Tuesday, February 10, 2009

Demam Pilihanraya

1.Malaysia kembali dilanda pilihanraya.

2.Pilihanraya kecil yang akan melibatkan Parlimen Bukit Gantang dan juga Dun Bukit Selambau. Kedua-dua dun ini bernaung dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat.

3.Apa yang menarik ialah kedua-dua kerusi ini adalah milik Pakatan Rakyat dewasa ini. Oleh itu, pasti menjadi hasrat Kerajaan BN untuk merampas sebagai perampas dan mengebasnya.

4. Setelah gagal mengemudi dua pilihanraya, pasti menjadi cita-cita menggapai untuk beroleh status juara demi menunjukkan kepada rakyat yang BN sekarang bangkit dan ingin menjadi parti hebat.

5.Cuma,apa yang perlu BN perlu untuk tidak mengulangi kesilapan-kesilapan terdahulu.

6.Antara perkara-perkara penting untuk hadapi pilihanraya ini ialah soal pemilihan calon. Ini hendaklah dipilih atas kehendak rakyat jelata. Sejauh mana sifat-sifat calon ini mampu mempengaruhi pengundi kawasan.Kalau dahulu Wan Ahmad Farid dikatakan sombong tidak seperti Abdul Wahid yang dilihat sentiasa mendampingi rakyat di setiap masa.

7. Tidak usahlah terlalu meletakkan kempen kepada media. Sehinggakan rakyat menjadi muak dan amat meluat. Perlu diingat, rakyat sekarang bukan seperti dahulu dan soal penilaian sudah boleh dibuat tatkala melihat calon. Tidak perlu mempromosikan terlampau banyak hal-hal BN ini.Rakyat Jemu!

8. Janganlah juga menjadi hiprokrit. Ini perlu disebut kerana apabila berlakunya pilihanraya barulah seluruh jentera datang menyampaikan bantuan. Sampaikan makcik yang rumahnya terletak disemak samun berjaya di lawatinya, namun lepas menang pilihanraya muka calon itu entah pergi ke mana.

9.Kalau di Kuala Terengganu dulu, Wan Ahmad Farid mengatakan suka bertemu pengundi melalui kelompok-kelompok kecil dan lawatan dari rumah ke rumah lebih berkesan, tetapi kalah juga. Strategi sekarang memerlukan perubahan. Kemungkinan pengundi berumur menerima stail ini kemungkinan besar tidak untuk pengundi muda. Mereka ini lebih sukakan perhimpunan atau rapat umum dalam menjalankan kempen.Ianya Trend.Zaman sekarang bukan lagi zaman Allahyarham Tun Ghaffar.

10.Jangan ditonjolkan sangat kehebatan BN itu dengan gahnya melalui TV dan corong radio. Biarlah rakyat sendiri yang ingat jasa dan pengorbanan BN tanpa mengingatkan rakyat.

11.Untuk Media ini, berilah sedikit kebebasan untuk memberikan liputan kepada parti bertanding, tanpa mengulangi komen-komen daripada pemimpin tertentu. Rakyat kini suka kepada soal keadilan serta sama rata dalam konteks liputan berita dan komentar.

12.Kepada calon yang bakal bertanding, ingatlah amanah yang anda pikul amat besar sekali. Niat amatlah penting dalam menyatakan sesuatu pekerjaan. Allah akan menyoal kamu nanti apakah kamu menjalankannya dengan penuh beramanah. Hindarilah budaya rasuah dan utamakan keikhlasan dalam perjuangan.

Wassalam.

5 comments:

nzafrie said...

jgn pulak dah menang esok..lompat parti pulak.,.sian rakyat tertipu

Unknown said...

patut kita bikot je media-media yang berat sebelah ni. tapi sampai bila plak nak boikot sbb tu je pilihan berita yang ada. kalau nak harap akhbar pembangkang,kuar 2 kali seminggu. cepat plak expired berita tu. hmmmm.

lepas ni apa plak alasan BN kalau kalah. kalau menang xpelah...

JALAN REBUNG said...

mr campro ...

politik-politk jugak ...mrs campro tu jaga betui-betui no ...hehehe

izwan ali wasi said...

bila tuan nak terbit buletin politik sendiri?x puas baca dlm blog.

izwan ali wasi said...
This comment has been removed by the author.