan berubah berdasarkan TH)
·
Selalu semak giliran dengan TH. Ada kes dipercepatkan. Saya
pernah terjumpa seorang pakcik yang baru pergi umrah, tiba-tiba bila pulang
dari umrah menerima surat tawaran mengejarkan haji. Suami isteri ini perlu
menolak tawaran disebabkan duit sudah digunakan untuk mengejarkan umrah.
·
Apabila tawaran dikeluarkan dan kita menolak, TH tidak akan
memberikan tawaran secara automatik pada tahun berikutnya. Dan kita perlu
merayu semula.
·
Alamat dan nombor telefon terkini perlu selalu dikemaskini
dengan TH. Ada banyak kes surat tawaran dikembalikan semula ke TH disebabkan
tiada penerima. Apabila kita gagal menjawab tawaran pada masa ditetapkan maka
tawaran akan terbatal.
·
Bagi yang isteri telah mendaftar haji terlebih dahulu. Suami
juga perlu standby. Peraturan kerajaan Arab Saudi menetapkan wanita 45 tahun
dan ke bawah perlu membawa mahram. Rayuan suami mempunyai merit yang tinggi
untuk mengejarkan haji.
·
Semak juga tahun giliran ibu-bapa kita. Jika mereka terlalu tua
atau uzur kemungkinan kita untuk pergi sebagai pengiring juga ada. Apa-pun kita
tetap perlu mengemukakan rayuan.
·
Tawaran
haji akan diberikan kepada yang telah mendaftar tanpa melihat jumlah wang
simpanan. Tawaran adalah berdasarkan kepada tahun giliran bukan jumlah wang
cukup atau pun tidak
Sedikit perkongsian
berkenaan tips awal mengejarkan haji. Semoga Allah memberikan
kesihatan,kemudahan,keselamatan serta kerahmatan untuk kita semua dijemput menjadi
tetamuNYA. Ameen..