Monday, July 20, 2009

Seloka Politik


Dunia politik penuh pancaroba,
Ditambah dengan duri berduri,
Ahli Politik pandai berbahasa,
Keputusan Manek Urai perlu diteliti.

Memancing ikan ditepi kolam,
Anak tenggiri berlari ditepi kolah,
Ahli UMNO perlu ilmu yang mendalam,
TPM umum masuk sekolah

PM Najib dah 100 hari,
Banyak umum itu dan ini,
Nasihat saya jangan lupa diri,
Rakyat lani dok "stand by" dan perati.

TPM Muhyddin nama diberi,
Sangat berpengalaman sudah teruji,
Di Manek Urai menyatakan itu dan ini,
Walau kalah jangan menyesali.

UMNO bukan PAS pun bukan,
PKR dan DAP sentiasa berdiskusi,
Marilah kita menyatakan perpaduan,
Kelak Islam Melayu dipandang tinggi.

Wassalam

5 comments:

JALAN REBUNG said...

salam mr campro ...

pantun la pulak ye ..ni hang buat ka org rumah yang tolong buat ..hehehe

Hiswadi Anuar said...

Salaam Jalan Rebung,

Sendiri lerrr, kalau kat blog semua idea & penulisan adalah harta intelek masing-masing, tiada kena mengena atau berkaitan langsung.

Walau suami isteri boleh kongsi semua benda dan perkara. Ada perkara yang tak boleh dikongsi iaitu hasil penulisan. Yang mana ini adalah melambangkan kreativiti masing-masing dalam menyatakan apa-apa bentuk persembahan.

(terasa mcm menteri menjawab soklan di Parlimen la pulak..huahuahua)

p/s: orang rumah lani dok sibuk mengejar "topi rotinya" tak boleh kacau..haha..

z'kea m.s said...

Hehe.. jalan rebung,

Ingat Mrs. Campro jer pandai berpantun seloka? Mr. Campro pun apa kurangnyer....

Topi roti.. jauh lagi bang oooiii...

Anonymous said...

topi roti nama diberi
kepada mereka bergelar PHD
walaupun the Campros di luar negeri
namun tetap melekat utuh ukhuwah di hati

UMNO, PAS, PKR dan lain2
parti politik terus bersaingan
walaupun manik urai tak pi kat pihak lain
diharap ukhuwah Islamiah lillah terus bpanjangan...;)

Mr. Zeq, IIC

zakiesqandar said...

tak mo beli ka pantun aku tu mr or mrs campro?..;p