Thursday, January 21, 2010

Maklum Balas PTPTN


Saya mengucapkan jutaan terima kasih dengan tindakan serta-merta daripada :-

1. Senator Dato' T Murugiah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta kakitangan Pejabat Timbalan Menteri
2. Dato' Dr Tam Weng Wah, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam
3. En Yunos bin Abd Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN
3. En Aziz bin Ismail, Pengarah Bahagian Pengurusan Aduan & Program Bersama Pelanggan
4. En Mohd Asri b Mohamed, Ketua Penolong Pengarah (Aduan) 4
5. En Azleen, Pegawai Khas Menteri Pengajian Tinggi

Berikut saya paparkan jawapan daripada Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN:-

YB. Dato’/Tuan/Puan,

Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu PTPTN mengucapkan terima kasih di atas pandangan yang diberikan berkaitan PTPTN.

Berdasarkan kepada penjelasan/pandangan yang diberikan oleh pengadu, disertakan jawapan bagi isu-isu yang dibangkitkan untuk makluman bersama. Penangguhan bayaran balik bagi program Diploma, Ijazah kerana menyambung pengajian separuh masa Sarjana

Keputusan peminjam untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana adalah usaha yang baik. Walau bagaimana pun PTPTN tidak membenarkan penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang sudah mempunyai pendapatan dan berkemampuan untuk berbuat demikian. Tahap kemampuan yang dimaksudkan disini tidak mengambil kira tanggungan-tanggungan seperti petrol, tol, penyelengaraan kenderaan dan bebanan hidup dikota kerana bayaran balik pinjaman PTPTN sepatutnya sudah diambil kira oleh pengadu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai urusan-urusan kehidupan yang lain. Pengurangan bayaran balik daripada RM450 kepada RM100 (Pengurangan melebihi 75%) tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana ianya melibatkan aliran tunai PTPTN dan implikasinya adalah begitu ketara sekiranya melibatkan peminjam yang ramai. Masalah ini telah pun beberapa kali dipaparkan didada akhbar.

PTPTN sentiasa meletakkan polisi yang selari dengan kehendak dan inspirasi kerajaan kerana penubuhan PTPTN ini adalah untuk rakyat. Rakyat yang dimaksudkan disini ialah rakyat semasa dan juga rakyat YANG AKAN DATANG. Dari itu kegagalan peminjam semasa mematuhi tanggung jawabnya pada ketika ini akan memberikan kesan pada generasi akan datang. Dari itu, sudah sampai masa peminjam pula menjalankan tanggungjawab socialnya mengembalikan setiap ringgit yang dipinjam kerana rakyat yang lain juga memerlukannya.

Didalam keghairahan kita memperbaiki taraf hidup, kita perlu memastikan bahawa tindakan kita itu tidak menyekat orang lain menikmati kemudahan yang sama dimasa akan datang yang masih belum mempunyai ijazah mahu pun diploma.

Terima kasih.

Ketua Eksekutif
PTPTN
21 Januari 2010


Komen daripada saya:

1.Jawapan daripada pihak CEO PTPTN berkenaan tahap kemampuan yang tidak mengambil kira perbelanjaan harian ini disifatkan tidak mengambil kira kepentingan rakyat. Apakah rakyat perlu berbasikal atau berlari atau berjalan kaki ke tempat kerja demi untuk memastikan pembayaran pinjaman PTPTN mengikut jadual asalnya. Saya sudah pasti beralih menggunakan kemudahan awam seperti bas dan LRT sekiranya ianya efisiyen namun tidak memudahkan saya. Yang ada pun 7 KM jauhnya. Tidak termasuk perbelanjaan parking setiap hari di stesen LRT. Ianya lebih membebankan.

2.Apakah pelajar sewaktu menandatangani perjanjian PTPTN termasuk melihat jumlah pembayaran selepas tamat mampu untuk mencongak masa depannya 5 atau 10 tahun akan datang. Persoalan:-

3.Apakah mereka boleh melihat masa depan?Apakah mereka boleh meramalkan keadaan ekonomi semasa Malaysia dan dunia?Apakah mereka cukup matang dalam membuat penilaian serta pemahaman 100% ketika perjanjian ditandatangani?. Sepanjang ingatan saya, tidak ada pegawai PTPTN yang menerangkan akan implikasi ini sewaktu sesi penerangan. Sebaliknya, hanya datang menerangkan cara mengisi borang serta tarikh kemasukkan duit. Dan tidak ada menerangkan dengan teliti berkenaan caj perkhidmatan 3%

4.Sebab itu, sewaktu membuat keputusan untuk menyambung pengajian sarjana, saya tidak langsung memikirkan untuk mengambil wang pinjaman PTPTN. Kita sudah boleh membuat timbang tara yang matang akan kesan dan implikasinya.

5.Oleh kerana, kita sebagai orang islam yang bertanggungjawab saya tidak lari daripada tanggugjawab untuk membuat pembayaran. Saya boleh untuk tidak bayar serta tidak memaklumkan penukaran alamat sebaliknya sebagai sentiasa ingat. Hatta, ketika tidur sambil tangan di dahi mencari jalan dan kaedah untuk melangsaikan hutang ini.

6.Saya tidak begitu ghairah memperbaiki taraf hidup. Sebaliknya, menyahut saranan pihak kerajaan dalam meningkatkan nilai tambah diri serta peningkatan modal insan. Terbukti saya tidak menyekat peluang orang lain dengan membuat pembayaran setiap bulan tanpa gagal.


7. Saya berpendapat kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib sedang meresapi ke arah jiwa dan hati rakyat. Harapan kepada beliau amat tinggi. Harap nasib peminjam PTPTN mendapat pembelaan sebaiknya.


Wassalam

6 comments:

Zaki Esqandar said...
This comment has been removed by the author.
Adib Anas said...

Good. Such a good point. He talked very rude. Keep on complaining YB...

Zaki Esqandar said...

Repost ya..;)

Salam tuan,

jawapan CEO PTPTN amat klise dan basi. Maaf utk mengatakan begitu tapi itulah jwpn yg standard sejak dulu, untuk selamat tanpa menyelami dan memahami secara empati nasib golongan bawahan. Jangan hanya pandai menuding jari dan melakukan momokan dalam akhbar sekiranya apa yg dinyatakan adlh jawapan fotostat atau copy-paste-edit skit2.

Turun ke akar umbi, berpijak di bumi nyata, duduk sembangd gn rakyat jelata dan fahami nasib dan kenapa aduan serta "ngauman" ini sering dikeluh kesahkan...

Tuan Hiswadi, tahniah dan mari kita teruskan usaha murni memperjuang demi keadilan dan kebaikan rakyat jelata...

mujahidah said...

Bro hiswadi, i'm proud of u. mungkin usaha ini nampak kecil tapi implikasinya sangat besar, sham akui PTPTN adalah antara sebab kenapa mahasiswa cenderung kepada pembangkang. Sham juga hairan dengan jawapn bersahaja dari CEO PTPTN tersebut, dan nampkanya PM kita kena fikir semula apakah CEO ini mampu merealisasikan gagasan 1Malaysia yang PM perkenalkan.

Teringat sham kisah pd khalifah Umar Al-Khattab yang berikut ;

Pernah dalam suatu ketika, beliau berjalan malam bersama khadamnya. Beliau melewati sebuah rumah yang masih lagi bercahaya dan riuh rendah suaranya. Sedang rumah lain telah gelap menandakan semua pelita telah ditutup dan ahlinya telah tidur. Didekatilah rumah terbabit dan kelihatan seorang ibu yang sedang memasak dan anak-anak kecil yang sedang bermain. Terdengar suara anaknya yang bertanya, "Ibu, kami lapar. Bilakah masakan ibu nak siap?". Ibunya menjawab, "sekejap lagi nak. Mainlah dulu". Kanak-kanak itu pun bermain-main sehingga tertidurlah mereka. Umar hairan melihat ibu itu. Kemudian, Umar mengetuk pintu. Tanpa memperkenalkan diri, ditanya ibu tadi, "kenapakah engkau tidak memberi makanan kepada anak-anakmu sedangkan mereka lapar?". Maka dijawab ibu tadi, "tuan, aku terpaksa berolok-olok memasak sesuatu untuk membuatkan mereka tertunggu-tunggu dan tertidur kerana penat menunggu. Aku hanya memasukkan beberapa ketul batu dalam periuk itu. Kemudian bertanya Umar, "tidakkah ada sesiapa yang datang membantu mu?" Maka berkata ibu tadi, "tidak ada, bahkan khalifahpun tidak ambil peduli!". Bercucuran air mata Umar mendengar kata-kata sedih ibu itu. Tamparan hebat kepada dirinya sebagai pemerintah.

Maka diarah khadamnya membawanya ke perbendaharaan negara dan dikeluarkan seguni gandum. Khadam tadi ingin mengangkat guni tersebut tetapi disekat. Lalu berkata Umar, "inilah tanggungjawabku, amanahku, biarlah aku memikulnya". Guni dipikul dan kemudiannya dibawa ke rumah ibu yang malang itu. Kemudian diminta izin daripada ibu itu untuk masuk ke dapur. Umar mengambil peniup dan dihidupkan api dan dimarakkan. Khadamnya berkata "aku lihat janggut beliau dipenuhi denagan debu dan habuk tempat memasak". Kemudian dibakar gamdum yang telah diuli dan menjadilah roti. Apabila terkejut anak-anak dari tidur, makanlah mereka dengan girangnya. Berkatalah ibu tadi "Sungguh baik pekerti dan budi tuan, kalaulah khalifah seperti tuan!". Bercucuranlah airmata Umar lantaran suara ibu itu benar-benar menusuk kalbunya.

Keep moving bro!
Moga ada tindakan sewajarnya yang menyusul.

Zaki Esqandar said...

salam...mujahidah,

harap beri izin copy paste kisah khalifah utk tujuan sharing and remembering..

terima kasih.

Anonymous said...

benar apa yang diperkatakan oleh saudara.saya antara peminjam yang sentiasa beringat untuk membayar kembali pinjaman dari PTPTN.Hampir setahun saya membayar setiap bulan dengan kadar minimum RM200,tetapi saya kecewa apabila menyemak baki pinjaman masih tidak berkurangan,malah makin bertambah kerana caj kos pentadbiran untuk akaun ke2.Bilakah agaknya kemelut permasalahan serta keluhan peminjam ini akan menemui penyelesaiannya??