Thursday, January 6, 2011

Udara Pilihanraya




1.Tajuk posting untuk tahun 2011 dimulakan dengan petunjuk atau petanda apakah kemungkinan akan berlaku PRU 13 diawal tahun 2011. Ada yang mengatakan ianya akan berlaku selepas tahun baru cina yakni Mac 2011.

2.Zaman Tun Dr Mahathir, apabila wartawan bertanya Dr Mahathir apakah akan berlaku PRU beliau seraya menjawab “tiada ilham”. Zaman Pak Lah jawapannya selalu “belum fikir”. Zaman PM Najib pula “ianya merupakan hari penentuan untuk BN”.

3.Untuk PM Najib ini, daripada gerak-gerinya selaku rakyat Malaysia dapat dirasakan bahang makin terasa. Ini kerana, media sentiasa melaporkan kedudukan baik pasaran saham mencecah ke paras 1500 ke atas.

4.Selain itu, beberapa rombakan pimpinan UMNO juga berlaku dibeberapa negeri sudah pasti stategi perlu dilaksanakan terutama di negeri-negeri pembangkang umpamanya Pulau Pinang dan Kedah.

5.Beberapa parti politik tidak kira komponen BN atau pembangkang masing-masing menangguhkan pemilihan parti masing-masing. Bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan sesama mereka sebelum melalui ranjau berduri di PRU. Untuk tidak menggalakan perpecahan sesama sendiri.

6.Pilihanraya di Sarawak juga tidak kedengaran walaupun Ketua Menteri telah mempuyai ilham.Apakah akan dilakukan serentak dengan semenanjung?.

7.Ada juga pemimpin hatta Ahli Parilmen mengumumkan tidak mahu mempertahankan jawatan. Tidak tahu apa niat sebenar kenapa ianya diumumkan sebegitu awal jika PRU bukan pada tahun ini.

8.Pembaharuan beberapa pimpinan komponen BN seperti MCA, MIC juga merupakan petanda jelas untuk memungkinkan PRU.

9.Konvensyen BN dan PKR juga sudah diadakan untuk menaikan semangat sesama mereka serta menjawab beberapa persoalan dikalangan pimpinan mereka sendiri.

10.Hasilnya konvensyen PKR mengeluarkan manifesto 100 hari pemerintahan. Kesannya BN juga terpaksa menjawab dan merungkai persoalan itu 1 demi 1.

11.PM Najib juga sedang aktif berkomunikasi dengan rakan-rakan online untuk mendapatkan pendapat umum juga merupakan petanda.

12.Suasana ekonomi yang “baik”seperti diwar-warkan juga menampakkan ianya petanda. Dengan kewujudan program GTP, ETP, liberalisasi ekonomi juga menyumbang.

13.Perjumpaan kesemua Ahli Parlimen BN juga akan diadakan pada masa terdekat.

14.Apa pun, BN atau PR masing-masing ingin mempertahankan kuasa. BN bimbang akan kehilangan Putrajaya, PR bimbang akan kehilangan negeri. Kedua-dua parti politik ini ternyata gusar memikirkan nasib mereka.

15.PRU 13 ini merupakan satu petanda apakah sistem politik di Malaysia akan berubah dan bagaimanakah bentuknya. Adakah BN akan terus mengamalkan konsep berkongsi kuasa?apakah akan wujud konsep hanya dua parti?atau perlembangaan diubah untuk pembentukan sistem baru.

16.Sebagai rakyat, pilihan ditangan kita. BN atau PR akan berusaha sebaik mungkin dalam mengambil hati rakyat. Kedua-duanya bersaing untuk meraih populariti. Sama-sama kita nantikan pengumuman PM bilakah PRU ini akan berlaku.

Wassalam


1 comment:

Encik Din said...

Mr Campro,
Kalau BN menang dgn 2/3, tak tahulah aku apa nak jadi pada negara ni. Itu menunjukkan mentaliti rakyat yang masih tak peduli dengan apa yang terjadi di Malaysia ni.

Bagi aku, kalau BN menang pun tapi PR dapat tambah kerusi Parlimen, itu sudah cukup baik. Bagi tekanan pada BN untuk perform. Jangan duk tidur dalam Parlimen saja! Biar dia tau yang dia mesti perbaiki ekonomi Malaysia. BUkan setakat naikkan harga gula,minyak lepas tu rakyat tak rasa pape pun perubahan.