Tuesday, March 17, 2009

Bangku belakang


1. Bukanlah satu budaya baru kalau hendak bercerita berkenaan dengan hal bangku belakang ini.


2. Lebih-lebih lagi budaya ini amat sekali sinonim dengan Pelajar melayu di kampus. Asal datang tidak kira lambat atau cepat namun yang belakang juga yang dipilihnya. Jangan salah faham tak semua yang berkelakuan sebegitu namun ramai juga yang begitu.


3.Kalau hendak dikira akan peratus ilmu yang sampai kepada golongan pelajar ini tidak sampai 10% itu pun kalau semuanya memberi tumpuan. Masakan hendak beri fokus, tempat belakang ini merupakan kawasan “forum bual-bicara”.


4. Oleh sebab itu, amat kurang bilangan yang berjaya datangnya dari golongan “backbanchers” ini.


5. Mereka-mereka ini kebanyakkan nya (bukan semua) yang datang ke kelas semata-mata hendak berjumpa kawan-kawan serta menjalankan aktiviti sosial tanpa mengekalkan niat semata-mata untuk memperolehi ilmu.


6. Apabila disoal atau disebut nama nya oleh Pensyarah baru la terpinga-pinga untuk golongan yang suka meminggirkan diri ini.


7. Lebih dahsyat lagi apabila soalan diajukan oleh Pensyarah lain yang ditanya lain yang dijawab nya. Kelakar pun ada. Hasil pengalaman saya sewaktu mengajar dulu kadang-kadang chapter pun mereka tak tahu.Yang dijawabnya jawapan chapter 1, alih-alih sekarang dah masuk chapter 3.


8. Jadi, untuk golongan “backbenchers” ini tanamkan lah satu azam untuk cuba menduduki kerusi hadapan pula. Ingatlah! Ilmu lebih senang dapat dan lebih terkesan.Kajian menunjukkan mereka yang menduduki kerusi hadapan akan lebih kehadapan untuk berjaya. Pensyarah pun lebih mudah untuk mengenali anda.


9. Begitu juga dalam solat, barangsiapa yang berada di saf hadapan pahalanya lebih banyak dan lebih afdhal daripada saf yang lain.


10.Tidak dapat dinafikan, sewaktu di Universiti dahulu saya merupakan golongan “backbenchers” ini. Akan tetapi, dalam masa tahun-tahun akhir saya mengubah posisi untuk lebih di hadapan.


11. Natijahnya, result saya tidak mencapai 4.0. Sudah pasti selepas ini saya akan menduduki barisan hadapan untuk mudah memperolehi ilmu daripada Pensyarah kelak.


12. Teringat akan satu peristiwa semester 1 dulu semasa menjadi penghuni tetap “backbenchers”, saya ada bertanyakan seorang rakan “hang tolong terang balik apa Puan tu cakap??”..jawapan beliau “Kalau tanya aku sama aja macam tanya dinding”...Hehehe..


13. Oleh itu, ubah lah sikap dan cubalah lakukan perkara yang jarang anda lakukan. Untuk berjaya ia memerlukan perkara yang diluar kebiasaan anda.


Wassalam

9 comments:

Anonymous said...

dah duduk pun dekat2 dgn dinding belakang mmg la 'mcm tanya dinding'....heheheh



p/s ada ka patut suruh tanya dinding..? ishkk ishkk ishkk tak patutt

z'kea m.s said...

Bangku balakang memang 'hot seat'. Laku macam VIP ticket. Di kelas saya orang sanggup angkat bangku sendiri dari luar kelas sbb nak duduk di belakang sekali. Kalau boleh nak letak kerusi tambahan sampai ke luar pintu. Sedangkan teramat ramai bangku kosong di depan, tengah dan tepi lecture hall..

-SZ- said...

klau kat sni lain plak ceritanye... terlebih-lebih dpn budak2 'barat' ni.. smpai lecturer tgh ckap kat dpn, budak2 ni bleh duduk atas meja dpn skali. haaa.... lagi depan kan tu dari kerusi dpn skali.. mcm2!

nzafrie said...

dok belakang ade can sorok muka sebab nak tidur heheh

z'kea m.s said...

Sakeena.. tu la bezanya. Sebab kita ni suka dok belakang.. development kita pun terbelakang la. Kalau berebut ke depan.. dah tentula kita ni boleh sama pantas dengan mereka di sana. Bukan dalam kelas saja.. dalam apa majlis sekalipun.. terutama majlis yang baik-baik.. orang kita akan memilih yang belakang. Kita kan memang suka merendah diri...

-SZ- said...

huhuu... agak stuju dgn miss.. tp dorang ni duduk ATAS meja... tlbih laa plak...

Hazhari Ismail said...

kah3x...

k.keena join tak duduk atas meja tuh?
lol


hmm..sy selalu sgt duduk blakang..
jarang dok depan..
sbb?
as we know..
dsbbkan my course tak ramai laki..
kdg2 sorang je laki dlm 1 kelas..
ni mmbuatkan sy TERPERASAN
wanita2 lain sdg memerhatikan sy timee blaja if sy dok depan.
so, utk mengelakkan bende tu berlaku..
sy tpakse r dok blakang smbil memerhatikan ragam2 mereka. [+_+]
Adakah in dikecualikan? kui3x..

Unknown said...

aie, tu hanya alasan. kelas investment aku pun ramai pompuan. takde hal pun duduk depan.

DICE mmg ramai pompuan. ops!

D'Rimba said...

P Ramlee jauh lebih hebat dengan karya seninya penuh jatidiri bangsa bukan macam la ni dengan campur aduk bahasanya budaya baratnya, nak melekat dalam hati khalayak tak tentula lagi hiburan kosongja kadang-kadang. Adala pengarah Rashid Sibirja boleh ikut cerita dia lain kurang pasti....