Saya panjatkan syukur ke hadrat Illahi dengan takdirnya telah menganugerahkan rezeki tidak terhingga apabila isteri kesayangan telah disahkan mengandung 5 minggu tempoh hari. Sungguh gembira.
Namun disebalik kegembiraan ini timbul beberapa perkara dan tanda tanya?
1.Tinggal berjauhan, saya di Kuala Lumpur beliau di Melaka.
2.Tiada rumah yang tetap di Melaka.
3.Isteri tidak selesa dengan keadaan rumahnya sekarang.
4.Bayi semakin membesar, ketiadaan saya amat menyukarkan beliau. Soal makan-minum, keperluan harian, pemeriksaan doktor dan lain-lain lagi. Itu belum soal mengidam makanan diwaktu tengah malam.
5.Andai kata memiliki rumah, mampukah beliau untuk tinggal seorang diri. Berat untuk saya membenarkannya. Bersabit soal keselamatan.
6. Sekarang pula menjadi trend untuk isteri bekerja di hujung minggu. So,amatlah sukar untuk berjumpa.
7. Kemungkinan besar saya dan isteri akan melanjutkan pelajaran pada bulan june. Hujung minggu hanyalah aktiviti menghadiri kelas.
8.Berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Melaka dan Melaka ke Kuala Lumpur pasti menjadi rutin, kalau selalunya hujung minggu apakah akan menjadi setiap hari?
Sudah tentu, disaat ini isteri memerlukan saya sentiasa disisi. Maka, sudah pasti saya perlu melakukan tanggungjawab itu.
Sekarang saya sedang berkhidmat disalah sebuah agensi MOSTI. Andai kata saya perlu melakukan penghijrahan saya bersedia untuk berbuat demikian dan pulang kembali ke bumi hang tuah untuk bersama-sama isteri di saat-saat getir ini.
Untuk isteri, pelbagai ranjau sudah kita hadapi anggaplah ini sebagai ujian untuk kesenangan di kemudian hari. InsyaAllah apa jua keadaan akan sama-sama kita hadapi. Usaha telah kita lakukan untuk kita tinggal bersama-sama nanti.Kepada Allah jua tempat kita berharap dan tawakal diri.Hanya Allah Maha Mengetahui. Amin Ya Rabbal Alamin.
Wassalam.