Sunday, January 16, 2011

Politik memerlukan talian silaturahim?



1.Di Malaysia banyak ahli politik yang mempunyai pertalian.

2.Di kem UMNO dahulunya adalah Pak Lah – KJ.

3.Sekarang juga masih ada Tun Mahathir – Mukhriz. Tapi kurang sedikit kontroversi oleh kerana ayahanda Datuk Mukhriz sudah bersara daripada pimpinan. Tapi Tun Mahathir masih aktif sedikit sebanyak tempias dapat juga pada Datuk Mukhriz.

4.Era kepimpinan Pak Lah hebat. Menantu dapat jawatan kedua tertinggi dalam pimpinan pemuda tanpa pertandingan. Ada pejabat sendiri di tingkat 4 putrajaya. Menantu juga dicalonkan sebagai Ahli Parlimen.Hebat kan?

5.Didalam DAP, Karpal Singh- Gobind Singh-Jagdeep Singh. Kesemua anak beranak ini Peguam-Peguam yang hebat belaka. Ada yang Ahli Parlimen ada yang Adun. Selain itu, Lim Kit Siang-Lin Guan Eng. Tapi ini ada lebih sedikit menantu pun terlibat Betty Chew kalau tak salah. Hebat kan?

6.Didalam PKR pula, Anwar-Azizah-Nurul Izzah. Ketiga-tiga mereka Ahli Parlimen. Memegang antara jawatan tertinggi dalam parti. Hebat kan?

7.Didalam PAS, Tuan Guru Nik Aziz – Ariffahmi. Menantu Tuan Guru ini tidak ada didalam politik sebaliknya hanya mengetuai salah sebuah syarikat dibawah Kerajaan Kelantan. Parti Pas antara parti yang tidak mencalonkan isteri, anak, menantu sebagai Ahli Parlimen. Sebuah parti yang masih dilihat bersih. Yang lain itu, faham-faham!.

8.Sebelum terlupa, kembar DAP iaitu PAP juga mengamalkan ‘sistem yang sama’. Lee Kuan Yew-Lee Hsien Loong. Menteri mentor dan Perdana Menteri Singapura.

9.Setakat ini saja la senarai yang ada dalam kepala. Kalau ada senarai lain pembaca boleh tambahkan sendiri.

10.Persoalannya, adakah politik memerlukan talian silaturahim untuk lebih mudah mendaki?

11.Yang mempunyai pertalian mungkin mudah mendaki. Yang tiada apa-apa tali, mungkin juga mudah naik kalau memiliki kekayaan. Yang tiada tali atau duit, mungkin kena usaha lebih kuat lagi.

12.Kepada yang sedang mengintai untuk menjadi calon PRU 13, pastikan anda mempunyai pertalian rasmi bukan tali rafia.Haha.

Wassalam

1 comment:

Anonymous said...

Pertalian rasmi tak semestinya menjadikan seseorang ahli politik yg mudah mendaki...tapi mudah menjadi bahan kontroversi dan serangan politik basi.
Kenapa anak + menantu + isteri org kuat politik jd ahli politik?
1. Sbb mereka mewarisi minat dan bakat (anak = dr kecik terdedah dgn politik... takkan takde sorang pun yg berbakat kot)
2. Sbb mereka penyokong paling kuat di blkg ahli politik. Sentiasa ada bersama ahli pltk ketika ssh dan sng, sama2 berjuang (isteri, anak atau menantu = penyokong parti dpt melihat kredibiliti mrk di dlm parti jk mrk aktif)
- lagipun... ramai je ahli politik hebat yg anak dan keluarganya bkn ahli pltk...