Sunday, February 8, 2009

Gempa Bumi Politik Malaysia


1.Kebelakangan ini, gempa bumi politik telah melanda Malaysia. Bermulanya beberapa siri pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu yang tidak memihak kepada BN menjadi isu besar kepada penyokong-penyokong Kerajaan, apakah parti komponen terbesar ini tidak lagi mampu memayungi rakyat.

2.Semenjak ogos tahun lepas sehingga kini Malaysia tidak sudah-sudah dilanda gempa bumi politik, sehinggalah terjadinya tsunami meranapkan sebuah kerajaan pakatan rakyat pimpinan Muhammad Nizar Jamaluddin. Beliau tersungkur jatuh, cuba untuk berenang namun ombak tsunami hasil gempa bumi membuatkan beliau dan rakan kerabatnya seakan tenggelam hinggalah timbul seseorang bernama Zambry Abdul Kadir untuk mengemudi keadaan.

3.Sudah tentu kesannya amat hebat, apabila Muhammad Nizar cuba ke darat dan seakan-akan mampu berdiri dan mendakwa beliau kini stabil dan selamat. Malangya, beliau tidak lagi diperlukan selepas itu. Itulah ibaratnya politik Malaysia tsunami selepas gempa bumi.

4.Bagi saya, Malaysia ini merupakan sebuah Negara yang amat hebat berpolitik. Tetapi yang amat malang disini kaum melayu beragama islam bercakaran inginkan tampuk kuasa. UMNO dengan ideologinya begitu juga PAS dengan ideologinya juga. Namun, perkelahian tidak sudah membawa mudarat sehingga membawa institusi kesultanan terlibat.

5.Dikala kegawatan ekonomi melanda dunia, berpuluh ribu pekerja entah kemana nasib mereka, orang politik di Malaysia ini begitu sibuk menyusun strategi inginkan kuasa. Sudah tentu apabila DYMM Sultan Perak membuat keputusan, tidak menginginkan pilihanraya negeri diadakan Tuanku sudah pasti mengerti akan implikasinya terhadap keputusan itu. Tambahan lagi, Baginda bukan calang-calang orangnya.

6.Apakah yang rakyat dapat selepas pilihanraya?hanyalah sebuah kerajaan yang akan terus menyatakan slogan mereka akan membela rakyat, tidak akan pinggirkan rakyat, kita bagi jaminan rakyat akan selamat. UMNO mahupun PAS itulah kata-kata yang akan diluahkan kelak.

7.Dikala Negara di dunia sibuk merancakkan agenda ekonomi untuk menyelamatkan ekonomi masing-masing kita dilihat gemar berpolitiking dan berdemonstarsi. Seharusnya hala tuju negara ke arah pembangunan ekonomi negara, dengan membantu usaha pengemblengan yang jitu, bukan sesuka hati menjadikan jalan raya seperti tilam tempat untuk berbaring!

8.Kekusutan ini harus tiba dipenghujungnya. Tidak salah kita berpolitik dan satu hakikatnya ialah politik tidak boleh dipisahkan dengan agama.Namun berhati-hatilah kita semua. Bercakaran, bertokak sana-sini tidak menyelesaikan masalah. Sebaliknya terimalah keputusan nyata yang telah dibuat oleh DYMM Sultan Perak.

9.Untuk Muhammad Nizar, usah dilupa sewaktu kemenangan dahulu sehingga dilantik menjawat jawatan MB adalah atas perkenan DYMM Sultan Perak. Walaupun ketika itu UMNO juga ingin tubuhkan kerajaan minoriti namun Baginda menolak. Peluang diberi kepada kerajaan campuran untuk berkuasa. Selepas berkuasa, banyak keputusan yang dibuat membuatkan pihak istana terguris antaranya isu tanah kepada kampong cina, iaitu tempoh pajakan sehingga 999 tahun. Tidak pernah berlaku sebelumnya.

10.Hormatilah DYMM Sultan. Satu ketika bangsa lain mempertikaikan Sultan, wah! Begitu hebat kita pertahankan Sultan kita. Sekarang ini?bangsa sendiri menyanggah Sultan. Kalau di Malaysia ini, DYMM Sultan tidak kita hormati dan memberikan taat setia sebagai Pemerintah?dengan siapa lagi kita hendak menurut kata.Tepuk dada tanyalah selera!
Wassalam

2 comments:

D said...

salam sir..
ye..memang kita patut mghormati sultan sbg..sultan la..huhu..
tp bagaimana dgn situasi pemecatan yg di lakukan sewenang2 tanpa mngikut perlembagaan yg di tetapkan??
sy mnganggap benda ni tidak sepatut berlaku..jika kerajaan BN sbelum ni mati2 memperjuangkan perlembagaan negara..tp kini mereka sndr yg mncabulinya..melalui sultan..
lagi satu..adakah kerajaan BN di Perak skrg tahu apa yg di inginkan rakyat Perak?siapa yg mereka nk memerintah Perak..??
coz kita tahu...jatuhnya Perak ke tgn PR dlm PRU12 krn rakyat bkn memilih calon..tapi sudah meluat dgn BN..lalu memilih calon atas tiket PR..
kasihan rakyat Perak..pilihan mereka dahulu di tolak tepi..

Unknown said...

5 sbb sultan perak "pilih BN memerintah"

1) majoriti melayu
2) majoriti islam
3) DAP berat sebelah
4) ahli PKR skandal seks (tiba2 masuk BN plak)
5) Nizar terlalu berlembut dgn PKR dan DAP (selain melayu)

rase2 sayalah.... hehehe