Tuesday, January 25, 2011

Tokoh Kontroversi Singapura.



1.Sekali lagi Tokok kontroversi Singapura ini mengeluarkan kenyataan yang begitu menyentuh perasaan umat islam didalam buku terbarunya. Antaranya kenyataan yang boleh difahami ialah Singapura boleh mengintegrasikan semua kaum dan agama kecuali islam.

2.Begitu pelik juga akan kenyataan sekeras ini. Sedangkan Lee Kuan Yew boleh dikatakan bijak dan seorang strategis yang hebat dalam meletakkan Singapura sebaris dengan Negara-negara maju di dunia. Walaupun tidak mempunyai hasil alam semula jadi namun negaranya tetap maju.

3.Lee Kuan Yew sendiri telah lama hidup di komuniti melayu yang beragama islam. Secara amnya, beliau sendiri boleh merasai nilai islam yang dipegang oleh orang islam, cara hidup, politik, ekonomi dan sebagainya.

4.Akan tetapi, didalam hati dan pemikiran beliau, nilai positif itu tidak diresapi dan ditafsir dengan baik. Beliau perlu sedar, Singapura adalah sebuah negara kecil yang sebesar noktah di peta dunia dengan dikelilingi oleh Negara umat islam yakni Malaysia dan Indonesia.

5.Kenyataan terbaru ini mengguris perasaan umat islam, mampu menganggu-gugat hubungan antara agama serta boleh mencetuskan perselisihan antara kaum. Kenyataan yang dianggap berbahaya seperti ini mencetuskan reaksi negatif terhadap islam.

6.Kita tidak tahu apakah sebenarnya agenda disebalik kenyataan itu. Namun, kita boleh pahami sejauh mana pemikiran LKY yang dilabel sebagai Negarawan hebat Singapura.

7.Ramai mengatakan Singapura adalah sebagai ‘israel’ Asia Tenggara. Mungkin ini juga adalah agenda barat untuk mengimbangi kebangkitan agama tercinta islam. Jika digabungkan antara Malaysia dan Indonesia ianya bakal melahirkan sebuah kuasa islam yang terhebat. Jadi, mungkin ini adalah salah satu agenda barat untuk menyekat berkembangnya pengaruh dan kuasa islam.

8.British ketika menjajah mungkin sudah terhidu. Makanya, British mengamalkan konsep pengasingan serta cuba menubuhkan ‘Malayan Union’ dengan cara menyeragamkan pentadbiran Negara, mengurangkan kuasa Sultan serta membuka kerakyatan dan kesamarataan kepada semua kaum. Tentangan hebat oleh orang-orang melayu ketika itu membuahkan hasil. British gagal. Namun, berjaya di Republik Singapura.

9.Berdasarkan perkiraan semasa, boleh digambarkan usaha untuk menukar sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia masih belum berakhir. Ada pihak tertentu yang cuba menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Republik. Mungkin Singapura merupakan satu platform untuk itu. Hubungan akrab antara DAP-PAP merupakan satu petunjuk mungkin? Parti DAP di Malaysia mempunyai persamaan yang jelas. YB Lim Kit Siang didalam hati beliau pasti ada niat untuk menjadikan Malaysia ala republik?

10.Harapan agar umat islam di Malaysia dan Indonesia tidak terpengaruh dengan kenyataan tidak molek LKY itu. Walaupun, kesannya dilihat amat buruk yang boleh mencetuskan gimik baru ke arah mendinginkan hubungan antara Negara khususnya umat islam. Seharusnya, LKY yang terkenal itu boleh mengkaji atau merujuk kepada mereka yang pakar. Saya percaya Singapura, Negara sehebat itu mempunyai ulama-ulama yang hebat.

1 comment:

Encik Din said...

Mr Campro..

Satu penulisan politik yang berani. Syabas!

Umat Islam di Malaysia harus sedar pertembungan sekarang adalah antara Muslim fantasi dan Yahudi realiti.

Muslim yang masih berfantasi bahawa inilah ajaran Islam yang sebenar dibawa oleh Rasulullah s.a.w menentang Yahudi realiti seperti mana perihal Yahudi di dalam AlQuran.

Dan keputusannya, selagi mana kita berfantasi, selagi itulah kita akan kalah.

Bagi aku, tak salah untuk kita merasa sensitif dengan kenyataan orang tua Singapore tu. Tapi cabaran yang paling penting untuk orang Islam sekarang adalah untuk keluar dari kepompong fantasi ini menuju ke Muslim realiti seperti mana yang telah tercatat dalam Al Quran.

just my 2 cents..;)