Monday, June 27, 2011

Janji manismu, pengalaman dan tips di Mahkamah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).




1.Pengalaman menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tribunal merupakan 1 pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Merasakan kami telah ditipu oleh seorang Kontraktor yang kononya hebat dan berdaftar dengan Kementerian Perumahan membuatkan Tribunal menjadi wadah dalam mempertahankan hak sebagai pengguna di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

2.Kisah bermula apabila saya mengesan beliau memasang penghawa dingin terpakai dirumah baru kami. Sebaik menyedari hal ini saya membuat ‘cross –check’ terhadap semua hasil kerja beliau. Selesai mengumpul bukti saya berhadapan dengan beliau. Makanya pelbagai alasan comot diberikan sehingga menampakkan dirinya seperti seorang yang berkelulusan tadika.

3.Perkhidmatan diberikan saling tidak tumpah seperti tikus membaiki labu. Dipasangnya tinted cermin, namun seperti melekat kertas menggunakan gam. Melakukan kerja kimpalan di dalam rumah sehingga merosakan seramik. Mengecat warna kegemaran beliau bukan warna permintaan kami. Menipu cat kononnnya mempunyai ketahanan ‘weathershieled’ tetapi cat kapur yang diberusnya hanya bernilai RM 30 setin. Mencomotkan lantai seperti budak baru belajar mengecat. Membuat keputusan sendiri seolah-olah rumah kami milik beliau.

4.Selepas mengambil bayaran dan kami membayar berdasarkan kepada tahap kepuasan kerja yang amat minimal, beliau berjanji untuk datang semula bagi membetulkan kembali seramik yang dirosakkan. Sebagai seorang Islam saya bersangka baik. Namun, lepas 2 minggu hilang tanpa sebarang berita. Sebanyak 20 panggilan saya tidak dijawab, 10 sms tanpa balasan.Beliau terus menghilangkan diri. Alasannya telefon hilang!

5.Ternyata beliau melalui jalan yang amat bengkok sekali. Disangkanya lurus dan tenang akhirnya berduri. Sungguh silap, berjumpa pengguna seperti kami apabila kami memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau.

6.Selepas meneliti Akta Perlindungan Pengguna 1999 serta membaca dengan teliti fungsi dan perjalanan TTPM, isteri memfailkan tuntutan di TTPM Melaka. Setelah mendapat pengesahan pihak TTPM, borang tuntutan perlu di pos menggunakan surat berdaftar. Apa yang dijangka tepat apabila surat itu dikembalikan oleh Posmen atas sebab gagal diserahkan.

7.Demi mempertahankan hak, saya mengambil keputusan untuk membuat serahan tangan. Abang Zam (bukan nama sebenar), jiran sebelah rumah yang amat prihatin serta amat membantu juga seorang anggota penguatkuasa memudahkan kerja kami apabila beliau menemani saya mencari Kontraktor itu sehingga ke lubang cacing. Akhirnya, rumah beliau ditemui. Perasaan yang dipendam selama 2 bulan dapat dimuntahkan dengan jayanya dihadapan beliau sehingga Kontraktor yang ‘hebat’ itu mengalirkan air mata jantannya. Saya juga berterus terang secara baik, keputusan ini diambil bukan untuk menghukum tetapi untuk mendidik beliau supaya lebih bertanggungjawab dan beramanah selepas ini dalam melakukan kerja dan tidak lagi menjadikan penipuan sebagai hobi utama! Lebih-lebih lagi melibatkan ribuan ringgit duit orang.

8.Peluang keemasan ini digunakan saya sebaik mungkin. Janji manisnya ibarat menanam tebu di tepi bibir dirungkai dan dibentangkan supaya beliau ingat kembali akan janji yang dibuat oleh lidahnya yang tidak bertulang itu. Beliau berkali-kali memohon maaf atas alasan isterinya sakit hendak bersalin namun sudah terlambat. Saya langsung tidak mempercayai kata manis beliau lagi oleh kerana hampir 2 kali beliau memberikan alasan yang sama, sehingga ke hari ini isterinya tetap tidak juga bersalin.

9.Akhirnya, tarikh pendengaran tiba pada 24 Jun 2011. Beliau gagal hadir dan memberikan alasan isterinya sekali lagi dimasukkan ke kamar bersalin. Prosedur di TTPM, perbicaraan tetap akan diteruskan tanpa kehadiran penentang dan Presiden TTPM akan memberikan keputusan. Sungguh mahal pengalaman disini. Antara kes-kes yang boleh dikongsi.

a.Kes 1 – Melibatkan sebuah IPTS. Kes tidak dapatkan diteruskan oleh kerana surat gagal diserahkan oleh Penuntut kepada Penentang. Penuntut menjelaskan surat diletakkan di Peti Surat namun tiada bukti diserahkan terus kepada Penentang. Presiden mengarahkan Penuntut supaya mencari alamat terkini di SSM. Presiden mengeluarkan kenyataan “surat perlu diserahkan kepada orang bukan kepada bangunan”. Kes ditangguhkan.

b.Kes 2 – Berkenaan produk pelangsingan badan. Penuntut memfailkan tuntutan oleh kerana produk yang digunakan tidak memberikan kesan kepada beliau. Penuntut memohon sejumlah wang daripada Penentang. Presiden mengeluarkan kenyataan “Kalau saya bagi keputusan semuanya hanya sebelah pengguna, makanya peniaga akan tutup kedai. Saya mesti adil kepada kedua-dua pihak”. Oleh itu, Presiden mengarahkan Penentang menggantikan produk lain kepada Penuntut.

c.Kes 3 – Peniaga cuba menipu pengguna. Penuntut memfailkan tuntutan setelah memasukkan sejumlah wang ke akaun Penentang namun berkeras mengatakan duit tidak diterima. Penentang gagal hadir. Kes menyebelahi Penuntut kerana berjaya menyakinkan Presiden dengan menunjukkan slip Bank. Presiden mengarahkan Penentang membayar wang kembali kepada Penuntut.

d.Kes 4 – Hal – ehwal penjualan kereta. Penuntut hadir sebatang kara tanpa sebarang bukti dan dokumen. Hanya membentangkan tuntutan yang diinginkan. Presiden mengarahkan beliau untuk mengumpulkan bukti dan dokumen sebelum memfailkan tuntutan.

e.Kes 5 – Melibatkan perjanjian dengan sebuah agensi pelancongan. Penuntut memfailkan kes kerana tidak puas hati dengan perjanjian yang diberikan oleh Penentang dan dikatakan berat sebelah. Dipendekkan cerita, Presiden menyebelahi Penentang oleh kerana Penuntut menandatangani helaian perjanjian yang diberikan oleh Penentang sebelum itu. Disini, Penuntut berkeras kerana tidak puas hati dengan perjanjian itu. Penuntut sekali lagi berkeras mengatakan mereka tidak membaca kandungan dengan teliti dan memahaminya. Presiden menjelaskan Penuntut perlu bertanggungjawab dan apabila tandatangan diturunkan bermakna Penuntut menerima dan bersetuju segala perkara yang terkandung. Sekiranya merasakan diri tertipu perkara sebegini hendaklah diadukan kepada polis jenayah komersil. Disini, saya menasihatkan kepada pembaca sekalian supaya sentiasa berhati-hati dan meneliti sebelum menandatangani apa-apa surat atau dokumen.

f.Kes 6 – Adalah kes kami sendiri. Dipermulaan, kes kami hampir terbatal oleh kerana ianya melibatkan kerosakan. Syukur, isteri seorang pendebat pencen mampu ‘twist’ kes kepada perkhidmatan. Jadi, kes kami ini boleh diteruskan untuk dibicarakan. Alhamdulillah, sebelum itu saya telah membuat beberapa persediaan dokumen dengan lengkap. Soalan diajukan bertalu-talu dengan gaya ‘provokasi’, namun setiap soalan mampu dijawab oleh isteri dengan tajam sekali. Hingga tiada ruang oleh Presiden untuk membuang kes ini. Akhirnya, Presiden mengeluarkan award dengan mengarahkan Penentang membayar ganti rugi. Walaupun, jumlah yang diluluskan adalah 40% lebih rendah daripada yang dituntut, kami tetap bersyukur. Audien mengucapkan tahniah dan kebolehan isteri untuk mematahkan hujah Presiden. Ia 1 pengalaman amat berharga!

10.Seterusnya, sabtu lepas saya sekali lagi membuat lawatan tidak rasmi ke rumah Kontraktor kami itu. Saya menyampaikan perintah mahkamah secara tangan dan perlu ditandatangani oleh beliau sebagai akuan terima. Beliau perlu menjelaskan bayaran yang diperintahkan dalam masa 14 hari bekerja daripada tarikh serahan. Sekiranya beliau gagal, kes boleh dibawa ke Mahkamah Majistret dengan denda tidak melebihi RM 5000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun dengan mengemukakan aduan kepada Pengarah KPDNKK negeri masing-masing.

11.Untuk maklumat, pihak Penentang boleh mempertikaikan award dengan memfailkan pertikaian dalam tempoh 30 hari selepas menerima award. Dalam tempoh sekarang, kami sedang menanti tindakan beliau yang akan berakhir pada 16 Julai 2011.

12.Antara tips yang boleh diberikan apabila melakukan urusniaga bernilai tinggi:

a.Menyimpan segala dokuman berkaitan resit, sebut harga, salinan perjanjian dsb.
b.Merekod tariikh-tarikh penting semasa melakukan transaksi.
c.Berkesan sekiranya mempunyai ‘perakam suara’.
d.Menyimpan no kad pengenalan serta alamat terkini individu tersebut.
e.Mengambil identiti perlu rakan kongsi individu tersebut.
f.Meneliti maklumat individu tersebut dengan membuat rujukan dengan pihak perlu.
g.Memahami bahasa badan serta tidak mudah terpedaya dengan kata-kata.
h.Membawa saksi sekiranya perlu.

13.Antara tips persediaan sebelum menghadiri perbicaraan TTPM :

a.Kes tidak melebihi tempoh 3 tahun.
b.Jumlah yang dituntut tidak melebihi RM25000.
c.Memastikan surat sampai kepada Penentang.
d.Menyediakan dokumen selengkapnya.
e.Menyediakan gambar bermutu tinggi untuk memudahkan visual Presiden TTPM,
f.Kebolehan menjawab soalan. Sekiranya tidak yakin anda boleh membawa saksi bersama.
g.Melakukan jumlah taksiran mengikut nilai pasaran bukan sekadar anggapan.
h.Yakin dengan kata-kata di hadapan Presiden TTPM.
i.Sentiasa tenang dan tidak gugup.
j.Mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan berkenaan Akta Perlindungan Penggguna 1999.

14.Itulah sedikit sebanyak tips yang mampu saya simpulkan berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui. Di Malaysia, masyarakat kita amat kurang kesedaran berkenaan dengan ilmu kepenggunaan. Begitu senang sekali peniaga mengambil kesempatan dengan menipu pengguna sama ada sedar atau tidak. Hakikatnya, pengguna di lindungi oleh Akta perlu dipertahankan dan digunakan.

15.Melalui pengalaman sekecil ini juga, peranan TTPM mungkin boleh diperbaiki bagi memudahkan pengguna untuk memfailkan tuntutan serta memastikan pengguna bersedia secukupnya sebelum menghadiri perbicaraan. Ini kerana, pengguna bukan seorang yang arif di dalam aspek perundangan. Syarikat atau penentang, mungkin boleh diwakili oleh orang yang arif di dalam perundangan.

16.Akhir kalam, apa yang disampaikan disini adalah untuk berkongsi dengan semua pembaca.Ianya juga adalah berdasarkan kefahaman saya. Bukan tujuan untuk mengenakan atau mengaibkan mana-mana pihak. Niat dihati adalah untuk menyampaikan kepada semua sebagai pengguna kita perlu berhati-hati sebelum melakukan sebarang urusniaga lebih-lebih lagi yang melibatkan ribuan ringgit. Keringat tenaga tulang empat kerat bukan untuk di bayar kepada si penipu!

17.Ayuh mantapkan ilmu kepenggunaan. Semoga Allah menyelamatkan kita daripada menipu dan melakukan penipuan!



31 comments:

Encik Din said...

nanti kalau aku kena kes macam ni aku refer kat hang la wadi..

Anonymous said...

Encik, assalamualaikum... Sy br sj failkan kes ke tribunal..ceritanya begini..sy beli sofa harga rm2800. Jahitan pd sofa tu, terputus dan blaku koyakan kecik wlpun br beberapa hari guna. Tukar sofa lain.. Kemudian sofa yg br itu jugak tputus benangnya. Saya failkan tuntutan supaya wang saya d kembalikan kesemuanya dan sofa itu d pulangkan. Pada hemat encik, sy ada harapan menang x?

Anonymous said...

Salam.
Pada perbicaraan baru ni saya sebagai penuntut telah diawardkan oleh presiden supaya penentang membayar semula wang saya 2/3 daripada jumlah yang saya bayar kepada penentang/penipu.
Setelah difikirkan,saya masih tidak puas hati kerana 1/3 drp wang saya itu berjumlah sebanyak 5 ribu...
Apa saya perlu lakukan untuk mendapatkan semula wang saya 100%.
Mohon siapa2 yang tahu tolong jelaskan....terima kasih.

-PEMBELI MALANG-

Hiswadi Anuar said...

Waalaikumussalam Anonymous 1.09 PM & Pembeli Malang,

Maaf mengambil masa yang lama utk menjawab. Sy percaya kes tersebut telah didengar. Cuma sedikit nasehat, segala bukti & dokumen berkaitan pembelian perlu disimpan jika boleh. Untuk menang, ia bergantung kepada bukti serta cara kita mempertahankan kes.Saya quote kata-kata Presiden TTPM terhadap 1 kes "saya tidak boleh 100% menyebelahi pengguna, kalau tidak kedai akan ditutup".

Bagi saya, setiap kes pasti diteliti oleh Presiden sebelum mengeluarkan Award. Apabila kes sudah dibawa dan diperdengar, kita perlu 'reserve' tidak semua apa yang kita tuntut akan diperoleh secara keseluruhan.Apa pun tahniah kerna memenangi.

z said...

Salam. Saya nk tya tentang kes deposit rumah yang masih ada pada landlord saya. Amount rm2500 tapi dia berkata cost untuk repair mungkin akan lebih. Sedangkan yg rosak adalah sink dapur dan dinding bilik agak comot. Adakah saya blh membwa kes ini kepada mahkamah pengguna? Tq

Hiswadi Anuar said...

W'salam Tuan,

Mengikut pemahaman saya, kes tuan atas kapasiti penyewa dan pemilik. TTPM adalah kepada penjual dan pengguna.

Untuk memudahkan Tuan, sila rujuk web ini untuk lebih kefahaman.

http://ttpm.kpdnkk.gov.my/portal/index.php/my/tuntutan/jenis-jenis-tuntutan

Anonymous said...

Salam, bolehkah saya membuat tntutan pemulangan wang yang diberikan kepada individu yang mnjanjikan pulangan keuntungan ke atas modal saya? Baru2 ini beliau ada memberikan cek syarikat diatas modal dan keuntungan ttapi cek trsebut adalah cek tendang.adakah saya boleh mmbuat tuntutan pemulangan wang melalui tribunal pengguna?


Anonymous said...

As salam,baru2 ni saya ada beli perabot malalui jualan hujung tahun.urusniaga berlaku selepas tamat promosi jualan tersebut.tlh contact person tsbt dan byrn tlh buat dlm akaun ind sbg dep brg.dijanjikn akn beri resit tp xberi.ktnya brg akn smpi 1mgu.tiba ms brg x smpi n dia minta buat byrn penuh baru blh hntr brg.sy tersepit lalu trs buat byrn.now rs tertipu bile org tersbt hilgkan diri.mcmn nak dptkn alamat terkini n agak2 blh bw ke tribunal ke?resit byrn ada smpn.tq

Unknown said...

Sye telah ditipu oleh agen elken.. agen elken tlah mnggunakn nme saya tok buat loan aeon krn sblom nih sye nyatakn ingin cncel brg tersebot tpi agen tersebut tlah tipu sye shingge lah sye digesa tok buat pembyaran... report polis sye da anta ke pjabat aeon dan elken tpi tiade respon..sudah 3 bln tiade ape brita..sye ade bukti whatapp dgn agen tersebut.. dye jnji tok cri pmbeli laen tpi tiade respon... kini pihak aeon ingin dakwa sya di mahkamah... bleh ke adukn hal ini ke mahkamah hak pengguna?? Sye mmang trase ditipu cngt.. shingge sye buntu nk cri jln keluar..

Azni Azizan said...

Dah menang dah,tapi still xdapat bayaran..dah 2 tahun dah

Anonymous said...

Tribunal di Malaysia masih menganiaya pengguna dan menyebelahi peniaga.
Peniaga harus jujur dan tak perlu menipu pengguna untuk berniaga.

Tribunal sepatutnya mengajar peniaga supaya jujur bukan menjaga peniaga supaya tidak bangkrap.

Jika tribunal memainkan peranannya, maka masalah penipuan oleh peniaga dapat diatasi sedikit demi sedikit dan insya Allah di masa depan tidak ada lagi masalah penipuan oleh peniaga.

Begitu juga selepas penguna berjaya dalam tuntutan tribunal seperti dalam kes Tuan Azni Azizan, tribunal tidak membuat apa-apa action untuk memastikan penentang membayar kpd penuntut.

Kepada siapa kita nak mengadu...

Anonymous said...

Salam..baru2 ni sy Ada join bisnes rolling duit...contoh bisnes nye.ditawarkn pelan.n satu lot rm20 Dapat rm 60..yg berlaku pada sy.sy masuk pelan myvi nama plan nye..modal rm20(per lot) n Dapat rm 50..so sy book 100 lot dengan harge yg sy baya rm2000...n akan dpt rm 5000...mslah nye skrang ni..sy xdpt pe yg di oferkn tu..duit dh bank in...sy call dye xangkt..alamat sy xde..just no acc je yg Ada..urusan bisnes ni hanye mnggunakn wassup group je.xde hitam putih.so boleh ke sy nk buat tuntutan duit sy..n bgaimana Cara sy nak Dapat kn alamat rumah ketua group yg menipu tu..tq....

Unknown said...

Boleh bagi saya fon no.
Ada perkara nk tanya..email kepada saya mohdazmi_berhanordin@yahoo.com

Unknown said...

Salam,
Saya dah menang kes tribunal n pihak satu lagi kene abyar saya. Tp pihak 1 lagi enggan bayar. Saya buat aduan. Pastu pihak tu elakkan diri sampai skang saya tidak terima bayaran. Bila ty pihak penguatkuasa kpdnkk kes masih pending. Masalahnya dah 6tahun. Pihak di sana bebas jer. Saya pun naik bosan dah nak call kpdnkk sbb jawapan setiap tahun masih sama. Ada ke cara lain untuk pastikan pihak bersalah tu xley keluar malaysia ke xboleh buat bisness ke xboleh tipu org lain dah.

Jannah said...

Huhuhu..bru bercdg nak fight ke tribunal..

Unknown said...

Walau dah menang.. jika penentang tidak mau bayar kita gigit jari juga.. berlaku kepada saya 2 kali dalam dua kes berbeza.. kpdnkk hanya diam

Unknown said...

Walau dah menang.. jika penentang tidak mau bayar kita gigit jari juga.. berlaku kepada saya 2 kali dalam dua kes berbeza.. kpdnkk hanya diam

Unknown said...

Pihak tribunal tak kata ape2 ke pasal Kedua2 kes tersebut?? Yg penipu tu masih terlepas ke??

Unknown said...

Kesudahannya?? Masih tak dapat lagi ke bayaran??

Unknown said...

Kesudahannya?? Masih tak dapat lagi ke bayaran??

Unknown said...

tahniah. sy pernah attend tribunal dulu melibatkan perkhidmatan kereta (HONDA).
sekarang, sy ada kes lain untuk adukan kepada kpdnkk.

Ksjb said...

Penentang yang tak nak bayar tu individu ke syarikat? Susahlah kalau macam tu.. Banyak2 bersabar..

Anonymous said...

Selamat pagi, macamana saya berurusan dgn pihak tuan ya ? Kalau kes penipuan wang boleh ka diaduhkan?

Unknown said...

Failkan kes di mahkamah sivil

Unknown said...

Nombor ic scammer tu tak ada, alamat surat menyurat pon tak ada..boleh ke membuat tuntutan?

Hiswaniza’s Blog said...

kalau tiada apa-apa dokumen sokongan, sukar pengadu nak mempertahankan kes. Silap haribulan kena “sekolah” dengan presiden dalam sesi perbicaraan

Anonymous said...

Nak tanya kalau kes peniaga menjual barangan tiruan tetapi dengan harga barang yg original boleh ke di bawa ke tribunal n report kepada kpdnkk?

Unknown said...

Sy nk tny, klu dalam tuntutan saya hanya menuntut Rm4000 sahaja, kemudian saya mendapati saya mengalami kerugian lebih tinggi dari tuntutan tersebut, boleh ke saya menambah jumlah tuntutan pada hari pendengaran kes?

hatsune miku said...

Tumpang tanya, akhirnya Penentang tue bayar ke ganti rugi yang dituntut tue atau Penentang silent and lari-lari dari membuat sebarang bayaran? Pastue contoh-contoh kes yang disenaraikan tue semua berjaya dapat semua bayaran ganti rugi, atau senyap mcm tue je?

Anonymous said...

Salam.. saya antara kes yang tak berjaya dalam tuntutan ditribunal, memang saya disekolahkan kerana kesilapan mudah ditipu dengan pihak syarikat produk kecantikan. Mohon mendapat pencerahan yang tribunal ini adalah badan yang juga menghukum pengguna atas kebodohan diiri.

Anonymous said...

Maksud saya kita perlu buka mata, mengambil pengajaran jadi bijak tak mudah di tipu, simpan segala bukti dan next time heret ke tribunal .. mudah kerja president .. terus award pada penuntut