Sunday, May 17, 2009

Terima Kasih Cikgu...

Sempena sambutan hari guru ini saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah ke atas guru-guru yang telah mengajar semenjak di Sekolah Rendah Kebangsaan Jelutong Barat (1) (SRKJB) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi (SMAM). Kedua-dua nya terletak di Pulau Pinang.

Guru-guru yang pernah mendidik saya sewaktu di SRKJB ialah :
1. Cikgu Harris Wong -Guru Besar
2. Cikgu Jeya Balan -Penolong Kanan 1
3. Cikgu Anita - Guru Kelas Darjah 1
4. Cikgu Kumaresan - Bahasa Inggeris
5. Cikgu Goon - Bahasa Inggeris
6. Cikgu Wan Lee - Bahasa aInggeris
7. Cikgu Chan - Pendidikan Muzik
8. Cikgu Radzi - Alam & Manusia
9. Cikgu Khorwi - Penolong Kanan 1/Matematik
10.Cikgu Fuziah - Guru Darjah/Bahasa Melayu
11. Ustaz Halim - Pendidikan Agama Islam
12. Ustazah Salina - Pendidikan Agama Islam
13. Ustazah Norlaily -Pendidikan Agama Islam
14. Cikgu Amutha -Matematik
15. Cikgu Toh -Guru Darjah/Bahasa Inggeris
16. Cikgu Chew -Bahasa Inggeris
17. Cikgu Yong -Guru Darjah
18. Cikgu Ravichandran -Bahasa Inggeris
19. Cikgu Sharma -Bahasa Inggeris

Guru-guru yang pernah mendidik saya sewaktu di SMAM ialah :
20. Cikgu Yeoh - Guru Tingkatan/Bahasa Inggeris
21. Cikgu Azhar - Sains
22. Cikgu Rashidah - Pendidikan Seni
23. Cikgu Rahman -Pendidikan Seni
24. Cikgu Abdul Halim -Perdagangan/Ekonomi
25. Cikgu Viknes -Matematik Tambahan
26. Cikgu Saliha -Guru Tingkatan / Sejarah
27. Cikgu Dahlan -Matematik
28. Cikgu Hong -Prinsip Akaun
29. Cikgu Fatimah -Bahasa Melayu
30. Cikgu Kalsom -Bahasa Melayu
31. Ustazah Mahya -Pendidikan Islam
32. Ustazah Wan Nun - Pendidikan Islam
33. Cikgu Khaw -Matematik
34. Cikgu Izhan -Sains
35. Cikgu Ahmad -Sejarah
36. Cikgu Jalil -Penolong Kanan 1/Sains
37. Cikgu Wong -Kemahiran Hidup Manipulatif Tambahan
38. Cikgu Lian -Kemahiran Hidup Manipulatif Tambahan
39. Cikgu Lim -Kemahiran Hidup Manipuatif Tambahan
40. Cikgu Lee Peng - Bahasa Inggeris
41. Cikgu Faridah - Bahasa Inggeris
42. Cikgu Yusop -Bahasa Melayu
43. Cikgu Izemar - Sejarah Peradaban Dunia
44. Ustaz Ruhuzad -Pendidikan Islam
45. Ustaz Rahman -Bahasa Arab
46. Cikgu Ng -Bahasa Inggeris
47. Cikgu Jamilah -Bahasa melayu
48. Cikgu Low -Matematik
49. Cikgu Roslan -Cikgu Bahasa Melayu
50. Cikgu Ooi -Geografi
51. Cikgu Gerald - Sejarah

Jasa kalian sungguh besar dalam mendidik anak bangsa. Anda semua melakukan pengorbanan tidak terhingga hingga saya mempu menjadi insan berguna. Ilmu yang diberikan sungguh bernilai dan berharga.Hanya tuhan yang mampu membalas segalanya.

Terima Kasih Cikgu..

Wassalam

Thursday, May 14, 2009

Kisah tayar bocor daaaa...

1.Semenjak memperolehi lesen memandu 10 tahun lepas semalam 13/5/09 (tarikh bersejarah 40 tahun dulu) jam 7.00 pm di Lebuhraya Mahameru tayar kereta saya bocor. Nak dijadikan cerita saya terpaksa memandu juga kereta sejauh 3 km disebabkan berada di lorong ke-3 dan jumlah kereta sangat banyak. Jadi, tempat yang strategik hanyalah di simpang sebelum menaiki jejambat sentul link betul-betul berdepan dengan signage “Rumah Pengasih”.

2. Lepas itu saya terus bukak bonet dan mencari peralatan untuk membuka tayar. Cari punya cari semua peralatan tu tiada!!. Yang ada hanya “jek”.Saya begitu pelik bin ajaib!!! benda yang selama ini dirasakan ada aleh-aleh tiada. Apa lagi terus hubungi isteri kot-kot tahu al-maklumlah kami kadang-kadang bertukar kereta. Jawapannya “ada kat tempat kaki tu..".Rupanya isteri saya salah faham..beliau ingat spanar buka paip (saja spare-spare dalam kereta spanar tu..heheh in case la katakan)..hahaha..

3. Selepas itu saya teringat seorang sahabat Nik Faisal namanya, sebab 2 minggu lepas kereta saya tak boleh dihidupkan dek kerana bateri yang verumur 2 ½ tahun sudah tidak bernyawa, beliaulah yang membantu membeli dan memasang bateri.Terima Kasih sahabat atas bantuan!!. Tanya beliau ada nampak tak peralatan spanar kat belakang?jawabnya “aku guna kawan punya”.

4. Hari semakin gelap , keputusan perlu segera terpaksa hubungi bekas pelajar saya Aizat namanya dua kali panggilan tak berjawab.Alamaks!Tetiba datang sorang mamat india “apsal abang?boleh saya bantu..saya jawab boleh sangat..tak apa abang kasik set..saya kata sorry macha,,alat tak ada..haiyooo..tak apa..saya panggil saya punya adik..mau ka?jawab saya boleh aja..abang kasik mau tunggu 10 minit sana boleh?..saya kata ON macha!”Tunggu punya tunggu sudah 15 minit tak muncul-muncul... tak boleh jadi ni.

5. Next plan, saya hubungi pula sahabat sebilik dulu Refno, dia kata ok aku datang, “aku di pasar malam gombak nanti aku datang”.Katanya. Tetiba terima panggilan dari bekas pelajar Aizat, explain kat dia”ok sir saya datang”..saya inform.."kawan saya dah on the way..tak pa sir saya mai sir..".terima kasih kat aizat juga sebab selalu bantu saya!!.Tak sia-sia jadi anak murid!.ahaks.Dalam masa tu..isteri call..tanya "apa mcm?ada tak..saya jawab tak ada..takpa-takpa nanti abang call balik.."

6. Dalam 5 minit, datang la sorang mamat india juga saya perasan dia patah balik dengam moto kapchai untuk bantu saya waktu itu. Dengan selamba “abangg..kasik saya bikin...ini kije saya selalu bikin apa..abg kasik sana duduk..”rupa-rupanya mekanik..patut laa. Dok sembang-sembang dengan dia mamat ni nama dia kumar asal Gelugor..rupanya satu negeri tu yang rancak bersembang..dah mcm kedai kopi..”haiyooo abang apsal you tak ada simpan?..bukan tak simpan aku pun tak tahu mana set aku tu lesap”.Settle semua saya tanya “berapa kumar..abg kasik RM 30 laa..haiyoo apsal mahal sangat Kumar..kasik kurang sket la..tak abang ini standard rate punya apa (versi tamil daaa)..saya pun jawab “haiyoo kumar RM 20 boleh?tengah bulan ni..aku pun ada RM 30..lagi RM 10 mau amik baju kedai dobi..dia jawab Ok la abang...saya pun kesian sama abang..ambil ini number apa-apa kasik call ok..saya kata alrite...Set” Thank you Kumar..kalau you takdak mari..saya sini mau tidoq juga la (versi tamil tiba-tiba aja)..dia pun senyum sambil gigi dan kornea matanya yang putih itu sangat terserlah gitu!...maklum laa kena cahaya lampu..heheh..”takpa abang lain kali kita pi minum sama then saya cari set kasik jual abang lagi 2 hari..Wah baik betol siap ajak minum si mamat ni.”On aja aku kahwin sabtu..ahad aja..isnin sampai jumaat petang...bujang.ahaks”!10 minit semuanya siap macam kilat tak sempat kawan saya Refno dan Aizat sampai ..then terus call depa..said " semua settle", Terima Kasih Refno dan ex student Aizat atas concern anda."

7. Then, terus pergi cari kedai waktu itu juga, aleh-aleh itu tauke suruh datang esok pagi..saya hubungi Pn Sri Yanti (Ketua Jabatan), my boss untuk inform kelewatan pagi esok..jawabnya “ok no hal..boleh”.Thanks boss..beliau sangat baik dan memahami..saja tanya dia “boss tengah buat apa tu?”....I tengah bersama...bersambung okkk...
Wassalam

Monday, May 11, 2009

Kusut Masai


1. Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan bawa Datuk Seri Nizar merupakan MB Perak yang sah lagi sahih. Penghakiman menjurus kepada pemecatan MB hanya boleh dibuat melaui sidang dewan DUN saja tidak boleh melalui saluran lain.

2.Disebalik keputusan ini, kebelitan masih terus berlaku.

3.Malam tadi, pelbagai kenyataan yang keluar antaranya apa yang berlaku didalam mahkamah itu adalah perihal mahkamah dan yang didalam dewan adalah sah dan betul. Antara lain, kata peguam BN lagi hal ini hanyalah di Mahkamah Tinggi dan masih lagi boleh dirayu di Mahkamah Rayuan dan semestinya BN akan melakukan itu. Jadi dimana penamatnya? Nampaknya Perak ajan jadi negeri yang turun naik mahkamah.

4.Selain itu soal pelantikkan Speaker yang baru apakah ianya sah?Mahkamah memutuskan DS Nizar MB Perak yang sah. Jadi bagaimana pula kedudukan Dr Zambry yang memanggil sidang DUN dengan hanya status seorang ADUN.?

5.Sekurang-kurang Sivakumar masih lagi ADUN, bagaimana dengan Ganesan beliau bukan ADUN. Jadi?Tambahan pula belum pun mengangkat sumpah.

6.Persidangan DUN 7 mei membatalkan sidang DUN dibawah pokok ketapang. Jadi pula bagaimana dengan status bawah pokok itu?masih sah atau sebaliknya?sekejap sah sekejap batal.Yang pasti sesuatu sidang perlu diwartakan.

7.Jawatankuasa hak telah memutuskan Dr Zambry dan beberapa ADUN Bebas yang lain dilarang memasuki dewan. Namun mahkamah membatalkan arahan pergantungan tersebut. Jadi apakah status yang jelasnya digantung tapi dibatalkan. Dibenarkan masuk tetapi bukan sebagai MB yang sah. Jadi keputusan mana pula yang perlu diikuti ya?

8.Soal pembayaran gaji dan elaun pula, yang patut menerima tidak pula menerima yang tidak patut menerima pula yang menerimanya?

9.DS Nizar pula mengumumkan telah menggantung tugas 3 pegawai Kanan dan SUK. Seperti sedia maklum SUK adalah berstatus PTD yang melapor terus kepada KSN. Jadi bagaimana pula status itu?Apakah Ketua Eksekutif negeri boleh berbuat demikian?Berbeza dengan negeri yang SUK nya adalah berstatus PTN.

10.Bagaimana pula dengan media-media perdana dan orang-orang tertentu yang melabelkan DS Nizar dengan gelaran-gelaran yang panas.Apakah beliau akan menyaman?

11.Apa-apa pun DS Nizar telah menyatakan akan menghadap DYMM Sultan Perak. Maka semua itu berbalik kepada riba DYMM Sultan Perak. Sudah pasti DYMM Sultan Perak akan membuat keputusan yang terbaik untuk kepentingan rakyat baginda. Daulat Tuanku.

12.Selama lebih 100 hari Kerajaan Perak dibawah BN walaupun sebenarnya ianya tidak sah, namun saya merasakan dasar serta polisi yang baik boleh juga diteruskan oleh DS Nizar tanpa menukarkannya.

13. Semoga apa yang berlaku ini menuntut kita sebagai umat melayu islam perlu bersatu tidak kira darjat, golongan, ideologi politik atau apa saja.Kepentingan bangsa seagama perlu diutamakan.

Wassalam

Monday, May 4, 2009

Modernisasi Perkhidmatan Awam

1.Baru-baru ini YAB PM telah melontarkan satu cadangan untuk perkhidmatan awam melalui satu era pembaharuan.

2. Menurut beliau sudah tiba masanya perjawatan perkhidmatan awam dibuka untuk pihak lain seperti pegawai dari GLC dan juga pihak swasta selain perkhidmatan tadbir dan diplomatik. Beliau berpendapat dengan cara ini kedua-dua pihak dapat saling bertukar fikiran serta melihat cara kerja yang berbeza yang pernah diguna pakai.

3. Beliau juga inginkan perkhidmatan awam melihat kepada model pelan pembangunan kerjaya yang diguna pakai umpamanya Petronas dan Bank Negara yang ternyata memberikan satu impak positif dalam menyediakan pegawai-pegawai yang bermutu tinggi.

4. Untuk jawatan-jawatan tertinggi perkhidmatan awam perlu dibuka untuk diisi oleh bakat-bakat dari luar yakni boleh dipinjamkan dari GLC ke perkhidmatan awam dan sebaliknya.

5. Saya melihat ini sebagai satu perkara baru yang bunyinya agak menarik untuk dilaksanakan. Namun timbul beberapa perkara bagaimana ia perlu dilaksanakan. Amatlah mudah untuk diungkapkan, kaedahnya bagaimana?

6. Kalau dilihat daripada satu segi kerajaan perlu melakukan sesuatu yang efektif untuk melakukan perkara baru ini.

7. Umpamanya pakej gaji dan elaun perlu setaraf dengan apa yang diterima oleh pegawai GLC sebelum ini. Soalnya mampukah kerajaan menyediakan gaji dan faedah yang setara?

8.Budaya kerja juga antara faktor. Kalau di GLC tidak banyak birokrasinya bagaimana pula dengan perkhidmatan awam. Soal “work speeding” antara kedua-dua belah pihak.

9.Cara pengambilan dan pemilihan pegawai GLC mahupun swasta untuk diisi juga perlu difikirkan. Apakah perlunya satu model baru khusus umpamanya “management center” untuk menilai calon dan kriteria yang bersesuaian. Bagaimana pula dengan GLC. Calon sepertimana yang layak untuk diutarakan.

10.Kerajaan juga perlu sedar bahawa selalunya dibidang perkhidmatan awam ini lebih terurus kepada “service-oriented”, namun GLC atau swasta ianya lebih kepada “profit-oriented”. Maka ia memerlukan pegawai yang tangkas dan mampu membuat keputusan dengan cepat dan berkesan.

11.Pada dasarnya saya bersetuju dengan pembaharuan ini. Saya percaya kerana perlu ada satu "knowledge and experience transfer" diantara kedua-dua sektor ini. Ia dapat memberikan pendedahan dari segi cara perjalanan sesebuah organisasi yang merangkumi kaedah penggubalan polisi dan pembangunan sesuah organisasi.

12.Akan tetapi hal ini perlu dilakukan dengan pendekatan berhati-hati dan teliti dan bukan hanya untuk memperolehi populariti dengan pengumuman pendekatan atau cadangan. Ia memerlukan kajian dan fokus yang mendalam.

13. Kita jangan dilihat gah untuk melakukan sesuatu seharusnya kita perlu gagah dalam melakukan sesuatu.



Wassalam