Monday, April 15, 2013

Akhirnya, blog ini kembali!

1. Oh!, menghampiri 2 tahun lamanya saya tidak menulis. Gara-gara, buku-muka menjadi fenomena yang agak garang dialam maya.

2. Terasa kemahiran menulis makin berkurangan, walaupun idea yang banyak terhimpun diurat kepala. Banyak yang hendak dicatat hendak dinukil namun tersasar. Adusss, betapa berharganya kemahiran menulis, betapa ruginya tidak dimanfaatkan.

3. Sepanjang 2 tahun, pelbagai cabaran dan ranjau ditempuhi. Alhamdulillah diri masih kuat dan tabah mengharungi nikmat kehidupan. Umur yang dipinjamkan semoga mendapat sesuatu dihari muka. Yang kita harapkan, yang kita mahukan, yang kita inginkan adalah kejayaan dihari akhirat.

4. Menghargai nikmat dan hakikat kehidupan, mengharapkan kasih yang maha esa, keluarga yang harmoni, keberkatan dan limpah kurnia illahi, rezeki yang diredhai, ketenangan dalam kehidupan. Inilah rencah kehidupan!

5. Menyentuh perkembangan semasa, pasti semua sudah tahu. Tiada apa yang hendak dicoretkan. Majoriti rakyat agak celik serta minda terbuka. Informasi terbentang luas, tanpa bersusah payah. Hanya satu klik semua terpampang didepan mata. Tidak seperti dulu mengharapkan cerita-cerita mulut, dan khabar2 yang belum pasti tentu.

6.Memangkah dengan matang. Rasionalkan diri serta mengkaji. Baik pihak sana mahupun pihak sini. Kedua-duanya ingin dilihat sempurna tanpa tempang disisi. Lima tahun sekali 'kuasanya' amat hebat.Hanya yang celik menjumpai sesuatu yang dicari, cukup kasihan kepada yang beremosi, akal dan fikiran kurniaan illahi tanda manusia itu hebat!

7. Untuk keluarga sendiri, kami tetap mengundi di negeri kelahiran sendiri. Walaupun berkorban masa, tenaga dan tambang. Sungguh kental semangat kenegerian tanpa boleh disangkal lagi. Dan yang pasti kedua-dua permata kami anak kelahiran negeri diketuai Tok Ali.

8. Masa yang berbaki 20 hari ini, kita gunakan untuk mengkaji dan mengundi! Apa pun saya tetap suka lagu mengundi yang dulu2 kala. Ahaks!

4 comments:

Encik Din said...

lama sangat menyepi bro..tapi skill menulis ko masih padu.

MR. CAMPRO said...

Tu la, sangat la lamanya, jenuh nak mengasah balek...hang punya kemahiran menulis lagi hebat..terasa diriku amat kurus jika hendak dibandingkan..hehe!

shahidin said...

hehe.lain macam je ayat ko ni.dah lawat blog aku ke?ada masa hang pi la mai tengok blog aku yang tak seberapa tu..hehe.ape cer pru kali ni?

MR. CAMPRO said...

Sudah..mantop!...

PRU kali ni pun mantop jugak!