Wednesday, January 7, 2009

BERTUKAR STATUS


1. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya saya telah selamat di ijabkabulkan pada tanggal 13/12/08.

2. Tetapi bukanlah sesuatu yang mudah kerana dalam tempoh hendak melangsungkan perkahwinan ini saya bersama isteri iaitu Siti Zakiah melalui pelbagai peristiwa yang getir.Walaupun perancangan berkahwin berlaku dalam tempoh singkat dan hanya 3 bulan tempoh pertunangan kami berjaya disatukan.

3. Dugaan demi dugaan,ujian melanda bak hujan dipihak saya namun ujian ini mungkin adalah satu “benchmark”sebelum kami melayari bahtera rumah tangga dengan jayanya.Siti Zakiah bersama keluarga begitu teguh dan sabar menghadapi ujian walaupun bapa dimasukkan ke wad seminggu sebelum dan selepas majlis berlangsung.Bukan itu sahaja beliau terpaksa bertindak sebagai “Pengarah Program”untuk majlisnya sendiri.

4. Setiap hari sekurang-kurangnya sejam beliau akan menelefon saya dimalamnya untuk mengadu pelbagai perkara, namun saya amat sabar untuk menasihati beliau untuk terus kuat menempuhi segalanya.Mungkin kesukaran ini akan mendatangkan kesenangannya kelak.Hanya Allah SWT mengetahui.

5. Kini, saya bergelar suami beliau bergelar isteri.Sudah pasti kami kekok dengan perubahan yang belum pernah dialami.Syukur saya daripada duduk seorang diri di dalam bilik,tidak ada tv, tidak ada fokus dalam hidup melainkan bekerja untuk syarikat namun itu semua tidak lagi.

6. Memiliki tanggungjawab besar, untuk menjaga dan mendidik isteri .Saya mempunyai teman untuk berbicara dengan sahnya.Berkongsi pelbagai perkara,makan bersama,mempunyai perancangan memiliki aset dalam kehidupan dan yang paling best Siti Zakiah ini pandai mengurut. Sehinggakan ibu dan nenek saya pun diurutnya seperti mesin ogawa!Masakan pulak ala-ala chef wan gitu.

7. Untuk tempoh ini, kami berjauhan saya di KL beliau di Melaka.Kami jangkakan paling tinggi 3 bulan untuk berasingan.Amat susah untuk kami berkomunikasi .Menyusun pelbagai perancangan bersama-sama. Syukur harga minyak masih rendah kalau tinggi sudah pasti membebankan. Ditambah pula menanggung liabiliti yang tinggi.Mudah-mudahan Allah mempermudahkan kami untuk tinggal bersama-sama selepas ini.Amin

Wassalam

6 comments:

Hazhari Ismail said...

Post yg mengharukan..
Moga murah rezeki..
Berbahagia sentiasa..
Happy2 selalu.

Erm,sir.
Isteri sudah ada.
Bila hendak menimang cahaya mata.
Wuakaka.

Moga dapat anak yg ramai dan soleh.

(^_^)

zakiesqandar said...

Sesungguhnya sahabatku Wadi n Kiah...

rumahtangga itu adalah istana terindah yang perlu dipelihara sebaiknya dan dipulihara bila ada tiba ketikanya untuk dipastikan ia terus kekal indah dan gah untuk dihuni hingga ke akhirnya. Belajarlah dari diri masing2. Pelajarilah diri dan sifat masing2, sulam dan sesuaikan dgn seadanya penuh sederhana, berlandaskan kepercayaan, berpaksikan sunnah nabi dan panduan Al-Quran.

Ada ketikanya badai pasti kan dtg, namun jika bertolak ansur dan saling memahami tugas dan tanggungjawab masing2, insyaAllah semuanya mudah ditempuhi, asalkan kalian saling teguh bersama dan bersatu ke akhirnya.

Ambil iktibar dari mana2 kerukunan rumahtangga yg kalian pernah jumpai, ambil pengajaran dari mana2 "rumah yang tanggal tangganya" yg kalian pernah ketahui...

Doaku wahai sahabat... kalian kekal hingga hujung usia dan istana kalian diserikan dgn cahayamata2 yg soleh dan solehah, untuk kehidupan selepas kehidupan...

Salam Tahniah dan Barakah...

Doakan aku jua...;)

z'kea m.s said...

Post ni memang mengharukan.. tapi komen di atas ni lebih mensyahdukan....

zakiesqandar said...

ish ish ishh...anak sapa la tu yg wat hangpa b2 terharu tuh? xpa la...kasi chance kat dia...doakan yg terbaik kat dia supaya segera ikut jejak hangpa b2 naaa....:D

Dendei said...

ikhlas to kang wadi...

jaga kakak saya leklok ya....

sian dia da byk susah payah utk family...

hope the best for her...



ikhlas dr adik ipar...=p...

ZiLL said...

salam..sir..sorry lambat nak wish..tapi masih boleh lagi kan nak wish..tahniah! n selamat pengantin Baru..

kenal lagi tak?
ni "'ex-'exco of edu & Career div.SRC 0809"